Result untuk semester 4

Alhamdulillah. Result untuk semester 4 aku menaik. Ini berkat doa seorang ibu yang sentiasa mendoakan kejayaan anaknya ini. Inilah keputusan yang aku dapat.

Read More

Segmen : Upkan Follower Semasa Cuti Sekolah by HK

Cuti sekolah ini nak buat apa ya? Mesti ada yang keboringan kan? 
So? Jom kita ramai join segmen ni. Segmen ini dibuat oleh adik Hana

Current Follower.

Rakan-Rakan Hafiz yang kena tag
Aniq Bukhary
Mohd Rashidy

Tarikh tutup: 31 Disember 2012. Nak tahu lebih lanjut. Sila layari laman berikut :)>>>  Mrs.Shy

Read More

Cerpen: Hinakah Aku?

"Wei!! Pelacur!!"
"Apa pelacur-pelacur!!"
"Hoi!! Dasar pelacur. Aku tak nak tengok muka kau kat sini!!"
"Pandanglah sana kalau tak nak tengok!"
"Kurang aja juga kau ni ya!"
"Siapa yang kurang ajar?!" Aku atau kau?! Kau yang tengking aku tiba-tiba."
Razif yang digelar sebagai lelaki panas baran pergi ke arah Ayu dan terus menampar mukanya. Ayu yang menahan rasa sakit membalas dengan satu tumbukan yang kuat kearah batang hidung Razif. Dengan serta-merta, cecair merah keluar daripada hidung Razif. Razif tidak mampu melawan kerana terlalu perit untuk menahan rasa sakit. Ayu terus berlari meninggalkan Razif kerana takut Razif membalas perbuatannya tadi.
     Ayu yang berkerja dengan pendapatan yang tidak halal iaitu sebagai pelacur. Dia telah kehingan daranya ketika berumur 18 tahun setelah dia habis zaman persekolahan. Dia telah diperkosa oleh bapa dan abangnya sendiri. Sejak hari tu, Ayu telah hilang semangat untuk meneruskan hidup. Ayu hampir mati apabila terlalu tertekan dengan cara menggantung diri. Nasib Ayu sangat baik kerana kebetulan ibunya memasuki bilik Ayu. Ayu terus dihantar ke hospital kerana mengalami sedikit kecederaan di pergelangan tangannya.

Read More

Segmen: Ieka Nak Review Blog Oi ! v2!


Assalamualaikum,
Alahai, terasa nak join segmen lagi lah. Kali ni Segmen: Ieka Nak Review Blog Oi! yang kembali dengan versi kedua. Apa lagi. Jom lah sama join. Bukan susah pun. Klik kat banner atas tu. Lepas tu ikutlah apa yang dikehendaki. 

Alaaa, sikit juga follower ni(Minta simpati). Tapi apakan daya. Orang tak sudi nak follow. BTW, follower aku ada 77 je. Mai lah follow kalau sudi. Kalau tidak sudi xpe lah.

Hmmm, apa nak tulis ni ya.....

       ieka harus review blog saya kerana pada pendapat saya lah, itu terpulang kat ieka sendiri. Kalau ieka sudi nak review blog saya, dipersilakan. Tiada paksaan. Saya juga ingin tahu apa pendapat orang tentang blog saya ni. Kalau saya review sendiri, comfirmlah saya cakap dah okay. Tapi orang lain pula.... lain yang difikirkan. So sebab itulah ieka harus review blog saya.

So..... Apa pendapat korang? Jom lah join.
Read More

Calon-calon Pilihan Raya telah pun diketahui

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
PRU13 belum pun bermula namun kehangatannya sudah dirasai oleh segenap lapisan masyarakat termasuklah golongan muda. Golongan ini pun berusaha untuk mempromosi diri bagi meraih sokongan pengundi-pengundi di luar sana. Inilah calon-calon yang dijangka menggegar dan mendapat undian tertinggi untuk pilihan raya nanti.. Betul ke? Jom kita tengok macam mana mereka nie menarik pengundi-pengundi.


Pilihan Raya 2013.
Read More

Keajaiban Perperangan di Gaza


Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga meran
gkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:

Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan
memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah
yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Read More

Final Exam!! Dan Penghujung Semester 4!!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Lama juga saya tidak update ni. Rasanya 4 bulan tak update. Maklumlah, assignment saya makin banyak. Sekarang ni pun assignment tak siap lagi. Deadline hantar assignment lama dah berlalu. Tapi tak hantar2 lagi. Macam mana lah nak jadi pelajar cemerlang macam ni. Namun semua itu tak ada masalah. Semua itu saya akan settle kan sebelum final exam ni.

Berbalik kepada final exam. Saya akan menduduki peperiksaan akhir tahun minggu depan. Namun satu apa pun saya tak study lagi. Kemalasan telah melanda diri. Aduh2. Ya Allah. Buangkan semua rasa malas saya ni. Ada lima subject yang perlu saya cover, iaitu Java Programming, Data Communication, Software Engineering, Mathematic and Artificial Intelligent. Pening sudah. Bagi subject Java and Mathematic, InsyaAllah, tak bagi masalah kepada saya. Sebab saya suka subject tu. Bagi subject2 lain tu. Entahlah boleh ke tidak. Habis exam ni, saya akan bercuti panjang. Habis sudah semester 4 dan juga untuk tahun ini. Tak sabar pula nak masuk semester baru. Doakan saya berjaya.

Kepada sesiapa yang nak final exam, amalkan doa ni. InsyaAllah dipermudahkan oleh Allah.
Doa untuk buang kemalasan. Dan jangan biarkan kemalasan melanda diri.


Read More

Rintihan Seorang Hamba Allah

Ya Allah,
Setiap detik yang berlalu,
Hamba selalu melupakan segala perintah-Mu,

Dengan melakukan apa yang dilarang oleh-Mu,
Dan menambah lagi dosa yang ada.

Ya Allah,
Hamba membuat dosa terus dan terus,
Tanpa ingat akan saat kematian,
Tanpa ingat seksaan alam kuburan,
Dan tanpa mengingati balasan di hari pembalasan.

Ya Allah,
Hamba kini sedar akan segala dosa-dosa,
Dosa-dosa yang kian bertambah hari ke hari,
Mengingatkan hamba akan diri-Mu,
Dan hamba ingin memohon ampun.

Read More

Buah Berkembar Sejukkan Hati Pasangan Sedang Bertengkar


Siapa diantara korang yang suka bertengkar dengan pasangan korang? Ataupun selalu tengok kawan-kawan korang yang bertengkar dengan pasangannya. Disini ada cara nak sejukkan hati mereka yang suka bertengkar. Buah berkembar adalah cara untuk menyejukkan hati mereka yang bertengkar ini. Ini adalah fakta kerana cara ini diambil dari salah satu majalah terkenal Malaysia. :)


Dulu orang tua-tua berkata, kalau nak anak kembar, rajin-rajinlah makan buah atau sayur-sayuran berkembar. Jika dimakan pisang, limau, betik, ubi kentang, adalah peluang dapat anak si kembar juga. Tapi itu semua adalah tidak benar. Tak ada kena mengena pun makan buah-buah yang kembar tu boleh dapat anak kembar. Tapi, buah-buahan berkembar ini ada gunanya iaitu untuk mendamaikan pasangan suami isteri yang suka bergaduh. Melalui kaedah ini sudah ramai pasangan yang 'panas' asyik bergaduh macam anjing dengan kucing berjaya 'disejukkan'.

Read More

Negara Pilihan Aku Masuk Suku Akhir!!!!





Sedih bercampur gembira. Sedih sebab Euro 2012 akan melabuhkan tirainya dan gembira sebab negara pilihanku masuk suku akhir Kelima-lima negara yang aku pilih lagi tu. Pandai gak aku pilih siapa masuk suku akhir nie. Suka siot. Yahooooo!!!!!!!!!!!!!. hahaha

Negara first aku pilih ialah Czech Republic. Walaupun diaorang kalah pada awal permainan menentang Russia,4-1, tapi semangat diaorang nie tinggi. Perlawanan kedua diaorang nie seri dengan Greece 1-1 tapi last game plak diaorang menang 2-1 ke atas Poland. Dapat jadi juara dalam group A lagi tu. Boleh tahan gak diaorang nie. Tapi aku kurang yakin sikit ngan diaorang nie. Aku rasa diaorang nie takkan masuk separuh akhir sebab diaorang akan menentang Portugal tu. Bahaya negara tu.

Germany plak. Boleh tahan gak diaorang main. Menang ketiga-tiga game. Permainan pertama diaorang lawan dengan Portugal, diaorang menang 1-0. Second game plak diaorang menang lawan Netherland 2-1. And last game palk, menang lawan Denmark, 2-1. Tapi aku kesian gak tengok Netherland tu. Tak ada menang lansung dalam group B nie walaupun diramalkan akan menentang Spain pada perlawanan akhir nanti. 
Read More

Israk Mikraj Dan Pengajaran



Bismillahirrahmanirrahim, segala puji bagi Allah, Tuhan kita sekalian alam. Yang mencipta seluruh alam semesta. Tiada Tuhan selain diri-Nya. Selawat serta salam buat Rasulullah yang dijunjung dan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta sahabat dan pengikut yang berterusan menuruti baginda sehingga ke hari kiamat.

Wahai hamba Allah sekalian,

Setiap tahun tanggal 27 rejab umat Islam seluruh dunia akan menyambut hari yang penuh bermakna, Israk dan Mikraj.  Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekkah ke Madinah.

Apabila kita fikirkan, Israk dan Mikraj berlaku dengan kisah perjalanan Rasulullah bersama malaikat Jibril dan Mikail yang dibahagikan kepada dua bahagian:

  1. Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
  2. Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.
Read More

Sayang Bapa Saya!!!!



Kita mulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim. Semoga Allah merestui semua yang kita hendaki. Alhamdulillah kita dilahirkan didalam dunia yang indah ini. Ciptaan-Nya yang bergitu indah sekali telah membuka ruang kita untuk terus hidup. Bapa? Siapa dia? Bapa adalah seorang ketua rumah bagi kita yang belum berkahwin nie. Dia lah pejuang dalam keluarga kita. Tak kira macam mana dia, sejahat mana dia, seteruk mana dia, dia tetap bapa kita untuk dunia dan akhirat.
Hari ni adalah hari bapa. Dan saya tidak akan lepaskan peluang untuk ucapkan selamat hari bapa kepada bapa saya. Walaupun dia begitu jauh dengan saya, namun saya tetap akan ucap. Ucap guna blog je lh. Nak guna h/p tak boleh. H/p tak ada lah plak. H/p semua rosak. So? 

Bapa. Terima kasih kepada bapa sebab telah membesarkan saya hingga menjadi seorang lelaki yang berguna. Bapa memberi ruang kepada saya untuk berdikari dengan membiarkan saya sambung belajar jauh-jauh macam nie. Saya amat bersyukur. Kalau bapa tak ada, comfirm saya tak boleh sambung belajar kat sini(LimKokWing). Maybe saya akan menjadi seorang penjual anggur yang terkenal(penganggur).

Bapa. Maafkan saya sekiranya saya ada berbuat silap terhadap bapa. Saya maybe ada tersalah cakap dengan bapa. Macam hari tu, mungkin bapa tersinggung. Bukan niat saya untuk menyinggung perasaan bapa. Gurau je tu. hehehe.

Alaaa. Rasa macam rindu lah plak bila aku tulis artikel nie. Biarpun bapa aku selalu datang jenguk aku kt semenanjung nie, aku rasa macam rindu plak ngan bapa aku nie. Aku rindu sangat2 ngan family aku. Kalau boleh cuti sem nie aku nak bersama ngan diaorang je. hmmm... Bapa...Selamat Hari Bapa.... :)..senyum2 lah selalu ye. Jangan marah2. 


Nie dia bapa aku. Dengan bergaya depan kereta BMW(kereta orang jew nie).



Read More

Demam Bola Vs Demam Panas




Perghhh... Dalam satu masa aku dapat dua demam sekaligus. Demam bola and demam panas. Badanku terasa lemah sangat-sangat.  Tapi masih juga bersemangat nak tengok bola. Biasalah kn? Lelaki kan perlu tengok bola time2 musim bola ni? Siapa lah yang tak nak tengok?

Berbalik pasal demam. Aku demam panas dah hampir seminggu. Tak juga sembuh-sembuh. Ubat pun dah habis aku makan. Dahlah demam, batuk berkahak and selsema pula. Tapi tak apa lah. Allah ingin menguji hamba-Nya ni kn? Allah sayangkan hamba-Nya. Sebab tu Dia bagi aku sakit. Orang kata sakit tu boleh hapuskan dosa-dosa kecil kita. Aku bersyukur sangat-sangat bila aku sakit nie. Hehe.
Alaa. Takkan aku nak sakit je kn? Habis tu yang wajib kita tunaikan, Takkan lah aku taknak buat kot. Aku wajib juga buat. Bukan setakat dosa kecil, dosa besar pun boleh terhapus(solat taubat lh). Betul tak?

Pasal demam bola pula. Tiap-tiap malam aku tengok bola. Maklum lah ada live kat TV3 tu. Lau tak ada live pun, live streaming football ada. Tengok je lah kt situ. Tak payah lah aku buang duit aku pergi kedai mamak setakat nak tengok bola. Kat rumah pun jadilah. Makan minum semua free. Tak kisah lah sangat. Hehe. BTW, banyak juga negara aku sokong nie. Aku sokong Italy, England, Republic Czech, Spain, and Germany. Aku pun tak tahu negara mana aku patut sokong betul-betul. Maklumlah, ada pemain Chelsea dalam negara tu(kecuali Germany and Italy).Italy aku suka tengok Buffon je. Lau Germany pula aku suka tengok corak permainan diaorang. Hehe Korang pula? Sokong siapa ni?







P/S Doakan Saya Sembuh Cepat. Nanti bila balik kampung tak lah selsema and batuk dalam Kapal Terbang tu nanti. Peace. Have a Nice Day . ^_^.


Read More

Tiga Semester Lagi Nak Habis Diploma








Tak sangka. Pejam celik pejam celik. Dah Sampai penghujung semester 3 aku belajar kat Limkokwing University Of Creative Technology ni. Aku macam tak rasa apa-apa pun. Pelbagai pengalaman yang aku dapat sejak aku datang belajar kat sini. Daripada kurang pandai berenang, akhirnya aku dapat juga berenang macam orang lain. Hehe. Aku rasa macam seronok pula aku belajar kat sini. Dulu aku dengar je aku nk belajar kt limkokwing, aku rasa macam xnk masuk je kt sini. Tapi bila aku fikir pula parents aku beria-rian sangat aku sambung belajar kat sini, semangat aku mula berubah. Time tak boleh blah sekali time mula-mula aku masuk sini. Aku macam seorang yang pendiam. Bila aku dh sampai pertengahan semester 1, aku mula balik perangai loyar buruk aku. haha. 

Keputusan semester 1 aku juga baik. Sampai bapa aku sendiri terkejut tengok keputusan aku tu. Dia macam tak percaya. Tapi semester 2 aku agak merosot. Markah aku turun mendadak. Aku pun tak tahu macam mana boleh turun mendadak macam tu. Semester 3 nie plak aku tak sabar nak tengok keputusan aku. Rasa takut jew. Maklumlah, semakin naik sem nie makin susah plak subject. Aku pun tak faham sangat apa yang lecterur aku terangkan kt aku. Aku buat-buat faham je diorang ajar apa. Aku juga tak sabar nak naik semester 4 nie. Aku dengar-dengar daripada senior-senior aku subject makin susah. So, aku kne lah belajar rajin-rajin lagi semester nie.
Read More

Gerangan Orang Dengki Dalam Blogger Aku.




Aku tidak tahu siapa gerangan orang yang bergitu dengki sangat kat aku. Tetiba jew dtg blog aku. Pastu tuduh aku copy and paste semua benda. Ko tu kne sedar. Kalau ko nk marah-marah pun, ko kne selidiki dulu. Ko ingat semua artikel aku nie copy and paste kew. Ada jugak aku wat sendiri dengan titik peluh aku sendiri lh wei. Ko xyah lh nk bising-bising kt aku. Menyemak jew ko ni. Ko tu dh kurang ajar ckit ngan aku. Aku x kacau hidup kau. Kau xyah nk kacau hidup aku. Kepada sesiapa yang rasa artikel korang aku copy paste, korang bagitau jew. Jgn jd mcm budak tu. dtg melulu. Pastu marah2. Ko tu bagus sgt kew?! Aku bkn xdew idea lh wei. Aku busy study aku nie. Banyak idea yang aku ada. Just malas nk update. Kalau blog blh block orang, mmg aku dh block ko tu. Dasar orang x sedar diri. Kalau ko bagus sgt, ko fikir jew pasal diri ko tu. 
Read More

New Facebook Welcome Page Style

 
 

Dalam penuh kesibukan dalam menjalani peranan sebagai student dan juga bakal menghadapi final exam dalam minggu ini, hafiz sempat juga meluangkan masa untuk terus berblogging. Kali ini, hafiz ingin kongsikan facebook welcome page yang hafiz edit sendiri. Walaupun ia memakan masa yang agak lama, tapi hafiz sanggup luangkan masa untuk edit page facebook tu.:)

Yang pertama ini hafiz buat dalam bahasa Sarawak. So, kepada sesiapa yang tidak faham. Maafkan hafiz. :)....

Kita berkenalan hanya dalam laman muka book.

Read More

Neelofa Graduate dari Lim Kok Wing?


 
 
Kalau Anuar Zain dapat pengiktirafan dari  Oxford Center For Leadership (OXCEL), NEELOFA pun apa kurangnya.. dapat hadiah ijazah dari Universiti Lim Kok Wing..Betul kew??? Tapi majlis ijazah NEELOFA adalah di dalam filem AZURA.. yang mana ada adegan mereka semua terima sijil. Dengar cerita Neelofa sebenarnya tengah belajar di UiTM.. betul ke? p/s: Tak sure kenapa OXCEL suka sangat nak award artis Malaysia.. Mungkin ingin cari recognition di Malaysia. OXCEL sebenarnya tiada kaitan dengan Oxford University, tapi orang Malaysia proud sangat dapat anugerah dari sebuah unit yang mungkin sama tarafnya dengan Kolej Iswara atau Kolej kecil lain di Malaysia… Entahlah..
 


Read More

Lawak Matematik dan keunikannya





 
 

Siapa paling tidak suka matematik? Dan mengapa korang tak suka matematik? Adakah matematik ini susah? Ataupun korang yagn tak belajar? Disini Desaria oooo Desaria akan sediakan jawapan matematik untuk korang yang ada masalah matematik.

Apa lah? Pacman?


Situ rupanya x?

wiwiiiittttttt.....
Read More

Kisah Benar :: Di Ganggu Hantu Kak Limah



 
 


 
Hantu Kak Limah Sebenar Muncul
MARANG, 25 Disember 2011 – Berambut panjang dan kadangkala menutup kepala dengan kain batik, rupanya persis watak hantu Kak Limah dalam filem komedi Hantu Kak Limah Balik Rumah yang mencetus fenomena dalam dunia perfileman negara.

Hantu Kak Limah benar-benar muncul di Marang. Itulah yang diperkatakan sebuah keluarga di Kampung Temiang, Pengkalan Berangan, apabila lima sekeluarga tertekan dan ketakutan akibat diganggu lembaga wanita tua berambut panjang itu sejak lebih seminggu lalu.

Wanita misteri itu dikatakan sering menjelma dan dilihat merayau-rayau sekitar kawasan rumah di situ. Malah, kelibat menyeramkan itu dapat dirakam secara kebetulan oleh salah seorang ahli keluarga terbabit.

Ketua keluarga, En.Mazlan Ali, 55, mendakwa, lembaga itu berpakaian batik lusuh dengan rambut mencecah paras pinggang, sering merayau sekitar rumah anaknya dari waktu malam hingga ke Subuh, sebelum menghilangkan diri.


Hantu Kak Limah Minta Tolong
Menurutnya, kesemua lima keluarga yang tinggal di kawasan itu adalah anaknya dan tinggal secara berasingan di rumah masing-masing kerana sudah berumah tangga.

Ada antara mereka juga pernah melihat kelibat seorang wanita berambut panjang berdiri berdekatan paip air dan sekitar rumah sebelum menghilangkan diri.

“Boleh dikatakan setiap hari pasti ada anak saya yang melihat kelibat wanita itu. Bukan itu saja, malah semalam, (kelmarin) saya sendiri terdengar lembaga itu menjerit meminta tolong,” katanya.

Dua bulan sebelum ini, katanya, kejadian menyeramkan itu tidak pernah dialami ahli keluarganya. Kemunculan lembaga wanita berambut panjang itu dikatakan bermula selepas dia membawa balik beberapa keping papan serta tiang rumah lama.
Menurutnya, kepingan papan dan tiang rumah itu diperoleh dari rumah pusaka ayahnya di Jerangau, Dungun, untuk dijadikan dinding rumah anaknya, Mohd Syawal, 22.


Diganggu Selepas Bawa Balik Papan
"Saya membawa pulang beberapa papan dan tiang itu ke rumah ini pada November lalu dan sejak itu gangguan lembaga misteri itu, bermula dan kami kerap diganggu dan kini kami sudah tidak tahan lagi dengan gangguan ini dan perlukan bantuan" kata En.Mazlan

Menguatkan lagi dakwaan itu, En.Mohd.Syawal turut menunjukkan imej lembaga misteri wanita tua seperti bertongkat yang dirakam secara tidak sengaja oleh ahli keluarganya beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, dia sendiri belum pernah melihat kelibat wanita misteri itu, tetapi sering diganggu bunyi yang pelik dan menakutkan sehingga menyebabkan dua anaknya tidak dapat tidur serta asyik menangis.

"Bunyi seperti orang mencakar dinding kerap kedengaran di luar rumah pada sebelah malam, apabila saya turun tiada sesiapa di bawah. Kami buntu memikirkan cara untuk mengatasi gangguan ini" kata En.Mohd.Syawal.


Read More

Posisi Jerawat Petunjuk Kepada Kesihatan Seseorang



 

Oh..Tidak! Jerawat. Kebanyakan orang pernah naik jerawat di muka tidak kira besar atau kecil. Kalau tengok cermin mesti tidak sah kalau anda tidak belek-belek muka, nampak jerawat mulalah rasa sakit hati dan geram kan? Itu perkara biasa.

Ada setengah orang cakap jerawat ini menyusahkan dan memalukan bila sudah naik banyak-banyak di muka. Sampai ada yang sanggup tidak mahu keluar rumah bila muka berjerawat. Betul ke? Tapi jerawat tak boleh dibiarkan sebabkan kesannya sangat teruk.Tapi tahukah anda posisi jerawat boleh memberi petunjuk ataupun isyarat tentang kesihatan kita walaupun bukanlah secara menyeluruh? Menarik bukan? Jom teruskan membaca info dibawah.
Jerawat kat DAHI

Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran.

Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.

Read More

Madah Pujangga

Lelaki Jalang

Mandi di telaga di tei jalan, bersunting bunga tahi ayam.
    Orang lelaki yang sstia kepada perempuan jahat.

Ambil Kesempatan

Memperlapang kandan musang, mempersempit kandang ayam.
    Sengaja memberi peluang/kesempatan kepada orang yang berniat jahat.

Habis kuman disembelih hendak memberi makan gajah.
    Sengaja menyusahkan orang kecil kerana hendak menyenangkan hati orang besar-besar.

Darjat

Hilang kilat dalma kilau
    Kepandaian atau darjat kevesaran sudah tidakkelihatan lagi apabila bercampur dengan orang yangpanda-pandai atau besar-besar.

Read More

Subhanallah: Sila dail 24434?

Pernahkah anda membayangkan apabila berdoa, lalu muncul pertanyaan seperti ini:
    "Terima kasih. Anda telah menghubungi Baitullah. Sila tekan 1 untuk MEMINTA. Tekan 2 untuk BERSYUKUR. Tekan 3 untuk MENGELUH. Tekan untuk PERTANYAAN LAIN-LAINNYA. Mungkin juga anda akan mendenga ayat-ayat seperti ini. "Maaf. Ketika ini semua malaikat sedan membantu pelanggan lain. Diharap anda bersabar menunggu. Panggilan anda akan dilayan sebentar lagi!" Cuba anda bayagkan semasa sedang berduka dan ingin negadu kepada-Nya, anda mendaat respon begini:

    "Jika anda mahu berbicara, tekan 1 untuk bercakap dengan Malaikat Mikail. Tekan 2 untuk bercakap dengan malaikat yang lainnya. Tekan 3 jika mahu membuat pertanyaan tentang syurga dan neraka!" Atau mungkin juga anda akan mendengar bunyi begini:
   
    "Sistem kami menunjukkan anda telah memanggil lebih daripada sekali pada hari ini. Sila cuba lagi di kemudian hari!" Boleh jadi anda terdengar kata-kata seperti ini: "Pejabat kami ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari berikutnya!" Jawapan-jawapan sebegini mungkin tidak asing dalam kehidupan seharian kita. Namn, adakah ia satu jawapan yang anda terima sewaktu mendail nombor-nombor Allah? Sudah tentu TIDAK. Allah amat mengasihi kita. Setiap masa kita boleh 'menelefon-Nya', tifak kira tempat dan waktu. Kita hanya perlu menghadap-Nya dan membuat aduan pada bila-bila masa dan Allah sentiasa mendengar aduan kita tanpa sebarang had.

Read More

Astaghfirullah: Gagal mengucap Tidak percaya Islam

Kisah yang ingin saya ceritakan ini adalah dari sebuah majalah dan bukanlah untuk mengaibkan sesiapa. Cuma, apa yang ingin saya sampaikan hanyalah untuk pedoman kita bersama.

Kejadian ini berlaku pada tahun 2010. Ini adalah kisah seorang Ustaz yang mendapat telefon daripada seorang wanita. Wanita ini meminta pertolongan Ustaz ini untuk ibunya yang sakit tenat yang berada di Hospital. Ustaz itu segera pergi ke Hospital tersebut dan wanita tersebut membawa Ustaz masuk kedalam bilik dimana ibunya terlantar diatas katil.Ustaz tersebut melihat ibu wanita tersebut dan kelihatan mata ibu wanita terssebut tak bersinar lagi dan layu seperti mahu tertutup rapat. Rambutnya kelihatan sedikit kusut. Tubuhnya juga kurus melidi. Mukanya sedikit cengkung hingga tulang-tulang mukanya timbul.

Pada awalnya, doktor memberitahu wanita tersebut bahawa ibunya hanya demam biasa dan tak ada penyakit lain. Tetapi seminggu ibunya wanita tersebut di Hospital tetap tak sembuh.

Ustaz tersebut perhatikan sahaja ibu wanita tersebut dan tanpa menyentuh ataupun berbuat apa-apa, Ustaz tersebut membaca sepotong ayat al-Quran. Tiba-tiba dada ibu wanita tersebut mula berombak-ombak kencang. Dadanya tutun naik. Ibu wanita tersebut juga mula bernafas tersekat-sekat seperti orang kelemasan sambil meronta-ronta. Ustaz memberitahu wanita tersebut bahawa ibunya berada di ambang sakaratulmaut. Perlahan-lahan ustaz tersebut bisikkan kalimah 'Laila ha  illAllah' ke telinga ibu wanita itu. Dengan tidak semena-mena, ibu wanita itu menggeletik-geletik di atas katil seperti cacing kepanasan. Ustaz tersebut terus mengajar kalimah syahadah kepada ibu wanita itu. Ibu wanita itu semakin kuat meronta-ronta. Ustaz itupun dengan nada yang kuat, dia ucapkan kalimah syahadah dengan lantang dan kuat. Ibu wanita tersebut terus meronta-ronta.

Read More

Lelaki Vs Perempuan

Kajian Menarik terbaru..

Lelaki:
1. Pandu ke bank, parking dan berjalan ke mesin ATM
2. Masukkan card
3. Tekan number PIN dan jumlah yang dikehendaki
4. Ambil duit, card dan receipt
Read More

Kelebihan perempuan menangis dan mengapa mereka menangis?

Daripada post yang sebelum ini, Desaria oooo Desaria telah berkongsi tentang Kelebihan lelaki menangis dan mengapa mereka menangis? Hari ini pula, Desaria oooo Desaria akan berkongsi tentang perempuan pulak.. Bagi adil sikit. Haha. :).. Desaria oooo Desaria membuat post ini disebabkan terkenang Ibu yang berada jauh dari sisiku. Yang selalu mengalirkan air mata untuk membesarkan anak-anaknya. Yang tidak tahu erti penat untuk membesarkan anak-anaknya. :'(

Ok. Kita teruskan. Sebenarnya mereka memang suka menangis. Semua orang tahu mereka selalu menangis walaupun perkara kecil yang berlaku. Perempuan juga suka sangat menangis tanpa alasan. Perempuan menangis bukan disebabkan mereka ini lemah ataupun menangis dengan suka-sula. Bagi mereka, menangis adalah terapi emosi yang paling mujarab untuk menghilangkan rasa tekanan. Adalah sebuah fakta yang menyatakan air mata sangat berguna untuk kesihatan. Air mata yang asli dapat membantu mengembalikan keseimbangan kimia tubuh.

Read More

Ruang dan Masa- Karya Kawanku

Seperti post yang sebelum ini, post yang ini juga adalah hasil karya kawan baik Desaria oooo Desaria. Post ini akan menceritakan tentang persahabatan. Persabahatan yang tak akan pupus dalam kehidupan seharian manusia. Tanpa sahabat, kita akan kesunyian. :)


Masa dan Ruang..

Hari itu, aku masih ingat,
Bertapa ianya masih jelas,
Seperti baru semalam ia berlaku,
Dalam diari hidupku..
Dentuman pilu mulai menghantui,
Air yang terlalu mahal harganya untuk ku biarkan terjatuh,
Kini seperti titis-titis hujan yang turun menyembah bumi,
Kau terkulai dalam esakkan,
Esakkan yang berasal daripada rasa kebahagiaan,
Yang terjalin erat dalam susun galur kata, iaitu:
                                                                            PERSAHABATAN..
Demi kata keramat itu,
Dimulai dengan saat pertemuan,
Pertemuan yang menuntut keberanian,
Untuk meruahkan kata-kata azimat pembuka bicara,
Yang menjadi dasar kepada hubungan kita kini..
Read More

Biarlah-Karya Kawanku

Hari ini, Desaria oooo Desaria akan berkongsi sesuatu yang terhasil daripada titik peluh kawan baik Desaria oooo Desaria sendiri. Desaria oooo Desaria telah meminta kebenaran daripada dia untuk menjadikan karya dia ini salah satu post untuk blog ini. Ini bukan copy and paste ataupun curi karya orang lain.. So...Hayatilah .. :)


Biarlah..

Bismillahirahmannirahim,
Aku mulakan lakaran ceritera hidupku dengan nama-Mu YA Allah,
Mudah-mudahan redha dan rahmat-Mu kuperolehi,
Demi melayari gelora kehidupan yang pasti menuntut keimanan, ketaqwaan dan kesabaran..
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Bantulah aku demi berpaut diranting yang utuh,
Demi sayap yang terbang nun jauh,
Tetapi, kekal di landasan-Mu yang teguh,
Bukannya diperahu yang rapuh..
Demi-Mu Ya Allah,
Aku pasrah dan berteleku di tepian,
Mengenang nasib yang tidak siapa pun yang tahu,
Menanam daun-daun ketabahan dan akar-akar kekuatan,
Demi manjunjung baja kebahagiaan..

Read More

Lawak Facebook!!

Facebook? Semua orang dah tahu facebook kn? Tp korang tahu tak facebook dah ada sejak zaman dulu lagi. xpercaya? tengok nie. :)


*Facebook terawal dalam sejarah
 Setelah semua dinasaur pupus, tak ada sesiapa yang guna facebook lg sehinggalah seseorang membuat research tentang facebook nie. contoh orang yang guna facebook pada zaman dahulu.

*Inilah Sultan pertama guna facebook termasuklah rakyat2nya.  
                                                             

*Orang putih baru tahu tentang facebook dan mereka pun mencuba.
                            
Read More

Add Floating Effect For Blogger Cursor


How To Add Floating Effect For Blogger Cursor
This is a cool trick for your blog. try it.

1. Log in to blogger and Go to Design >> Edit HTML

2. Put checked marked in Expand Widget Templates

3. Find this tag by using Ctrl+F </head>  tag

4. Paste  below code before </head>  tag

Read More

Add Cool Css Menu Bar For Blogger



How to make a blog page number navigation easily


Actually sometime hard to find working number navigation gadget for blogger.So this post will help you to add page number navigation easily. it will helpful to your visitors to keep watching your other post.so you can increase page-views. Its just  blogger widget . try it.


1.  Log in to blogger account > Go to Design >> Page Element


2. Click Add Gadget and select 'HTML/Javascript'


3. Paste below code.


Read More

Atuk N Cucunya Yang Nakal

Aku ada seorang cucu namanya Jendul , dia ni baru 4 thn ...tapi nakal mengalahkan atuknya. Bayangkan la suka sangat dia naik kat belakng tengkok aku yg dah nak mereput ni..silap ari boleh tanggal dibuatnya.

Satu sikap yang membuatkan aku bengang tahap maksima kat dia ni suka sangat kacau aku time aku makan. Apa yg aku nak makan itu laa yg dia nak...geram betul aku..aku belum sempat nak makan dia dah songlap bawak lari makanan aku tu.

Suatu hari....bini aku masak la bubur durian...aku memang dah lama mengidam tu...aku pon ambik la semangkuk dan cover line la takut cucu aku nampak kang dia rembat plak bubur yg aku ambik tu. Aku rasa la sesudu dua pastu simpan biar dia sejuk dulu...

Read More

Soalan Yang Selalu Ditanya

* Anda berada di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya:
"Tunggu bas ke?"
Anda harus menjawab: "Taklah aku tengah tunggu
helikopter, lambat plak ari nie ye"

* Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya:
"Ko nak mandi ke?"
Jawab : "Taklah aku nak pi main lelayang
kejap, ko nak join?"

* Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur:
"Aik? tulis surat nampak?"
Jawab : "Oh ye ke? aku tak prasan ah...tangan
aku bergerak sendiri"

Read More

Learning English??

Miss Ann seorang cikgu perempuan yang mengajar Bahasa Inggeris untuk tahun
1. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 ayat Inggeris dan kemukakan
pada hari Isnin nanti.

Ketika dalam perjalan pulang, Amin salah seorang anak murid cikgu itu
ternampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada
satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menjerit "Shut up you !!". Apabila
sampai di rumah dia bertanya kepada bapanya, "shut up you" tu Bahasa Inggeris
ke? Bapa dia jawab, iye. Dapat dah satu perkataan, kata Amin di dalam hati.

Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa superman
nak terbang dia kata "Superman !!!" dia tanya bapa dia lagi, Superman tu
Bahasa Inggeris dan bapa dia kata yes. Dua perkataan dah, kata budak itu.

Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan, dia ternampak ada seorang lelaki
dan seorang perempuan sedang bertengkar berebut buku. Perempuan itu kata
"Ladies first" balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itu pun Bahasa
Inggeris. Ah, lega nya kata budak itu.


Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.


Read More

Pantun Empat Kerat Terbaik!!

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar .

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery

Kalau ada jarum yangpatah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..


Read More

Hack and Crack Internet Download Manager

Hack and crack IDM manually:

Step 1: Download the IDM trial or If you already have IDM installed Update it by going to Help---}} then to check for Updates.

Step2:Now Go to START => Then go to RUN and type the following text and click enter:
     
                  notepad %windir%\system32\drivers\etc\hosts

Step3: Now right click on hosts file and go to its properties, then go to security tab and then select your admin account, just below u will see an edit button (in front of change permissions), Now give the user full control and write and read rights and then click on apply and then click on Ok, now u will be able to edit the hosts file and save changes in it.

For Windows 7 Users:
For Windows 7 users, due to security reasons you will not be able to save hosts file.so follow this steps :
First of all go to C:/ drive then go to Windows Folder and then go to System32 folder and then go to Drivers folder and then go to Etc Folder, in the Etc folder you will see the hosts file.


Now right click on hosts file and go to its properties then go to Security tab select Users under Group or user names and click on edit button,Permission For Host Window will get open, in that window select Users account and grant permission in bellow section which is "Permission for SYSTEM" by clicking all checkbox under "Allow" Name and press Ok.Dnt click on any Deny check box.

Note: Close All Antivirus because it can block when you do this step. If  you have login through admin then skip this step .Its just for granting permission for editing file.

Read More

Oi!! Lelaki Buaya Darat!!!

Lelaki Buaya Darat (Playboy) semakin hangat dikaitkan pada zaman sekarang. Maklumlah, terlalu ramai sangat budak-budak lelaki yang dilahirkan handsome. Tapi tak apa lh. Dh ketentuan Illahi. Namun mengapa lelaki perlu menjadikan kekacakan mereka ini kearah yang salah.  Adakah mereka merasakan mereka ini dah cukup kacak lalu nak mempermainkan perasaan perempuan. Sedarlah wahai lelaki, perempuan bukan nya macam baby diapers. Lepas pakai buang camtu sahaja. Ketahuilah ciri-ciri lelaki yang keras daripada buaya ni (playboy).

Ciri-ciri mereka ini ialah:
-Spesis jenis ini mudah terpikat dengan kecantikan seorang wanita, walaupun sudah mempunyai kekasih tapi tetap juga ingin mendapatkan cinta dari wanita lain. Jadi pada 'u all' yang cun-melecun tu baiklah berhati-hati. Wanita cantiklah sasaran utama mereka. tapi sekarang, mereka ini main sergah saja. baik cantik ataupun kurang cantik.
-Ada pelbagai akaun sosial seperti Facebook, MySpace, Friendster, Tagged dan macam-macam lagi, dan kebanyakkan kawannya adalah perempuan, seksi dan cantik lak tu.
-Jika mereka mempunyai kekasih pasti pada mulanya amat menyayangi kekasih mereka, tapi andai pada suatu saat mereka mula terpikat dengan wanita lain sedikit demi sedikit mereka akan menghindari diri dari kekasih mereka. Kalau terperasan akan perubahan sikap boyfriend 'u all' dah sah dia ada awek lain.
-Bijak ambil hati perempuan, walaupun baru 30 saat dikenalinya.

Read More