Subhanallah: Sila dail 24434?

Pernahkah anda membayangkan apabila berdoa, lalu muncul pertanyaan seperti ini:
    "Terima kasih. Anda telah menghubungi Baitullah. Sila tekan 1 untuk MEMINTA. Tekan 2 untuk BERSYUKUR. Tekan 3 untuk MENGELUH. Tekan untuk PERTANYAAN LAIN-LAINNYA. Mungkin juga anda akan mendenga ayat-ayat seperti ini. "Maaf. Ketika ini semua malaikat sedan membantu pelanggan lain. Diharap anda bersabar menunggu. Panggilan anda akan dilayan sebentar lagi!" Cuba anda bayagkan semasa sedang berduka dan ingin negadu kepada-Nya, anda mendaat respon begini:

    "Jika anda mahu berbicara, tekan 1 untuk bercakap dengan Malaikat Mikail. Tekan 2 untuk bercakap dengan malaikat yang lainnya. Tekan 3 jika mahu membuat pertanyaan tentang syurga dan neraka!" Atau mungkin juga anda akan mendengar bunyi begini:
   
    "Sistem kami menunjukkan anda telah memanggil lebih daripada sekali pada hari ini. Sila cuba lagi di kemudian hari!" Boleh jadi anda terdengar kata-kata seperti ini: "Pejabat kami ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari berikutnya!" Jawapan-jawapan sebegini mungkin tidak asing dalam kehidupan seharian kita. Namn, adakah ia satu jawapan yang anda terima sewaktu mendail nombor-nombor Allah? Sudah tentu TIDAK. Allah amat mengasihi kita. Setiap masa kita boleh 'menelefon-Nya', tifak kira tempat dan waktu. Kita hanya perlu menghadap-Nya dan membuat aduan pada bila-bila masa dan Allah sentiasa mendengar aduan kita tanpa sebarang had.

  
    Apabila kita mendail talian Allah, tiada istilah 'talian sibuk'. Allah menerima setia panggilan dari hamba-hambaNya. tanpa mengira waktu dan amat mengetahui siapakan para pemanggil-Nya itu. Talian 24434 adalah talian yang palinh mudah untuk anda mendail-Nya. Mengapa 24434?
         2 rakaat- Subuh
        4 rakaat- Zuhur
        4 rakaat- Asar
        3 rakaat- Maghrib
        4 rakaat- Isyak
   
    Jika ingin lebih sempurna dan lebih dekat lagi dengan-Nya, anda boleh tambah lagi nombor-nombor tersebut dengan mendail talian 2 yakni solat tahajud, duha dan taubat. Kita juga boleh mendail talian 30 yakni al-Quran yang memiliki 30 juzuk atua mendail 99 Asmaul Husna, yakni nama Allah. Untuk lebih cantik kita boleh mendail 33 zikir, Subhanallah, Alhamdulillah, dan Allahuakbar. Yang pasti, talian Allah ini adalah secara terus, telus, tanpa operator, tanpa perantara, tanpa tinggalan pesanan dan tanapa sebarang bayaran bil.
   
    Jumlah talianNya juga terlalu banyak, tidak akan wujud istilah 'talian sibuk', dibuka 24 jam sehari, tujuh hari seminggu sehingga hayat kita akhirnya kembali kepada-Nya. Sebenarnya, inilah talian yang wajib kita dail setiap hari. Sayangnya, ramai yang mengabaikan talian Allah ini kerana manusia lebih tergoda talian duniawi meskipun kadangkala tidak mendapat jawapan, dibalas mesin suara dan tiada kawasan liputan. Sedarlah wahai manusia. Tiada talian yang lebih penting daripada seruan Illahi.

0 Comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Budi Anda Semua.
Kalau Nak Komen,
Komenlah lagi tanpa rasa segan-silu.