Madah Pujangga

Lelaki Jalang

Mandi di telaga di tei jalan, bersunting bunga tahi ayam.
    Orang lelaki yang sstia kepada perempuan jahat.

Ambil Kesempatan

Memperlapang kandan musang, mempersempit kandang ayam.
    Sengaja memberi peluang/kesempatan kepada orang yang berniat jahat.

Habis kuman disembelih hendak memberi makan gajah.
    Sengaja menyusahkan orang kecil kerana hendak menyenangkan hati orang besar-besar.

Darjat

Hilang kilat dalma kilau
    Kepandaian atau darjat kevesaran sudah tidakkelihatan lagi apabila bercampur dengan orang yangpanda-pandai atau besar-besar.


Orang berilmu

Biar kena tampar dengan jari yang bercincin daripada kena jentik dengan tangan yang berkudis
    Jikalau tersalah dalam sesuatu perkara, biarlah dihukum oleh orang yang berkuasa atau ditegur oleh orang yang berilmu, daripada dianiaya oleh orang kecil yang tak tahu apa-apa.

Cacat Cela

Bicarakan rumput di halaman rang, di halaman sendiri rumput sampai di kaki tangga.
    Cacat cela orang lain nampak, cacat cela sendiri tidak kelihatan.

Bijakasana


Hati orang yang bodoh itu di mulutnya, dan lidah orang yang cerdik otu di belakang hatinya
    Orang bodoh berbicara tanpa perhitungan, orang bijaksana berfikir sebelum berkata-kata.   


 
 

0 Comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Budi Anda Semua.
Kalau Nak Komen,
Komenlah lagi tanpa rasa segan-silu.