Astaghfirullah: Gagal mengucap Tidak percaya Islam

Kisah yang ingin saya ceritakan ini adalah dari sebuah majalah dan bukanlah untuk mengaibkan sesiapa. Cuma, apa yang ingin saya sampaikan hanyalah untuk pedoman kita bersama.

Kejadian ini berlaku pada tahun 2010. Ini adalah kisah seorang Ustaz yang mendapat telefon daripada seorang wanita. Wanita ini meminta pertolongan Ustaz ini untuk ibunya yang sakit tenat yang berada di Hospital. Ustaz itu segera pergi ke Hospital tersebut dan wanita tersebut membawa Ustaz masuk kedalam bilik dimana ibunya terlantar diatas katil.Ustaz tersebut melihat ibu wanita tersebut dan kelihatan mata ibu wanita terssebut tak bersinar lagi dan layu seperti mahu tertutup rapat. Rambutnya kelihatan sedikit kusut. Tubuhnya juga kurus melidi. Mukanya sedikit cengkung hingga tulang-tulang mukanya timbul.

Pada awalnya, doktor memberitahu wanita tersebut bahawa ibunya hanya demam biasa dan tak ada penyakit lain. Tetapi seminggu ibunya wanita tersebut di Hospital tetap tak sembuh.

Ustaz tersebut perhatikan sahaja ibu wanita tersebut dan tanpa menyentuh ataupun berbuat apa-apa, Ustaz tersebut membaca sepotong ayat al-Quran. Tiba-tiba dada ibu wanita tersebut mula berombak-ombak kencang. Dadanya tutun naik. Ibu wanita tersebut juga mula bernafas tersekat-sekat seperti orang kelemasan sambil meronta-ronta. Ustaz memberitahu wanita tersebut bahawa ibunya berada di ambang sakaratulmaut. Perlahan-lahan ustaz tersebut bisikkan kalimah 'Laila ha  illAllah' ke telinga ibu wanita itu. Dengan tidak semena-mena, ibu wanita itu menggeletik-geletik di atas katil seperti cacing kepanasan. Ustaz tersebut terus mengajar kalimah syahadah kepada ibu wanita itu. Ibu wanita itu semakin kuat meronta-ronta. Ustaz itupun dengan nada yang kuat, dia ucapkan kalimah syahadah dengan lantang dan kuat. Ibu wanita tersebut terus meronta-ronta.



Setelah hampir sepuluh minit Ustaz tersebut cuba mengajar ibu wanita tersebut mengucap kalimah syahadah, dia tetap tidak mahu mengucapkannya.  Ustaz tersebut tenung wajah wanita tersebut sedalam-dalamnya. Dari riak wajahnya, ustaz itu nampak seperti ibu wanita tersebut didalam ketakutan. Matanya terbentang luas, mulutnya terbuntang luas dan air liurnya mula meleleh membasahi pipi.

Bila Ustaz itu periksa, rupa-rupanya ibu wanita tersebut itu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibu wanita itu meninggal tanpa sempat megucap kalimah syahadah. Cara ibu wanita itu meninggal seolah-olah rohnya disentap dengan ganas ketika keluar dari jasad.

Semasa hayat ibu wanita tersebut ialah setiap kali ada aktiviti keagamaan seperti tahlil, beliau akan abaikan. Menurut beliau, hanya membuang masa dan aktiviti tersebut juga memang tidak memajukan manusia. Apa yang ada di dalam fikirannya adalah bekerja dan mencari wang. Namun begitu, beliau tidak pula melarang suami dan anak-anaknya melakukan aktiviti tersebut. Beliau juga mengaku bahawa beliau masih lagi Melayu dan beragama Islam, cuma dia tidak berminat dengan akitiviti sebegitu.

Setiap kali orang bercerita tentang agama, beliau selalu memperlekehkannya. Baginya, semua itu adalah pemikiran yang tertutup. Kolot! Sepanjang hayatnya juga, beliau tidak bersolat. Apa yang penting adalah mencari harta sebanyak-banyaknya. :(

Astaghfirullah. Janganlah kita bersikap macam ini. Walaupun mencari harta adalah baik, tetapi janganlah kita mengabaikan tanggungjawab kita sebagai umat-Nya. Sama-samalah kita jadikan ini satu iktibar.

0 Comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Budi Anda Semua.
Kalau Nak Komen,
Komenlah lagi tanpa rasa segan-silu.