Negara Pilihan Aku Masuk Suku Akhir!!!!

♠ Dihantar oleh Abdul Hafiz dalam , at 6/20/2012 12:41:00 PM




Sedih bercampur gembira. Sedih sebab Euro 2012 akan melabuhkan tirainya dan gembira sebab negara pilihanku masuk suku akhir Kelima-lima negara yang aku pilih lagi tu. Pandai gak aku pilih siapa masuk suku akhir nie. Suka siot. Yahooooo!!!!!!!!!!!!!. hahaha

Negara first aku pilih ialah Czech Republic. Walaupun diaorang kalah pada awal permainan menentang Russia,4-1, tapi semangat diaorang nie tinggi. Perlawanan kedua diaorang nie seri dengan Greece 1-1 tapi last game plak diaorang menang 2-1 ke atas Poland. Dapat jadi juara dalam group A lagi tu. Boleh tahan gak diaorang nie. Tapi aku kurang yakin sikit ngan diaorang nie. Aku rasa diaorang nie takkan masuk separuh akhir sebab diaorang akan menentang Portugal tu. Bahaya negara tu.

Germany plak. Boleh tahan gak diaorang main. Menang ketiga-tiga game. Permainan pertama diaorang lawan dengan Portugal, diaorang menang 1-0. Second game plak diaorang menang lawan Netherland 2-1. And last game palk, menang lawan Denmark, 2-1. Tapi aku kesian gak tengok Netherland tu. Tak ada menang lansung dalam group B nie walaupun diramalkan akan menentang Spain pada perlawanan akhir nanti. 
Italy ngan Spain pun tak kurang. Diaorang pun melangkah ke suku akhir. Tapi game last diaorang nie aku tak tengok. Game Italy lawan Rep. of Ireland dan game Spain lawan Croatia. Aku nie kan kurang sihat. Demam and batuk. Aku minum ubat batuk terus tidur. Tak sedar plak aku yang game tu dah start. Bangun-bangun jew aku, dh tengah hari. Tak sempat aku nak tengok. Tapi ok lah, Spain menang tipis ngan Croatia and Italy menang 2-0 keatas Ireland. BTW, teruskan usaha korang.

Game nie aku aku tengok walaupun aku sorang-sorang. Game England menentang Ukraine. Game yang menarik and game nie negara Ukraine yang banyak pegang bola. Nasib lah gol Ukraine tu tak dikira(sebenarnya memang gol dah tu. Referee tak nampak lah tu.) Comfirm Ukraine berang time tu. Haha. Lau gol sekalipun, England tetap gak menang dalam group D tu. Sebab France kalah ngan Sweden 2-0.

Aku tak tahu nak sokong siapa masuk separuh akhir nie. Aku rasa yang masuk separuh akhir,England, Spain,Germany(negara yang aku sokong jew nie). Game suku akhir nie aku harus tengok. mesti gempak punyalah.

Suku Akhir Euro 2012.

Czech Republic Lawan Portugal
Germany Lawan Greece
England Lawan Italy
Spain Lawan France

0 orang cantik dan hensem respons:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Budi Anda Semua.
Kalau Nak Komen,
Komenlah lagi tanpa rasa segan-silu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...