Buah Berkembar Sejukkan Hati Pasangan Sedang Bertengkar


Siapa diantara korang yang suka bertengkar dengan pasangan korang? Ataupun selalu tengok kawan-kawan korang yang bertengkar dengan pasangannya. Disini ada cara nak sejukkan hati mereka yang suka bertengkar. Buah berkembar adalah cara untuk menyejukkan hati mereka yang bertengkar ini. Ini adalah fakta kerana cara ini diambil dari salah satu majalah terkenal Malaysia. :)


Dulu orang tua-tua berkata, kalau nak anak kembar, rajin-rajinlah makan buah atau sayur-sayuran berkembar. Jika dimakan pisang, limau, betik, ubi kentang, adalah peluang dapat anak si kembar juga. Tapi itu semua adalah tidak benar. Tak ada kena mengena pun makan buah-buah yang kembar tu boleh dapat anak kembar. Tapi, buah-buahan berkembar ini ada gunanya iaitu untuk mendamaikan pasangan suami isteri yang suka bergaduh. Melalui kaedah ini sudah ramai pasangan yang 'panas' asyik bergaduh macam anjing dengan kucing berjaya 'disejukkan'.


Kita tidak memerlukan kemenyan, keris atau tangkal. Cukup sekadar guna buah atau sayur kembar itu saja. Yang penting, buah kembar tadi boleh dicampur ke dalam masakan untuk dimakan. Seterusnya baca ayat-ayat pelembut hati yang diambil dari al-Quran supaya Allah menyatukan semula hati-hati mereka agar berbaik semula.

Bagi suami yang ada isteri 2-4 pun boleh gunakan kaedah ini. Madu-madu dia akan berbaik semula dengan kuasa Allah. InsyaAllah. Tapi ingat! Jangan lah datang dok nak berpoligami saja. Apa yang penting adalah tanggungjawab korang terhadap isteri-isteri korang.