Ya Allah,
Setiap detik yang berlalu,
Hamba selalu melupakan segala perintah-Mu,
Dengan melakukan apa yang dilarang oleh-Mu,
Dan menambah lagi dosa yang ada.
Ya Allah,
Hamba membuat dosa terus dan terus,
Tanpa ingat akan saat kematian,
Tanpa ingat seksaan alam kuburan,
Dan tanpa mengingati balasan di hari pembalasan.
Ya Allah,
Hamba kini sedar akan segala dosa-dosa,
Dosa-dosa yang kian bertambah hari ke hari,
Mengingatkan hamba akan diri-Mu,
Dan hamba ingin memohon ampun.
Ya Allah,
Cinta hamba terhadap-Mu tak akan hilang,
Sesungguhnya cinta-Mu adalah cinta yang paling agung,
Tiada cinta yang sehebat cinta-Mu,
Dan cinta itu akan terus ada di dalam diri hamba.
Ya Allah,
Dengan namu-Mu yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Hamba berserah kepada-Mu,
Hamba menadah kedua-dua tangan kepada-Mu,
Dan hamba memohon terimalah taubat hamba.
Ya Allah,
Hamba juga memohon kepadamu,
Selamatkanlah saudara-saudaraku di Palestin,
Sesungguhnya mereka hambaMU yang taat kepadaMU,
Tidak kira apapun terjadi,
Mereka terus dijalan LurusMu.
Ya Allah,
Sesungguh nya yahudi laknatulah telah membuatMu murka,
Maka itu bukakanlah hati mereka ini supaya berhenti,
Berhenti untuk memusnahkan bumi Palestin,
Sekiranya mereka masih meneruskan,
Maka diriMu bantulah mereka yang tidak berdosa,
Sepertimana diriMu memusnahkan askar bergajah Abrahah dengan burung Ababil.
Sesungguhnya ya Allah. Hamba memohon taubat kepada diri-Mu. Kepada Tuhan ku yang satu. Yang Maha Pengampun dan Maha Besar. Bukakanlah pintu hati hamba untuk terus dijalan-Mu ya Allah. Hamba tahu yang hamba tidak layak untuk syurga-Mu tapi hamba juga takut untuk neraka-Mu. Berkatilah dan rahmatilah diri dan hidup hamba. Ampunkan dosa-dosa hamba,ibu-bapa hamba, guru-guru hamba,sanak-saudara hamba dan kawan-kawan hamba. Tidak lupa juga, ampunilah para pembaca blog hamba ini. Sesungguhnya mereka ini hamba-Mu yang juga tidak lari daripada melakukan kesilapan dan mereka ini juga sudi membaca rintihan hamba. Dan hamba berdoa kepadaMU, bantulah mereka di bumi Palestin yang tidak berdosa. Amin Amin YaRabbalAlamin.
Rintihan Seorang Hamba Allah
Coway by Hafiz
6/24/2012 02:36:00 AM