Lama juga saya tidak update ni. Rasanya 4 bulan tak update. Maklumlah, assignment saya makin banyak. Sekarang ni pun assignment tak siap lagi. Deadline hantar assignment lama dah berlalu. Tapi tak hantar2 lagi. Macam mana lah nak jadi pelajar cemerlang macam ni. Namun semua itu tak ada masalah. Semua itu saya akan settle kan sebelum final exam ni.
Berbalik kepada final exam. Saya akan menduduki peperiksaan akhir tahun minggu depan. Namun satu apa pun saya tak study lagi. Kemalasan telah melanda diri. Aduh2. Ya Allah. Buangkan semua rasa malas saya ni. Ada lima subject yang perlu saya cover, iaitu Java Programming, Data Communication, Software Engineering, Mathematic and Artificial Intelligent. Pening sudah. Bagi subject Java and Mathematic, InsyaAllah, tak bagi masalah kepada saya. Sebab saya suka subject tu. Bagi subject2 lain tu. Entahlah boleh ke tidak. Habis exam ni, saya akan bercuti panjang. Habis sudah semester 4 dan juga untuk tahun ini. Tak sabar pula nak masuk semester baru. Doakan saya berjaya.
Kepada sesiapa yang nak final exam, amalkan doa ni. InsyaAllah dipermudahkan oleh Allah.
Doa untuk buang kemalasan. Dan jangan biarkan kemalasan melanda diri.
Allohumma innii a’uudzubika minal hammi wal hazan wa a’uudzubika minal ’ajzi walkasai, wa a’uudzubika minal jubni wa bukhli, wa a’uudzu bika min gholabatid-daini wa qohrirrijaal.
“Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemauan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kikir, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.” (HR Abu Dawud 4/353)
|
Doa Exam
اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.” |
Doa Menghafal
" Ya Allah, tambahkanlah buat kami jangan Engkau kurangkan, muliakanlah kami jangan dihina, berilah buat kami jangan ditahan, pilihlah kami jangan Engkau biarkan dan redhailah kami dan redhailah pula semua usaha kami" |
Doa Penerang Hati
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي . وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي . يَفْقَهُوا قَوْلِي Maksudnya : "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, "Supaya mereka faham perkataanku" (Taha : 25,26,27) |
Amin.