Kelebihan perempuan menangis dan mengapa mereka menangis?

Daripada post yang sebelum ini, Desaria oooo Desaria telah berkongsi tentang Kelebihan lelaki menangis dan mengapa mereka menangis? Hari ini pula, Desaria oooo Desaria akan berkongsi tentang perempuan pulak.. Bagi adil sikit. Haha. :).. Desaria oooo Desaria membuat post ini disebabkan terkenang Ibu yang berada jauh dari sisiku. Yang selalu mengalirkan air mata untuk membesarkan anak-anaknya. Yang tidak tahu erti penat untuk membesarkan anak-anaknya. :'(

Ok. Kita teruskan. Sebenarnya mereka memang suka menangis. Semua orang tahu mereka selalu menangis walaupun perkara kecil yang berlaku. Perempuan juga suka sangat menangis tanpa alasan. Perempuan menangis bukan disebabkan mereka ini lemah ataupun menangis dengan suka-sula. Bagi mereka, menangis adalah terapi emosi yang paling mujarab untuk menghilangkan rasa tekanan. Adalah sebuah fakta yang menyatakan air mata sangat berguna untuk kesihatan. Air mata yang asli dapat membantu mengembalikan keseimbangan kimia tubuh.




Bukan itu sahaja, para ilmuwan juga ada menegaskan bahawa menangis dapat menyebabkan panjangnya usia kaum hawa. Betulkah? Mungkin betul apa yang dikatakan para ilmuwan tetapi kita tidak boleh melawan takdir juga. Menangis juga dapat menyelamatkan perempuan masa kini dari ketegangan urat saraf yang ia alami akibat banyaknya permasalahan yang berlaku.

Allah telah ciptakan wanita itu sangat unik. Allah ciptakan wanita sebagai makhluk yang istimewa.

Allah kuatkan bahu mereka untuk menjaga anak-anaknya,
Allah lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
Allah kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
Allah teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah,
Allah beri dia naluri untuk mencintai anak-anak dalam keadaan apapun,
Allah kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman, walau disakiti oleh orang-orang yang ia sayangi,


Mereka ini memang makhluk yang kuat, tapi jika sekali dia menitiskan air mata adalah kerana Allah beri dia air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

So? orang lelaki yang diluar sana. Jangan sesekali memperlekehkan perempuan yang menangis. Mereka menangis bukan sebab nk mengada-ngada, tapi mereka dah dijadikan Allah begini. Ingatlah dimana kita dilahirkan dan dari rahim siapa?.

Lastly, I miss you Mom.

0 Comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Budi Anda Semua.
Kalau Nak Komen,
Komenlah lagi tanpa rasa segan-silu.