Oi!! Lelaki Buaya Darat!!!

Lelaki Buaya Darat (Playboy) semakin hangat dikaitkan pada zaman sekarang. Maklumlah, terlalu ramai sangat budak-budak lelaki yang dilahirkan handsome. Tapi tak apa lh. Dh ketentuan Illahi. Namun mengapa lelaki perlu menjadikan kekacakan mereka ini kearah yang salah.  Adakah mereka merasakan mereka ini dah cukup kacak lalu nak mempermainkan perasaan perempuan. Sedarlah wahai lelaki, perempuan bukan nya macam baby diapers. Lepas pakai buang camtu sahaja. Ketahuilah ciri-ciri lelaki yang keras daripada buaya ni (playboy).

Ciri-ciri mereka ini ialah:
-Spesis jenis ini mudah terpikat dengan kecantikan seorang wanita, walaupun sudah mempunyai kekasih tapi tetap juga ingin mendapatkan cinta dari wanita lain. Jadi pada 'u all' yang cun-melecun tu baiklah berhati-hati. Wanita cantiklah sasaran utama mereka. tapi sekarang, mereka ini main sergah saja. baik cantik ataupun kurang cantik.
-Ada pelbagai akaun sosial seperti Facebook, MySpace, Friendster, Tagged dan macam-macam lagi, dan kebanyakkan kawannya adalah perempuan, seksi dan cantik lak tu.
-Jika mereka mempunyai kekasih pasti pada mulanya amat menyayangi kekasih mereka, tapi andai pada suatu saat mereka mula terpikat dengan wanita lain sedikit demi sedikit mereka akan menghindari diri dari kekasih mereka. Kalau terperasan akan perubahan sikap boyfriend 'u all' dah sah dia ada awek lain.
-Bijak ambil hati perempuan, walaupun baru 30 saat dikenalinya.


- Lelaki buaya darat kebiasaannya mempunyai sikap yang baik dan kelihatan 'innocent'. Sikap inilah yang mudah membuat wanita jatuh hati. Tapi awas!! sikap inilah yang akan memakan diri 'u all'. Di depan sangatlah baik, tapi di belakang mulalah berubah sikap menjadi buaya.
-Pandai menipu dan menutup kesalahan itulah lelaki si buaya darat. Wanita yang naif sering tertipu dengan sikap mereka yang bajet baik.
-Spesis jenis ini amat pandai menabur janji manis yang akan membuat wanita merasakan seperti diatas awang-awangan dibuai mimpi dan angan-angan yang sama sekali tidak akan terjadi.

0 Comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Budi Anda Semua.
Kalau Nak Komen,
Komenlah lagi tanpa rasa segan-silu.