Cerpen: Hinakah Aku?

"Wei!! Pelacur!!"
"Apa pelacur-pelacur!!"
"Hoi!! Dasar pelacur. Aku tak nak tengok muka kau kat sini!!"
"Pandanglah sana kalau tak nak tengok!"
"Kurang aja juga kau ni ya!"
"Siapa yang kurang ajar?!" Aku atau kau?! Kau yang tengking aku tiba-tiba."
Razif yang digelar sebagai lelaki panas baran pergi ke arah Ayu dan terus menampar mukanya. Ayu yang menahan rasa sakit membalas dengan satu tumbukan yang kuat kearah batang hidung Razif. Dengan serta-merta, cecair merah keluar daripada hidung Razif. Razif tidak mampu melawan kerana terlalu perit untuk menahan rasa sakit. Ayu terus berlari meninggalkan Razif kerana takut Razif membalas perbuatannya tadi.
     Ayu yang berkerja dengan pendapatan yang tidak halal iaitu sebagai pelacur. Dia telah kehingan daranya ketika berumur 18 tahun setelah dia habis zaman persekolahan. Dia telah diperkosa oleh bapa dan abangnya sendiri. Sejak hari tu, Ayu telah hilang semangat untuk meneruskan hidup. Ayu hampir mati apabila terlalu tertekan dengan cara menggantung diri. Nasib Ayu sangat baik kerana kebetulan ibunya memasuki bilik Ayu. Ayu terus dihantar ke hospital kerana mengalami sedikit kecederaan di pergelangan tangannya.

     Ayu sedar dari pengsan dan ibunya menanyakan mengapa Ayu sanggup berbuat kemudian. Ayu menceritakan semua kisah tentang bapa dan abangnya. Ibunya yang terkejut mengalirkan air mata dan terus melaporkan kejadian itu kepada polis. Bapa dan abangnya ditahan dan disoal siasat. Walaupun bapa dan abangnya sudah ditangkap, namun Ayu masih tertekan. Kerana kejadian itu, Ayu berubah dan menjadi seorang pelacur.
     Kehidupan Ayu kini berubah dab terus menjadikan kerja sebagai pelacur ini sebagai kerja full-time dia. Ayu hidup dengan serba kemewahan dan lupa akan pahala dan dosa. Bagi Ayu, pahala dan dosa tidak bererti lagi dalam hidup dia. Apa yang penting adalah dia mendapatkan apa sahaja dia nak. Ibunya mendengar khabar itu terkejut dan menangis. Sesudah sahaja Ayu habis kerjanya, dia pulang. Ibunya yang menunggu Ayu terus memarahi Ayu, Namun segala nasihat ibunya, Ayu hanya buat endah tak endah. Ayu keluar dari rumah kerana tidak tahan mendengar ibunya berleter.
     Kekasih gelap Ayu adalah seorang jutawan yang sudah mempunyai dua orang isteri. Ayu telah diberi sebuah rumah dan kereta sebagai hadiah supaya Ayu melayan nafsu serakah kekasih gelap dia tadi. Ayu menerimanya dengan hati terbuka tanpa rasa segan silu kerana Ayu memang menginginkan semua itu.
     Ayu telah digemparkan dengan khabar mengejut yang mengatakan ibunya telah meninggal dunia. Ibunya meninggalkan Ayu buat selama-selamanya tanpa menunggu ayat kemaafan yang keluar dari mulut Ayu. Ayu telah kehilangan anugerah yang tidak ternilai. Seminggu Ayu menangis dan terus mengalirkan air mata. Namun, seorang Ustazah telah mengingatkan dia bahawa sebanyak mana air mata yang mengalir, sehingga keluar darah sekalipun, orang yang telah pergi tidak akan kembali.
     Alhamdulillah, Ayu telah berubah menjadi seorang insan yang lebih baik atas dorongan yang kuat daripada Ustazah selama sebulan. Segala perkerjaan dan kemewahan telah ditinggalkannya. Namun lain pula pemikiran oran-orang kampung dia. Apa yang difikirkan orang kampung adalah orang yang hina tetap hina tidak kira dia berubah ataupun tidak. Ini adalah kerana fitnah yang dilemparkan Razif. Razif yang masih berdendam dengan Ayu disebabkan kejadian lalu. Ayu yang tinggal di rumah Ustazah kini mendapat tentangan dari orang kampung. Mereka mahu Ayu dihalau keluar dari kampung. Ayu redha dan dia tahu dia tidak layak dan tidak diterima lagi di kampung itu. Ayu berjanji dia akan keluar dari kampung itu selepas Subuh.
     Azan Subuh berkumandang dan Ayu bersedih sambil mengemas barang-barangnya. Selesai sahaja azan, Ayu menunaikan solat subuh. Ayu tidak tahu yang sebenarnya ajal dia akan sampai. Di dalam sujud terakhirnya, Ayu berdoa. "Ya Allah, Hinakah aku> Hinakah aku di mata masyarakat disekelilingku? Hamba juga inginkan nikmat syurgaMu. Salahkah jika diriku yang kotor ini kembali ke jalanMu? Ya Allah. Ampunilah segala dosa-dosa hamba yang lalu". Ayu telah kembali keRahmatullah selesai saja subuh. Jiran-jiran digemparkan dengan satu cahaya yang datang menerangi rumah Ustazah. Mereka semua terkejut apabila Ustazah mengatakan Ayu telah pergi. Pergi dengan cara yang beriman. Kini jiran-jiran sedar sesungguhnya sehina-hina manusia, jika dia berazam untuk berubah, InsyaAllah, Allah akan mengampunkan segala dosa hambanya.
     

8 comments:

  1. waaaahhh.. cool cerpen...
    teruskan.. boleh pergi jauh nie... :)

    ReplyDelete
  2. cerpen yang menarik :)jalan cerita yang cukup menyentuh hati dan sarat dengan pengajaran :) tahniah :)

    ReplyDelete
  3. >.<

    kau patut buat episod bende ni.

    damn , starting dah baik, tapi singkat lah, nak tahu gak apa ayu buat lagi :D

    haha.

    btw, nice storyline :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kurang idea lah bro. Hehe
      Ayu xboleh buat apa2 lagi. sbb dia sudah meninggal. :)

      Delete
  4. in shaa Allah ade mase sy akn tulis tentang ciri-ciri calon isteri yang baik untuk lelaki, bagi sy buat kajian dahulu. :)

    ade buku yang menarik penah sy baca tntg 10o1 pesanan rasulullah pd wanita solehah, in shaa Allah nt sy update.

    ReplyDelete
  5. CERpen yg hebat. btw,sy tag awak di http://justforcontest.blogspot.com/2012/12/special-giveaway-by-nabilah-saadah.html

    ReplyDelete

Terima Kasih Atas Budi Anda Semua.
Kalau Nak Komen,
Komenlah lagi tanpa rasa segan-silu.