Bujang Senang!! |
Ngap Sayot yang menggambarkan daya juang dan persembahan bola sepak yang cantik dengan kesetiaan peminat pasukan itu sedikit pun tidak goyah malah mendapat kepuasan penyokong terutama ketika zaman kemuncaknya pada dekad 80-an dan awal 90-an.
Pasukan yang penuh dengan sensasi dan tidak kurang kontroversinya ini, Ngap Sayot yang suatu ketika pernah dilabel sebagai pasukan gergasi dalam Liga Malaysia, bagaimanapun semakin merudum sejak dua dekad lalu.
Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) setakat ini belum mampu membawa kebangkitan dengan rekod kalah lebih banyak mewarnai pasukan yang turut digelar skuad Bujang Senang ini.
Ngap Sayot! Pemain Sarawak 2013 |
Kenapa Ngap Sayot?
Awang Mahyan memberitahu, idea Ngap Sayot itu muncul ketika beliau bersama pemain Sarawak iaitu Affendi Jol, Ali Sapiee, Khairul Jamil dan Roslan Mustafa bermain snuker.
Menurutnya, beliau bukan seorang yang handal bermain snuker dan disebabkan itu mereka yang lain menjadikan dirinya sebagai 'Ngap Sayot' yang mempunyai maksud 'senang dimakan' (mudah untuk dikalahkan).
''Apabila melatih para pemain di stadium, maka saya terfikir untuk menjadikan Ngap Sayot sebagai slogan pasukan Sarawak, yang membawa makna pasukan lain senang dimakan seperti empat orang tadi (Affendi, Ali, Khairul dan Roslan) menggambarkan saya dalam permainan snuker.
''Boleh dikatakan slogan tersebut berjaya menaikkan semangat para pemain malah semangat itu boleh diterjemahkan dalam konteks pasukan Sarawak tidak gentar dengan mana-mana pasukan sekalipun berdepan pasukan Brazil," katanya.
Menggambarkan pasukan bola sepak era Ngap Sayot iaitu pada tahun 1988, Awang Mahyan memberitahu, pasukan itu dipenuhi dengan semangat berpasukan yang tinggi, permainan agresif, lincah, lasak, permainan cantik, strategi efektif, jati diri Sarawak dan penuh kontroversi.
Pasukan Ngap Sayot ini, katanya, masih diingati oleh para pemain dan penyokong ketika itu malah menggambarkan zaman tersebut sebagai sejarah bola sepak Sarawak yang paling gemilang.
''Pasukan Ngap Sayot ketika itu diwakili oleh anak jati Sarawak kecuali seorang sahaja dari Semenanjung dan tiada pemain import dalam pasukan ini.
''Meskipun menjadi pasukan belasahan oleh pasukan elit dalam kejohanan liga, namun Ngap Sayot boleh berbangga kerana begitu kebal di stadium sendiri iaitu Stadium Negeri," ujarnya.
Apa yang menambahkan lagi semangat pasukan ini, Awang Mahyan berkata, setiap kali perlawanan di Stadium Negeri ia akan dipenuhi oleh para penyokong dari serata pelosok negeri.
Malah para penyokong ketika itu, jelasnya, semua bersatu hati memakai baju merah, berikat kepala dan berselendangkan 'Ngap Sayot' memenuhi segenap ruang stadium dengan membingitkan suasana dengan sorakan.
Suasana seumpama itu, katanya, menyebabkan keadaan stadium seolah-olah bergegar hingga pasukan lawan menjadi gentar kepada pasukan Ngap Sayot itu.
''Sehingga hari ini belum ada suasana malah semangat juang yang tinggi oleh para pemain sekarang yang dapat mengulangi keunggulan serta kemuncak bola sepak Sarawak pada zaman berkenaan," jelasnya.
Dalam kegemilangan era Ngap Sayot, terdapat juga kejadian aneh dan insiden pelik berlaku di Stadium Negeri sebelum perlawanan hingga ada yang menggambarkan pasukan tersebut menggunakan ilmu hitam serta bomoh.
Ini kerana, kata Awang Mahyan, pernah berlaku beberapa kali kucing berwarna hitam muncul di stadium setiap kali perlawanan yang didakwa membawa kemenangan kepada pasukan itu.
Ada segelintir penyokong veteran ketika itu mempercayainya bagaimanapun bagi Awang Mahyan sendiri, perkara itu adalah kebetulan dan Ngap Sayot tidak pernah berkaitan dengan kejadian bomoh atau ilmu hitam itu.
''Bagi saya perkara itu mungkin dilakukan oleh para penyokong yang nakal dan sengaja melepaskan kucing ke padang sebelum perlawanan yang kemudian dianggap sebagai ilmu yang tidak betul ini.
''Pada masa yang sama, kebetulan Ngap Sayot memperoleh kemenangan dan terus disangka bahawa ia ada kaitan dengan kucing hitam manakala pasukan lawan pun turut terjebak oleh kejadian itu yang saya anggap tidak lebih daripada permainan psikologi," katanya.
Bukan setakat itu sahaja, Awang Mahyan memberitahu, beliau yang ditemuramah oleh sebuah stesen radio di Kedah sewaktu Sarawak menentang negeri jelapang padi itu dikatakan layak sebagai bomoh dan bukan jurulatih.
Bagaimanapun, Awang Mahyan tidak pernah mengambil peduli perkara itu yang dianggapnya sebagai perang psikologi antara dua pasukan bersaing.
Malah pernah satu ketika, laporan sebuah akhbar mengatakan Awang Mahyan menggunakan ilmu hitam menyebabkan beliau sengaja menggunakan keadaan itu dengan membakar sesuatu sewaktu berada di padang yang kemudian disangka kemenyan lalu menimbulkan rasa gerun para pemain lawan.
Bagaimanapun, perkara yang paling menonjol dan popular malah menjadi ingatan sehingga hari ini adalah kejadian Awang Mahyan terjun ke Sungai Sarawak dari Jambatan Gantung Satok bersama pemain dan para penyokong.
Awang Mahyan Awang Mohamad. Individu yang pertama buat mengurus pasukan secara cekap dan jujur, yang kedua pula untuk melatih dan menampar mana-mana pemain yang kurang ajar. Atau suka kahwin dengan artis di Siam.
Belum pernah ada negeri dari Malaysia Timur (atau Borneo) yang menjuarai Piala Malaysia. Malahan layak ke perlawanan akhir juga tidak pernah hinggalah Sabah melakukannya pada tahun 1996. Tetapi ketika penghujung dasawarsa 1980-an Sarawak muncul sebagai sebuah pasukan bolasepak yang digeruni.
Individu di sebalik kebangkitan Sarawak ialah jurulatih bernama Awang Mahyan. Dilantik sebagai jurulatih pada 1988, Awang Mahyan adalah susuk yang bertanggungjawab memperkenalkan slogan keramat ‘Ngap Sayot’. Beliau merevolusikan pasukan bolasepak Sarawak dan terkenal sebagai jurulatih yang tegas dan berdisiplin. Sebaik memegang tugas, Awang Mahyan berikrar untuk terjun ke Sungai Rajang sekiranya Sarawak layak ke Piala Malaysia (zaman itu hendak layak ke Piala Malaysia bukan mudah, hanya 8 pasukan sahaja boleh layak)
Dalam musim pertama sebagai jurulatih, Awang Mahyan berjaya memimpin Sarawak ke separuh akhir Piala Malaysia. Mereka disekat oleh Kedah, tetapi tidak sebelum kontroversi pertama apabila 30,000 penyokong Sarawak memenuhi Stadium Negeri yang berkapasiti hanya 17,000 hingga penonton melimpah masuk ke padang ketika perlawanan separuh akhir kedua. Dan Awang Mahyan pula dengan selamba rock masuk ke tengah padang ketika perlawanan berlangsung untuk bertekak dengan pengadil yang dikatakan berat sebelah. Perlawanan dibatalkan, Sarawak dan Kedah dipaksa bermain di Stadium Nasional, Singapura kemudiannya.
Seperkara yang perlu kita semua ketahui (khusus buat mereka di Semenanjung) hubungan Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak sentiasa berada di atas garis yang sensitif. Dalam dasawarsa 1980-an khususnya, ada banyak isu nasional yang menjadi pertikaian antara kerajaan Persekutuan di Kuala Lumpur dengan Sarawak. Dari hal kuasa politik hinggalah sukan. Malahan pada tahun 1988 itu sudah hampir sepuluh tahun lamanya sejak kali terakhir anak Sarawak dipilih bermain untuk skuad bolasepak Malaysia (James Yaacob melakukannya buat kali terakhir hinggalah Abu Bakar Amran terpilih pada 1989).
Sumber Sumber Sumber
0 Comments:
Post a Comment
Terima Kasih Atas Budi Anda Semua.
Kalau Nak Komen,
Komenlah lagi tanpa rasa segan-silu.