
Dalam aduannya, ibu terbabit mendakwa semasa melawat anak-anaknya di rumah bekas suami kelmarin, dia mendapati terdapat kesan lebam di pipi dan calar di dagu anak bongsunya itu.
Beliau yang mengesyaki anaknya kemungkinan didera oleh kekasih bekas suaminya yang turut tinggal di rumah sama kemudian membuat laporan polis.
Difahamkan, ibu terbabit bercerai dengan suaminya dan selepas perceraian, semua anaknya yang seramai empat orang diletakkan di bawah jagaan suaminya.
Dalam pada itu, menurut sumber polis belum dapat dipastikan sama ada mangsa didera atau sebaliknya dan siasatan lanjut berhubung kes tersebut masih dijalankan.
Sementara dalam kes berasingan, seorang lelaki warga Indonesia disahkan meninggal dunia dipercayai membunuh diri dengan meminum racun rumpai.
Mangsa yang dikenali Mustazan, 38, berasal dari Indonesia dikejarkan dari Bakong dan tiba di Hospital Miri sekitar jam 7 malam kelmarin.
Dia kemudian disahkan meninggal dunia pada jam 3.21 pagi semalam.
Polis ketika dihubungi memberitahu kes masih disiasat untuk mengetahui punca sebenar kematian dan kenapa mangsa bertindak demikian.
0 Comments:
Post a Comment
Terima Kasih Atas Budi Anda Semua.
Kalau Nak Komen,
Komenlah lagi tanpa rasa segan-silu.