6 Sudut Pandang Ibadah Agar Menjadi Indah oleh Ibnul Qayyim
10/08/2013 02:18:00 PM
No comments
1. Ikhlas
Setiap amalan harus dibangun dengan keikhlasan, mengharap redha Allah semata. Seseorang beramal untuk Allah (langsung, bukan kepada yang selainnya0, dan kerana Allah (bukan kerana tendensi dunia atau yang lainnya).
2. Mutaba'ah
Ibadah yang dilakukan bukanlah ibadah yang mengada-ada, tetapi harus mengikuti petunjuk dan bimbingan dari Allah dan Rasul-Nya.
3. Menghadirkan kejujuran
Seseorang hendaknya memiliki sifat 'shidqu ma'Allah' (kejujuran kepada Allah) atas amalan yang ia kerjakan, yang bererti ia sungguh-sungguh dalam amalan tersebut. Kejujuran ini merupakan point penting yang akan menentukan seseorang istiqomah atau tidak dalam amalannya.
4. Sedar bahawa kita selalu kurang dalam ibadah.
Dalam beramal, seseorang menghadirkan perasaan selalu dan selalu kurang dalam ibadah. Ia juga khawatir amalannya tidak diterima (kerana sebab penentu). Hal ini menjaga seseorang dari perasaan ujub, takkabur, dan merendahkan orang lain. Ia akan semakin serius dan termotivasi untuk semakin banyak beribadah.
5. sedar bahawa kita selalu banyak salah
Di samping menghadirkan perasaan kurang dalam ibadah, ia juga sentiasa menyedari bahawa dirinya memiliki banyak kekurangan dan dosa. Dengan hal tersebut, ia akan berusaha membagusnya ibadahnya supaya mengugurnya dosa-dosanya yang telah lalu.
6. Sedar bahawa kita sentiasa diawasi oleh Allah.
Sebagaimana hadith jibril yang diriwayatkan olej bukhari dan muslim, salah satu jenjang Islam adalah Ihsan. Ihsan iaitu seseorang beribadah kepada Allah seakan-akan ia melihat Allah, apabila ia tidak melihatnya. Maka, dalam beribadah seseorang perlu mengingat bahawa Allah sentiasa melihatnya. Allah sentiasa menyaksikan amalannya, baiknya maupun buruknya.
0 Comments:
Post a Comment
Terima Kasih Atas Budi Anda Semua.
Kalau Nak Komen,
Komenlah lagi tanpa rasa segan-silu.