Kata Bijak dari Orang-orang Terkenal di Dunia


Menyambung kumpulan kata-kata bijak di artikel sebelumnya, berikut dipersembahkan kata-kata bijak dari orang-orang terkenal di dunia yang semoga dapat menggugah lagi semangat hidup kita. Semoga hidup ini menjadi lebih indah dan penuh ghairah dengan meneladani makna tersurat maupun tersirat dari petua-petua bijak dari para tokoh besar dunia. Langsung aja deh, ini dia senarai kata mutiara terbaik dan terkini! 



Thomas J. Watson 
Jangan mencari kawan yang membuat Anda merasa nyaman, tetapi carilah kawan yang memaksa anda terus berkembang. 

Henry Ford 
Apabila anda berfikir anda boleh, maka anda benar. Bila anda berfikir anda tidak boleh, anda pun benar ... kerana itu ketika seseorang berfikir tidak boleh, maka sesungguhnya dia telah membuang kesempatan untuk menjadi boleh. 

Alexander Graham Bell 
Konsentrasikan fikiran anda pada sesuatu yang anda lakukan kerana sinar matahari juga tidak dapat membakar sebelum difokuskan. 

Bhagavad Gita
Manusia dibentuk dari keyakinannya. Apa yang ia yakini, itulah dia.

Jack Trout
Bekerja lebih keras tidak lebih berkesan daripada bekerja lebih pintar. 

Thomas Stanley 
Kebanyakan jutawan mendapat nilai B atau C di kampus. Mereka membina kekayaan bukan dari IQ semata, melainkan kreativiti dan akal sihat. 

Albert Einstein 
Imaginasi lebih penting daripada pengetahuan. 

Walt Disney 
Jika anda boleh bermimpi, anda boleh melakukannya. 

Eleanor Roosevelt 
Masa depan adalah milik mereka yang percaya pada indahnya mimpi-mimpi mereka. 

Peter F. Drucker 
Cara terbaik meramalkan masa depan anda adalah dengan mencipta masa depan itu sendiri. 

Mahatma Gandhi 
Kita harus menjadi perubahan yang ingin kita lihat di dunia. 

Peter F. Drucker 
Dalam setiap kisah sukses, anda akan mencari seseorang yang telah mengambil keputusan dengan berani. 

George S. Patton 
Kesalahan terbesar adalah tidak pernah membuat keputusan. Setiap perawan tua sepakat dengan saya. 

Jack Trout 
Tidak seorang pun akan mengikuti anda jika anda tidak tahu kemana harus melangkah. 

Promod Brata 
Jika anda ingin berbahagia selama satu jam, silakan tidur siang. Jika anda ingin berbahagia selama satu hari, pergilah berpiknik. Bila anda ingin berbahagia seminggu, pergilah bercuti. Bila anda ingin berbahagia selama sebulan, menikahlah. Bila anda ingin berbahagia selama setahun, warisilah kekayaan. Jika anda ingin berbahagia seumur hidup, cintailah kerja anda. 

E. Nightingale 
Orang yang paling beruntung di dunia adalah orang yang telah mengembangkan rasa syukur yang hampir malar, dalam apa jua keadaan. 

Henry Ford 
Salah satu penemuan terbesar umat manusia adalah bahawa mereka boleh melakukan hal-hal yang sebelumnya mereka sangka tidak boleh dilakukan. 

Henry Ford 
Apabila kita takut gagal, itu bererti kita telah menghadkan kemampuan kita. 

Andrew Carnegie 
Biasakanlah untuk berfikir bahawa kejayaan hanya tinggal selangkah lagi dan pasti akan diraih, nescaya masa depan yang cerah akan ada di depan anda. 

Robyn Allan 
Kegagalan terbesar adalah apabila kita tidak pernah cuba. 

Bill Clinton 
Tidak ada jaminan kejayaan, namun tidak mencubanya adalah jaminan kegagalan.

Henry James 
Anda takkan tahu apa yang tak dapat anda lakukan, sehingga anda mencubanya. 

Eugenio Barba 
Kegagalan hanya situasi tak terduga yang menuntut transformasi dalam makna positif. Ingat, Amerika Syarikat merupakan hasil dari kegagalan total sebab Columbus sebenarnya ingin mencari jalan ke Asia. 

Thomas A. Edison 
Banyak orang yang sebenarnya sudah sangat dekat dengan sukses tapi malangnya, mereka kemudian menyerah. 

Charles Noble 
Anda mesti mempunyai matlamat jangka panjang agar tidak mengecewakan terhadap skegagalan jangka pendek. 

Robert J. Lumsden 
Standard terbaik untuk mengukur kejayaan anda dalam kehidupan adalah dengan mengira jumlah orang yang telah anda buat bahagia. 

Pepatah China kuno 
Perjalanan sejauh 1000 batu bermula dengan 1 langkah.

Source

0 Comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Budi Anda Semua.
Kalau Nak Komen,
Komenlah lagi tanpa rasa segan-silu.