Kita patut bersyukur kerana menjadi umat Islam. Ini kerana muslim adalah semulia-mulia umat sebagaimana yang dijelaskan di dalam al-Quran yang bermaksud:
"Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, mencegah daripada yang mungkar dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang yang fasik." - Surah Ali Imran: 110
Tiada umat lain yang boleh mengisytiharkan diri sebagai yang terbaik, walaupun pencapaian mereka jauh lebih hebat daripada umat Islam. Muslim tidak perlu berasa terhina atau rendah diri dengan umat-umat yang lain. Bahkan, kita perlu berasa hebat kerana pengiktarafan yang diberikan oleh Allah S.W.T. Cuma, penghargaan tersebut janganlah dijadikan alasan untuk kita tidak meningkatkan usaha memajukan umat sejagat dan memelihara ketinggian agama. Status sebagai umat yang terbaik perlu dijadikan motivasi untuk lebih menonjolkan kecemerlangan umat dan menjulang agama Islam di muka bumi ini.
Kita juga harus ingat bahawa peranan utama umat Islam adalah menyuruh kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar. Tugas ini merupakan kewajipan setiap muslim yang mukalaf. Kita boleh melaksanakan tugas ini dalam mana-mana kapasiti yang sedia ada contohnya sebagai guru, pegawai bank, pegawai agama, kerani, pengawal keselamatan malah ibu atau bapa juga. Keberanian mesti ditegakkan dan kemungkaran mesti dibanteras. Kesucian Islam perlu dijulang di mana-mana tanpa mengira masa.
Source: Bongkar kekuatan diri bersandarkan ar-Rahman.
betol 2...
ReplyDeleteAlhamdulillah
Delete