Sebab Utama Perempuan Masuk Neraka!
1/25/2013 07:14:00 PM
No comments
1. Kufur terhadap Suami dan Kebaikan-Kebaikannya.
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Diperlihatkan neraka kepadaku, ternyata majoriti penghuninya ialah kaum perempuan yang kufur." Ada yang bertanya kepada baginda, "Adakah kaum perempuan yang dimaksudkan itu mereka kufr kepada Allah? Baginda menjawab, "Tidak, melainkan mereka kufur kepada suami dan mengkufuri kebaikannya. Seandainya engkau berbuat baik kepada salah seorang dari mereka di satu masa, kemudian suatu masa dia melihat darimu ada satu perbuatan yang tidak berkenan di hatinya, nescaya dia akan berkata, " Aku sama sekali belum pernah melihat kebaikan darimu." (HR. Bukhari dan Muslim)
2. Derhaka terhadap Suami.
Selain kekufuran atau jenis pengingkaran yang dilakukan, seorang isteri juga kadang-kadang derhaka terhadap suaminya. Kederhakaan yang dilakukan seorang isteri terhadap suami pada umumnya terbahagi kepada tiga jenis. Kederhakaan yang dimaksudkan memang kerap kita temui dalam kehidupan kaum muslimin. Jenis-jenis kederhakaan terhadap suami:
a. Derhaka dengan Ucapan
Kadang-kadang, banyak ucapan yang dikeluarkan oleh seorang isteri menyinggung atau bahkan menyakiti hati suami. Hal seperti ini termasuk dalam sebab utama perempuan masuk neraka. Kederhakaan seperti ini dapat dilihat ketika dia bercakap kasar dan suka menunda-menunda panggilan suami. ia juga dapa dilihat ketika dia memenuhinya, tetapi dengan mimik atau raut wajah yang menunjukkan rasa tidak senang atau tidak ikhlas.
b. Derhaka dengan Perbuatan
Bentuk kederhakaan kedua yang sering dilakukan oleh isteri ialah ketika dia tidak mahu melaya keperluan bati suaminya atau dalam pemenuhan keperluan seksual atau dia melayan, tetapi dengan muka yang masam atau menghindari suami ketika hendak disentuh dan dicium. Selain itu, berusaha menutup pintu ketika suami hendak mendatanginya. Maka, perkara yang seperti ini ialah termasuk derhaka dalam perbuatan. Maka, neraka menanti kaum perempuan yang bersikap seperti ini.
c. Derhaka dengan Ucapan dan Perbuatan
Seorang isteri juga dapat masuk dalam kategori derhaka baik secara ucapan mahupun perbuatan. Sungguh rugi perempuan yang melakukan kederhakaan ini. Mereka lebih mengikuti jalan ke neraka dengan beberapa tiket yang sudah jelas daripada jalan menuju ke syurga. Perempuan yang masuk dalam kategori kederhakaan ini ialah mereka yang mudah tergoda dan terperangkap dalam angan-angan serta kesenangandunia yang bersifat sementara dan menipu.
3. Tabarruj
Apa yang dimaksudkan dengan tabarruj? Tabarruj ialah suatu sikap di mana seorang perempuan menampakkan perhiasannya dan keindahan tubuhnya yang seharusnya wajib ditutup kerana dapat menimbulkan syahwat pada diri lelaki. Rasulullah s.a.w. pernah menjelaskan tentang kaum perempuan yang berpakaian, tetapi pada hakikatnya mereka telanjang. Mengapa dikatakan demikian? Ini kerana sedikit atau minimya pakaian mereka dan nipisnya bahan kain yang digunakan.
Seorang perempuan dengan setiap tindak-tanduknya yang berlebihan sehingga menimbulkan pengaruh negatif, sangat membahayakan dirinya mahu pun bagi dirinya kerana dia lemah dalam menghadapi kejahatan yang dilakukan oleh orang lain, dan bahaya bagi orang lain ialah takut tergoda dan menjadi lupa daratan sehingga menimbulkan hal-hal yang tidak diinginkan seperti pemerkosaan dan perbuatan jahat yang lain.
# Dipetik dari sebuah buku dari Al-Hidayah House Of Publisher SDN BHD. Sekadar untuk menjadi pengajaran kepada kita semua baik lelaki ataupun perempuan. Kita sebagai hamba-Nya memang tidak boleh lari dari melakukan kesilapan sama ada kita sedar ataupun tidak. Ini kerana kurangnya iman dalam diri kita. Kita jangan sesekali menjadikan sikap seperti diatas menjadi asam garam dalam kehidupan kita.
# Perkara-Perkara Yang Menyebabkan Perempuan Mudah Masuk Ke Neraka! Klik Sini!
0 Comments:
Post a Comment
Terima Kasih Atas Budi Anda Semua.
Kalau Nak Komen,
Komenlah lagi tanpa rasa segan-silu.