Perkara-Perkara Yang Menyebabkan Perempuan Mudah Masuk Ke Neraka




1.    Melanggar perintah al-Quran dan Hadis

        Al-Quran dan hadis merupakan dua panduan terkuat dan tepat yang dimiliki oleh umat Islam. Setiap tindak-tanduk dan perbuatan harus disesuaikan dengan dua panduan tersebut, baik lelaki mahupun perempuan. Apa yang diberitakan al-Quran adalah benar.

2.    Derhaka kepada Ibu Bapa


        Berbuat baik dan hormat pada ibu bapa merupakan suatu kewajipan bagi seorang anak. Ibu bapa yang telah melahirkan, memberikan kasih sayang dengan tulus dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.

3.    Tidak Sabar ketika Datang Musibah
     
      Menjadi seorang perempuan haruslah bijak menjaga emosi dan selalu sabar dalam menghadapi setiap persoalan. Orang yang tidak sabar ketika mendapat musibah, bermaksud tidak sabar dengan pemberian Allah. Setiap yang terjadi dalam hidup ini merupakan ujian serta cubaan yang Allah S.W.T. berikan kepada hamba-Nya.  

4.    Sombong ketika Mendapat Nikmat


        Sombong merupakan penyebab seseorang masuk neraka. Jagalah dri dan hati dari bersikap sombong. Allah S.W.T. membenci orang-orang yang berbuat demikian. Sikap sombong termasuk dalam salah satu sifat yang sering diperlihatkan oleh orang-orang kafir.

5.    Putus Asa dari Rahmat Allah

        Allah menciptakan manusia bukan hanya untuk mengabdikan diri kepada-Nya, melainkan juga sebagai tanda kekuasaan-Nya yang tiada tandingan. Allah tidak akan membiarkan hamba-Nya terjatuh dalam jurang kekufuran selagi hamba-Nya itu masih ingin mengingat dan menyebut nama-Nya. Allah pasti memberikan rahmat kepada setiap umat yang benar-benar mahu berada dalam jalan-Nya. Dengan demikian, selagi kita memilik umur yang panjang, maka janganlah berburuk sangka dan berputus asa dari rahmat Allah kerana rahmat-Nya sentiasa mengalir untuk setiap hamba-Nya.

6.    Memutuskan Tali Silaturahim

       Pahala silaturahim sangat besar, tetapi bagi orang yang enggan menjaga silaturahim baik dengan keluarga terdekat, saudara, rakan dan lainnya merupakan suatu kerugian besar. Dengan memutuskan tali silaturahim, hubungan menjadi renggang dan komunikasi hilang. Keberuntungan akan menjauh dari kehidupan orang-orang yang termasuk dalam kategori.

7.    Mendustakan para Rasul

       Bukan hanya bagi perempuan tetapi sesiapa sahaja yang mendustakan utusan Allah, maka azab neraka yang pedih sebagai balasannya.

8.    Hasad
 

        Kaum perempuan jangan sampai memiliki sifat hasad kerana ia hanya akan menimbulkan kebencian antara sesama manusia. Apa yang dimaksudkan dengan hasad ialah penyakit jiwa atau hati. Penyakit iniyang sesungguhnya menjadikan iblis membangkang segala perintah Allah S.W.T. Kemudian penyakit ini banyak diwarisi oleh kaum muslimin sekarang.


9.    Dusta
       
        Berdusta termasuk dalam perbuatan tercela. Apatah lagi mendustakan ajaran Nabi Muhammad S.A.W. yang bersumber dari Allah S.W.T. Orang-orang yang gemar melakukan suatu kedustaan termasuk juga kaum perempuan, akan ditempatkan di dalam Neraka Jahannam.
 
10.    Khianat

          Khianat bermaksud mengingkari tanggungjawab, tidak setia, atau melanggar janji yang telah dibuat. Secara luasnya, khianat bermaksud mengingkari tanggungjawab yang telah diamanahkan terhadap dirinya, baik datangnya dari orang lain mahupun Allah. Khianat juga hadir dalam diri sesiapa pun. Sebagai perempuan, menjaga kepercayaan merupakan sesuatu yang sangat penting.

11.    Aniaya

          Aniaya ialah perbuatan bengis seperti penyeksaan atau penindasan. Menganiaya sama halnya dengan menyeksa, menyakit dan pelbagai bentuk perbuatan yang sewenang-wenangnya. Selain itu, bentuk penganiayaan yang lain pula adalah seperti menindas dan mengambil hak lain dengan paksaan.

12.    Kikir

          Penyakir kikir boleh menjangkiti sesiapa pun. Penyakit ini juga muncul dengan sendirinya ketika manusia telah banyak memperoleh harta yang melimpah-ruah. Harta kadang-kadang membuatkan manusia buta mata dan hati nuraninya sehingga tidak mempedulikan orang lain dan keadaan sekitarnya. Orang yang memiliki sifat kikir tidak akan memberi sedekah dalam jumlah yang banyak. Malah untuk memberi makan pada seseorang juga terasa sangat keberatan.

13.    Berasa Selamat dari Pengawasan Allah

          Jangan pernah menganggap kita terlepas dari pengawasan Allah S.W.T. Setiap gerak-geri dan setiap aktiviti yang bakal dan telah kita lakukan telah dipantau oleh-Nya. Tiada alasan untuk menjadikan keadaan sekitar kita terlepas dari pengawasan Allah S.W.T. kerana sesungguhnya Allah memiliki kekuatan dan kemampuan yang tidak dimiliki oleh makhluk lain.

14.    Takut kepada Makhluk tanpa Takut kepada Allah

          Allah memerintahkan kita agar takut kepada-Nya kerana rasa takut mampu menjadi penggerak atau permulaan dari segala kebaikan. Oleh kerana itu, barangsiapa yang tidak takut kepada Allah, maka dia tidak akan dapat menghentikan diri dari berbuat dosa dan maksiat. Rasa takut menjadi pelita dalam hati membezakan antara yang baik dan yang buruk. Takutlah kepada Allah dan jangan takut kepada selain-Nya.

15.    Beramal kerana Riak dan Sumaah

          Riak bermaksud memperlihatkan atau menampakkan diri kepada orang lain, agar diketahui kehebatan apa yang telah dilakukannya, baik melalui tutur kata ataupun perbuatan dengan tujuan mendapatkan perhatian, penghargaan, dan pujian dari orang, bukan ikhlas kerana Allah S.W.T.

16.    Mengejek Ayat-Ayat Allah

          Sesungguhnya menghina ayat-ayat Allah adalah termasuk suatu kekufuran dan hal tersebut sebenarnya telah banyak dilakukan oleh orang-orang yang terdahulu. Kekufuran yang dilakukan oleh mereka ialah bentuk penolakan, mendustakan, atau kesombongan, ditambah dengan penghinaan terhadap para utusan atau Rasul serta risalah mereka.

17.    Menyembunyikan Ilmu atau Kedekut Ilmu

          Manusia diberi kemampuan untuk berfikir dan belajar tentang banyak perkara. Manusia juga dianugerahkan akal fikiran yang sihat agar ia digunakan sebagaimana mestinya serta untuk mengkaji setiap fenomena yang terjadi untuk dijadikan ilmu pengetahuannya untuk berfikir dengan bijak dan memahami pelbagai jenis persoalan tidak terlepas dari ilmu pengetahuan yang dimiliki olehnya. Oleh itu, selagi kita mampu dan dipercayai oleh orang lain dengan segala apa yang kita miliki, maka ada baiknya jika apa yang kita miliki itu disalurkan untuk kepentingan orang ramai yang sama-sama memerlukan.

18.    Membunuh Nyawa yang Diharamkan oleh Allah
     
          Antara yang dimaksudkan dengan nyawa-nyawa yang diharamkan dibunuh ialah terdiri dari kanak-kanak, orang-orang mukmin, dan sebagainya. Suatu pelajaran bagi kita untuk memerhatikan tentang setiap larangan yang datangnya dari Allah S.W.T. agar kita tidak termasuk orang-orang yang suka melanggar.

19.    Memakan Harta Anak Yatim

          Pada zaman sekarang, banyak kes yang mencerminkan adanya eksploitasi terhadap harta-harta yang dimiliki oleh anak yatim. Seorang ibu tidak dibenarkan merampas hak anaknya untuk dinikmati dengan sewenang-wenangnya.      
  
20.    Memakan Riba


         Mengumpulkan harta dengan cara yang keliru ialah satu perbuatan dosa besar. Harta yang diperoleh dari cara yang tidak halal adalah haram hukumnya, termasuk di dalamnya adalah dengan cara praktik riba.



# Dipetik dari sebuah buku dari Al-Hidayah House Of Publisher SDN BHD. Sekadar untuk menjadi pengajaran kepada kita semua baik lelaki ataupun perempuan. Kita sebagai hamba-Nya memang tidak boleh lari dari melakukan kesilapan sama ada kita sedar ataupun tidak. Ini kerana kurangnya iman dalam diri kita. Kita jangan sesekali menjadikan sikap seperti diatas menjadi asam garam dalam kehidupan kita.

# Sebab Utama Perempuan Masuk Neraka! Klik Sini!

0 Comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Budi Anda Semua.
Kalau Nak Komen,
Komenlah lagi tanpa rasa segan-silu.