Showing posts with label Layan Perasaan. Show all posts
Showing posts with label Layan Perasaan. Show all posts

Line Celcom Hilang?

Huhh!! Mengeluh panjang pula ChAngeMyWay dan abang awal pagi buta tadi. Boleh pula tengah syok layan Facebook dan Blog, line hilang. Bukan dekat laptop saja yang hilang, dekat handphone pun hilang. Mungkin kerana hujan terlalu lebat sampai line pun hilang. Nasib baiklah 15 minit saja line problem. Kalau tak, comfirm tertidur tunggu line okay balik. Tapi ChAngeMyWay tak kisah semua tu, janji line dah datang balik. Biarpun dah habis quota, tapi tetap juga laju. Tak ada buffering!.

Masa line hilang
Line dah datang balik


# Saja nak update post merapu ni. Terlalu boring tak tahu nak buat apa.

Jom Like >>>>  Ya Allah, Ampunilah segala dosa-dosaku. dan BloggerMate
Read More

BF Dan GF VS Suami Dan Isteri

Kisah BF Dan GF........

Bf - sayang..
Gf - eh ape ni.?jangan panggil aku sayang lah
Bf - kenape niey?...
Gf - perkenalkan,my boyfriend 'Adam'
Bf - tapi aku ni sape bagi kau.?
... dia kan kawan baik membe kau 'Aida'
Gf - dia jage aku dgn baik,ape aku nak semua dapat,
Tapi kau satu pun xdapat
Bf - habis hujan-2 kau suruh aku dtg rumah kau,
aku sanggup pergy,aku DEMAM,kau suruh aku pergi
belikan makanan,aku sanggup pergi,walaupun aku rasa
mcm nak MATI,time duit aku untuk makan seminggu,
kau mintak aku belikan baju,aku belikan sebab aku nak
jadi yang terbaik untuk kau,aku sanggup tahan lapar.
Gf - sape suruh kau buat mcm tu..Aku tak sayang kau,
skarang hati aku untuk 'Adam'
Bf - okey sayang..! Itu yang terbaik untuk kau.,
Aku takkan benci kau,sebab dalam hati aku cuma untuk kau..Mungkin bila kau dah menyesal masa tu aku
tak akan ada di dunia ni lagi..Mungkin aku dah pergi jauh..
Aku dah cuba jadi yang terbaik untuk kau,aku balik dulu,
bye Salam
Gf - Komsalam

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
2 minggu kemudian
CALLING.........
Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi..
Pergi rumah Bf tak ada
Tanya orang sebelah tak tau
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kawan Bf - weyh kau tak tahu ke dah seminggu lebih
dia pergy..Dia meninggal seminggu lepas putus dgn kau.
Dia meninggal time pegy beli cincin yang kau nak 2..
Dia sakit APENDIKS,,sakitnya dah teruk dan tak dapat
bertahan lagi

Gf - terkedu dan menangis penyesalan
Kawan Bf - ni cincin untuk kau dan sepucuk surat

SURAT
AWAK AMBIKLAH CINCIN PEMBERIAN
SAYA YANG TAK SEBERAPA NIEY,
AWAK DAH LAMA NAKKAN,
MAAF SAYA BARU BAGI SEKARANG,
SEBAB SAYA TAK BERKEMAMPUAN,
SAYA HARAP AWAK BAHAGIA,
SAYA TAK BENCI AWAK...
SAYANG AWAK :-)

Gf - awak maafkan saya



Kisah Suami Dan Isteri

Sepasang Suami Isteri "Sweet Couple" sedang berjalan sambil berpegangan tangan.. Tiba2 si Isteri bertanyakan soalan pada suaminya...

ISTERI: Abg, bila kita jalan mcm nie, semua org memerhatikan kita kan? Msti mereka pelik kenapa lelaki sehensem abg memilih saya yang serba kekurangan ni sebagai isteri abg...

SUAMI: Kenapa sayang cakap mcm tu?? Sayang kan isteri abg, biar lah apa org nak cakap pun... (senyum)

ISTERI: Sayang tahu tu, tapi sayangkan tak secantik perempuan2 lain, badan gemok, kulit gelap, pendek,. Rasa mcm tak layak jadi isteri abg... (Dgn nada yang sayu)..

SUAMI: (sambil mengenggam erat tgn isterinya) Sayang, nie lah yg dikatakan JODOH... ALLAH dah tentukan sayang jadi milik abg, abg REDHA... Dan untuk pengetahuan sayang, abg pilih sayang sebagai isteri abg bukan kerana paras rupa, bukan kerana harta tapi kerana agama yg ada pada sayang..kali pertama abg tgk sayang, abg yakin sayang boleh jadi isteri yg terbaik untuk abg tempuhi dunia nie... dan bila abg pandang muka sayang masa tu, nmpak wajah keibuan pada sayang....

ISTERI: Tapi abg........

SUAMI: (menutup mulut isterinya) Tak de tapi-tapi, Sayang adalah AMANAH dari ALLAH,. Apa pun yg org nak cakap abg tak kisah, apa yg abg tahu, abg BAHAGIA ada sayang disisi, sbb sejak kita nikah abg dah ada teman untuk menghafal al-quran, abg dah ada teman untuk mengaji dan abg dah ada teman untuk Tahajjud di sepertiga malam... sayang ingat senang ke abg nak cari isteri mcm sayang????
susah tau...

ISTERI: memandang suaminya dengan air mata berlinangan dipipi..

SUAMI: Alolololo... isteri abg nngis ye??? (smbil kesat air mata isterinya).. Abg tahu abg hensem (cewahhhh, hehehe) , dan abg tahu abg boleh dapat perempuan2 yang cantik, tapi abg tak nak ikut NAFSU, lumrah lelaki inginkan teman hidupnya secantik bidadari, tapi abg tak kejar semua tu, semua tu hanya didunia.. abg nak kejar JANNAH bersama2 isteri abg yang comey nie... abg tahu isteri abg nie mampu jadi bidadari abg yg paling cantik untuk abg dan anak2 nnti... InsyaALLAH di syurga nnti juga... kan sayang kan???

ISTERI: InsyaALLAH abg, trima kasih (nangis)

SUAMI: Dah la tu syang, jgn nngis dah tau.. ABANG SAYANG ISTERI ABG.... (^^ ,)

# Yang Mana Kisah Paling "Sweet" Bagi Korang. Kisah 1 atau 2? Copy And Paste Dari Status Facebook.
Read More

Calon-calon Pilihan Raya telah pun diketahui

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
PRU13 belum pun bermula namun kehangatannya sudah dirasai oleh segenap lapisan masyarakat termasuklah golongan muda. Golongan ini pun berusaha untuk mempromosi diri bagi meraih sokongan pengundi-pengundi di luar sana. Inilah calon-calon yang dijangka menggegar dan mendapat undian tertinggi untuk pilihan raya nanti.. Betul ke? Jom kita tengok macam mana mereka nie menarik pengundi-pengundi.


Pilihan Raya 2013.
Read More

Final Exam!! Dan Penghujung Semester 4!!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Lama juga saya tidak update ni. Rasanya 4 bulan tak update. Maklumlah, assignment saya makin banyak. Sekarang ni pun assignment tak siap lagi. Deadline hantar assignment lama dah berlalu. Tapi tak hantar2 lagi. Macam mana lah nak jadi pelajar cemerlang macam ni. Namun semua itu tak ada masalah. Semua itu saya akan settle kan sebelum final exam ni.

Berbalik kepada final exam. Saya akan menduduki peperiksaan akhir tahun minggu depan. Namun satu apa pun saya tak study lagi. Kemalasan telah melanda diri. Aduh2. Ya Allah. Buangkan semua rasa malas saya ni. Ada lima subject yang perlu saya cover, iaitu Java Programming, Data Communication, Software Engineering, Mathematic and Artificial Intelligent. Pening sudah. Bagi subject Java and Mathematic, InsyaAllah, tak bagi masalah kepada saya. Sebab saya suka subject tu. Bagi subject2 lain tu. Entahlah boleh ke tidak. Habis exam ni, saya akan bercuti panjang. Habis sudah semester 4 dan juga untuk tahun ini. Tak sabar pula nak masuk semester baru. Doakan saya berjaya.

Kepada sesiapa yang nak final exam, amalkan doa ni. InsyaAllah dipermudahkan oleh Allah.
Doa untuk buang kemalasan. Dan jangan biarkan kemalasan melanda diri.


Read More

Rintihan Seorang Hamba Allah

Ya Allah,
Setiap detik yang berlalu,
Hamba selalu melupakan segala perintah-Mu,

Dengan melakukan apa yang dilarang oleh-Mu,
Dan menambah lagi dosa yang ada.

Ya Allah,
Hamba membuat dosa terus dan terus,
Tanpa ingat akan saat kematian,
Tanpa ingat seksaan alam kuburan,
Dan tanpa mengingati balasan di hari pembalasan.

Ya Allah,
Hamba kini sedar akan segala dosa-dosa,
Dosa-dosa yang kian bertambah hari ke hari,
Mengingatkan hamba akan diri-Mu,
Dan hamba ingin memohon ampun.

Read More

Negara Pilihan Aku Masuk Suku Akhir!!!!





Sedih bercampur gembira. Sedih sebab Euro 2012 akan melabuhkan tirainya dan gembira sebab negara pilihanku masuk suku akhir Kelima-lima negara yang aku pilih lagi tu. Pandai gak aku pilih siapa masuk suku akhir nie. Suka siot. Yahooooo!!!!!!!!!!!!!. hahaha

Negara first aku pilih ialah Czech Republic. Walaupun diaorang kalah pada awal permainan menentang Russia,4-1, tapi semangat diaorang nie tinggi. Perlawanan kedua diaorang nie seri dengan Greece 1-1 tapi last game plak diaorang menang 2-1 ke atas Poland. Dapat jadi juara dalam group A lagi tu. Boleh tahan gak diaorang nie. Tapi aku kurang yakin sikit ngan diaorang nie. Aku rasa diaorang nie takkan masuk separuh akhir sebab diaorang akan menentang Portugal tu. Bahaya negara tu.

Germany plak. Boleh tahan gak diaorang main. Menang ketiga-tiga game. Permainan pertama diaorang lawan dengan Portugal, diaorang menang 1-0. Second game plak diaorang menang lawan Netherland 2-1. And last game palk, menang lawan Denmark, 2-1. Tapi aku kesian gak tengok Netherland tu. Tak ada menang lansung dalam group B nie walaupun diramalkan akan menentang Spain pada perlawanan akhir nanti. 
Read More

Sayang Bapa Saya!!!!



Kita mulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim. Semoga Allah merestui semua yang kita hendaki. Alhamdulillah kita dilahirkan didalam dunia yang indah ini. Ciptaan-Nya yang bergitu indah sekali telah membuka ruang kita untuk terus hidup. Bapa? Siapa dia? Bapa adalah seorang ketua rumah bagi kita yang belum berkahwin nie. Dia lah pejuang dalam keluarga kita. Tak kira macam mana dia, sejahat mana dia, seteruk mana dia, dia tetap bapa kita untuk dunia dan akhirat.
Hari ni adalah hari bapa. Dan saya tidak akan lepaskan peluang untuk ucapkan selamat hari bapa kepada bapa saya. Walaupun dia begitu jauh dengan saya, namun saya tetap akan ucap. Ucap guna blog je lh. Nak guna h/p tak boleh. H/p tak ada lah plak. H/p semua rosak. So? 

Bapa. Terima kasih kepada bapa sebab telah membesarkan saya hingga menjadi seorang lelaki yang berguna. Bapa memberi ruang kepada saya untuk berdikari dengan membiarkan saya sambung belajar jauh-jauh macam nie. Saya amat bersyukur. Kalau bapa tak ada, comfirm saya tak boleh sambung belajar kat sini(LimKokWing). Maybe saya akan menjadi seorang penjual anggur yang terkenal(penganggur).

Bapa. Maafkan saya sekiranya saya ada berbuat silap terhadap bapa. Saya maybe ada tersalah cakap dengan bapa. Macam hari tu, mungkin bapa tersinggung. Bukan niat saya untuk menyinggung perasaan bapa. Gurau je tu. hehehe.

Alaaa. Rasa macam rindu lah plak bila aku tulis artikel nie. Biarpun bapa aku selalu datang jenguk aku kt semenanjung nie, aku rasa macam rindu plak ngan bapa aku nie. Aku rindu sangat2 ngan family aku. Kalau boleh cuti sem nie aku nak bersama ngan diaorang je. hmmm... Bapa...Selamat Hari Bapa.... :)..senyum2 lah selalu ye. Jangan marah2. 


Nie dia bapa aku. Dengan bergaya depan kereta BMW(kereta orang jew nie).



Read More

Demam Bola Vs Demam Panas




Perghhh... Dalam satu masa aku dapat dua demam sekaligus. Demam bola and demam panas. Badanku terasa lemah sangat-sangat.  Tapi masih juga bersemangat nak tengok bola. Biasalah kn? Lelaki kan perlu tengok bola time2 musim bola ni? Siapa lah yang tak nak tengok?

Berbalik pasal demam. Aku demam panas dah hampir seminggu. Tak juga sembuh-sembuh. Ubat pun dah habis aku makan. Dahlah demam, batuk berkahak and selsema pula. Tapi tak apa lah. Allah ingin menguji hamba-Nya ni kn? Allah sayangkan hamba-Nya. Sebab tu Dia bagi aku sakit. Orang kata sakit tu boleh hapuskan dosa-dosa kecil kita. Aku bersyukur sangat-sangat bila aku sakit nie. Hehe.
Alaa. Takkan aku nak sakit je kn? Habis tu yang wajib kita tunaikan, Takkan lah aku taknak buat kot. Aku wajib juga buat. Bukan setakat dosa kecil, dosa besar pun boleh terhapus(solat taubat lh). Betul tak?

Pasal demam bola pula. Tiap-tiap malam aku tengok bola. Maklum lah ada live kat TV3 tu. Lau tak ada live pun, live streaming football ada. Tengok je lah kt situ. Tak payah lah aku buang duit aku pergi kedai mamak setakat nak tengok bola. Kat rumah pun jadilah. Makan minum semua free. Tak kisah lah sangat. Hehe. BTW, banyak juga negara aku sokong nie. Aku sokong Italy, England, Republic Czech, Spain, and Germany. Aku pun tak tahu negara mana aku patut sokong betul-betul. Maklumlah, ada pemain Chelsea dalam negara tu(kecuali Germany and Italy).Italy aku suka tengok Buffon je. Lau Germany pula aku suka tengok corak permainan diaorang. Hehe Korang pula? Sokong siapa ni?







P/S Doakan Saya Sembuh Cepat. Nanti bila balik kampung tak lah selsema and batuk dalam Kapal Terbang tu nanti. Peace. Have a Nice Day . ^_^.


Read More

Tiga Semester Lagi Nak Habis Diploma








Tak sangka. Pejam celik pejam celik. Dah Sampai penghujung semester 3 aku belajar kat Limkokwing University Of Creative Technology ni. Aku macam tak rasa apa-apa pun. Pelbagai pengalaman yang aku dapat sejak aku datang belajar kat sini. Daripada kurang pandai berenang, akhirnya aku dapat juga berenang macam orang lain. Hehe. Aku rasa macam seronok pula aku belajar kat sini. Dulu aku dengar je aku nk belajar kt limkokwing, aku rasa macam xnk masuk je kt sini. Tapi bila aku fikir pula parents aku beria-rian sangat aku sambung belajar kat sini, semangat aku mula berubah. Time tak boleh blah sekali time mula-mula aku masuk sini. Aku macam seorang yang pendiam. Bila aku dh sampai pertengahan semester 1, aku mula balik perangai loyar buruk aku. haha. 

Keputusan semester 1 aku juga baik. Sampai bapa aku sendiri terkejut tengok keputusan aku tu. Dia macam tak percaya. Tapi semester 2 aku agak merosot. Markah aku turun mendadak. Aku pun tak tahu macam mana boleh turun mendadak macam tu. Semester 3 nie plak aku tak sabar nak tengok keputusan aku. Rasa takut jew. Maklumlah, semakin naik sem nie makin susah plak subject. Aku pun tak faham sangat apa yang lecterur aku terangkan kt aku. Aku buat-buat faham je diorang ajar apa. Aku juga tak sabar nak naik semester 4 nie. Aku dengar-dengar daripada senior-senior aku subject makin susah. So, aku kne lah belajar rajin-rajin lagi semester nie.
Read More

Gerangan Orang Dengki Dalam Blogger Aku.




Aku tidak tahu siapa gerangan orang yang bergitu dengki sangat kat aku. Tetiba jew dtg blog aku. Pastu tuduh aku copy and paste semua benda. Ko tu kne sedar. Kalau ko nk marah-marah pun, ko kne selidiki dulu. Ko ingat semua artikel aku nie copy and paste kew. Ada jugak aku wat sendiri dengan titik peluh aku sendiri lh wei. Ko xyah lh nk bising-bising kt aku. Menyemak jew ko ni. Ko tu dh kurang ajar ckit ngan aku. Aku x kacau hidup kau. Kau xyah nk kacau hidup aku. Kepada sesiapa yang rasa artikel korang aku copy paste, korang bagitau jew. Jgn jd mcm budak tu. dtg melulu. Pastu marah2. Ko tu bagus sgt kew?! Aku bkn xdew idea lh wei. Aku busy study aku nie. Banyak idea yang aku ada. Just malas nk update. Kalau blog blh block orang, mmg aku dh block ko tu. Dasar orang x sedar diri. Kalau ko bagus sgt, ko fikir jew pasal diri ko tu. 
Read More

Mengapa Lelaki Perlu Faham Perasaan Perempuan?

Lelaki?? Mengapa lelaki perlu faham akan perasaan perempuan?? Bukan semua lelaki akan faham akan perasaan perempuan ni. Namun segelintir lelaki akan mulai memahami perasaan perempuan setelah mereka mempunyai pasangan hidup ataupun mereka mendirikan rumah tangga dan mereka perlu memahami perasaan kekasih mereka ataupun si isteri. Lelaki dilahirkan dengan sifat yang egois, keras dan kuat tetapi mereka akan lemah dengan perempuan sebab mereka perlu menjaga hati dan perasaan si perempuan. Perempuan memang benci apabila mereka dikhianati dan dicurangi. So? Bagi-bagi lelaki yang kat luar sana tu. Janganlah sesekali curang dengan perempuan.

Sifat lelaki yang lain adalah apabila mereka ini sudah mulai sayang akan kekasih ataupun isterinya, mereka akan menjaga sebaik mungkin. Bukan itu sahaja, lelaki akan sedaya upaya menjaga dan memahami perasaan perempuan yang disayangi mereka. Walaupun memang susah hendak mencari lelaki seperti ini, namun sikap mereka terhadap perempuan yang betul-betul disayangi mereka tidak akan berubah.

Read More

Luahan Hati

Hati......siapa yang tahu apa yang ada dalam hati aku...adakah aku bersedih....adakah aku gembira....namun aku tahu.....aku sekarang tgh bersedih....aku seperti berputus asa untuk teruskan hidup aku seperti orang lain....aku bersedih kerana aku telah putus cinta....aku putus dengan orang yang aku sayang...orang yang sentiasa mendampingi aku...sentiasa bersama aku di dalam suka dan duka....dan juga orang pernah menggembirakan aku suatu masa dahulu....


aku tidak tahu mengapa dia mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan yang kami jalani selama 7 bulan...yang aku tahu cuma satu...cinta terhalang dari orang tua si dia....orang tua tidak mahu dia terus-menerus untuk ber-couple....saat aku mendengar apa yang dia sampaikan tentang orang tuanya....aku berasa sedih...dan aku dengan rela menerima keputusan dia...

Read More

Zaman Persekolahan

Aku seorang lelaki yg tidak tahu apakah sikap aku yg sebenarnya??? Adakah aku seorang yg ego...ataupun seorang penyabar?? Adakah aku seorang yg pemalu...ataupun seorang yg peramah??? Setiap kali aku melihat cermin...aku akan terfikir....siapa diriku....dan setiap hari yg berlalu itulah penentu siapa diriku sebenarnya....Disaat aku berada di sekolah menengah...aku inginkan seorang teman yg begitu istimewa untuk diriku...banyak yg aku jumpa...tp semua seperti tidak mahu menerima ku....pada saat itu lh...aku rasa takut untuk mencari cinta dari seorang perempuan....aku malu kalau mereka menolak cinta aku...sebab itu aku tidak pernah bercinta ketika di alam persekolahan...tetapi aku menyimpan satu perasaan terhadap seorang perempuan yg bru ku kenal....namun pabila ku tahu kwn rapat aku sendiri juga syok kn dia...aku mula undurkan diri....aku rela berkorban demi kwn aku....pabila kami semua telah menamatkan zaman persekolahan kami...aku berasa sungguh sedih...aku tidak dpt meluahkan isi hatiku kepadanya demi kwn ku...perasaan aku mula terhadapnya mula terpadam pabila kami tidak pernah berjumpa lagi....dan perasaan itu terus terpadam pabila aku berjumpa dengan seorang perempuan yg ku kenal dalam facebook...kami bercouple tetapi tidak sampai sebulan dan dia mengajak aku putus...aku mulai kecewa....dan aku tidak dpt percaya lagi pd perempuan...namun semua itu tidak bertahan lama...seorang lagi perempuan telah ku temui....namun aku tidak pernah berjumpa dan bersua muka dengan nya...kami juga bercouple tetapi sama dengan cinta pertama ku...aku dengannya tidak sampai sebulan juga...kerana sikapnya yg asyik memaksa ku...itu lh cinta terakhir aku sebelum aku melanjutkan pelajaran aku...


Read More