Keputusan Penuh Piala FA KELANTAN VS SARAWAK, JOHOR DARUL TAKZIM (JDT) VS SELANGOR


Bagi merealisasikan misi untuk melakarkan kemenangan pada perlawanan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV,pasukan Kelantan bakal mempertaruhkan barisan sama ketika membelasah kelab dari Vietnam, SHB Da Nang 5-0 dalam Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Selasa lalu untuk bertemu Sarawak pada perlawanan ini

Menurut kenyataan media,jurulatih skuad The Red Warriors Bojan Hodak berkata, dia tidak perlu membuat perubahan selepas barisan pemain tersebut memperagakan aksi memukau ketika membelasah wakil Vietnam itu

Hodak berharap, barisan pemain yang diturunkan dapat meneruskan rentak cemerlang bagi memastikan Kelantan membawa bekalan selesa sebelum suku akhir kedua di Kuching nanti

Keputusan Terkini Kelantan lawan Sarawak Suku Akhir Pertama
Tuan Rumah VS Pelawat Status
Kelantan 2 – 1 Sarawak FT
Pasukan Senarai penjaring Minit
Kelantan
Mohd Faiz Subri | Khairul Izuan Rosli 7 | 20
Sarawak
Joseph Kalang Tie 49




Kemenangan besar 4-1 pada saingan liga di Stadium Shah Alam pada 9 Mac sudah menjadi satu sejarah dan para pemain Selangor dan sudah tentu pasukan gergasi merah akan cuba mengulanginya apabila bertandang ke Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, bagi menghadapi Johor Darul Takzim (JDT)

Malam ini kedua-dua pasukan bertemu semula pada pertemuan suku akhir pertama Piala FA

Beraksi di arena sendiri,Johor Darul Takzim sudah pasti mahu menebus kembali kekalahan mereka dan mencatatkan keputusan positif sebagai bekalan apabila berkunjung ke Stadium Shah Alam bagi aksi suku akhir kedua pada 16.4.2013 nanti


Keputusan Terkini Darul Takzim (JDT) lawan Selangor Suku Akhir Pertama
Tuan Rumah VS Pelawat Status
Johor Darul Takzim 0 – 2 Selangor FT
Pasukan Senarai penjaring Minit
Selangor Mahali Jasuli | Amri Yahya 14 | 68
JDT Safee Sali 82 (pen)

Source

0 Comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Budi Anda Semua.
Kalau Nak Komen,
Komenlah lagi tanpa rasa segan-silu.