Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab, Wuduk. Tekan mana-mana yang dibawah untuk lihat soalan dan jawapan yang ada.
Soalan:
Apa hukum mengambil wuduk tanpa menutup aurat atau bertelanjang?
Jawapan:
Sarjana fikah yang muktabar melarang perbuatan bertelanjang ketika mengambil wuduk. Tetapi dibenarkan bertelanjang semasa mandi wajib.
Bagaimanapun, wuduk yang diambil dalam keadaan telanjang itu sah adalah sah.

Saya keliru dengan ambil wuduk dalam keadaan tangan bersimen. Adakah saya perlu berwuduk seperti biasa (membasuh muka sehingga ke kaki) kemudian bertayamum semula? Ataupun, saya bertayamum pada tangan yang bersimen sahaja?
Jawapan:
Sekiranya simen ada pada tangan kanan, mulakan dengan berwuduk dahulu, iaitu basuh muka. Kemudian, tayamum pada tangan kanan bersimen.
Selepas tayamum, sambung semula wuduk dengan membasuh tangan kiri. Kemudian, sapu kepala, telinga dan basuh kaki seperti biasa.

Apakah yang dimaksudkan degan mata kaki pada bab wuduk?
Jawapan:
Mata kaki ialah buku lali iaitu bulatan tulang yang timbul pada kedua belah kaki
Wajib membasuh dari hujung jari sampai melebihi kedua-dua buku lali itu ketika mengambil wuduk

Adakah sempurna mandi junub (wajib) tanpa berwuduk?
Jawapan:
Mandi bererti mengangkat hadas besar yang ada pada seorang, sedangkan mengambil wuduk bererti mengangkat hadas kecil. Sesiapa berhadas besar, maka wajib mandi hadas suapya hadas besar itu terangkat daripadanya dan sunat dia mengambil wuduk.
Hukum mengambil wuduk baginya tidak wajib kerana apabila berniat mengangkat hadas besar ketika mandi itu, hadas kecilnya juga terangkat sama.
Hasilnya, seorang yang melakukan mandi wajib tidak lagi perlu mengambil wuduk bagi mengerjakan solat melainkan berlaku perkara yang membatalkan wuduk selepas mandi itu.

0 Comments:
Post a Comment
Terima Kasih Atas Budi Anda Semua.
Kalau Nak Komen,
Komenlah lagi tanpa rasa segan-silu.