Keteguhan iman kepada Allah S.W.T.

Aset utama yang meletakkan maruah seorang muslim lebih tinggi daripada umat lain adalah keimanan yang tidak berbelah bahagi kepada Allah S.W.T. Kita hari ini semakin hari semakin jauh daripada mengingati-Nya. Bagi yang memiliki kekayaan semakin kaya-raya, ego, menngunung tinggi dan mula merasakan mereka memiliki kuasa untuk mengawal segala-galanya.

        Namun bagi profesional muslim, kekayaan, kekuasaan dan kemasyhuran bukanlah milik kita. Ia hanya pinjaman daripada Allah S.W.T. Justeru, walau apapun ujian yang datang sama ada ujian kaya atau miskin, semua itu tidak menggugat keyakinan selagi diri memiliki keimanan yang utuh kepada Allah S.W.T.
         Muslim profesional tidak mudah mengaku kalah dengan kegagalan. Bagi golongan ini, setiap kekalahan terselit makna dan hikmah-Nya yang tersendiri. Walaupun kegagalan sedikit sebanyak mengoyak hati kita, usah mudah rebah. Bangkitlah semula kerana kita perlu menyedari semuanya datang daripada Allah S.W.T. dan kepada-Nya jua kita akan kembali.
          Apalah maknanya sebuah kejayaan jika membuatkan kita alpa terhadap Allah S.W.T. Kegagalan mungkin lebih bermakna jika mengingati-Nya dan hidup kita pula diisi zikrullah. Keimanan kepada Yang Maha Esa adlah jawapan kepada semua persoalan. Jika kita merasakan diri tiada keistimewaan, ingatkan diri kepada Dia tidak menciptakan kita dengan penciptaan yang sia-sia. Sesekali berasa tersisih dan tersingkir, ingatlah bahawa Dia Yang Maha Penyayang sentiasa menerima diri kita selagi kita beriman kepada-Nya.
          Ada ketika kita berasa masa depan gelap tiada kepastian, ingatlah bahawa Dia menjanjikan kejayaan, kegembiraan dan syurga kepada hamba-Nya yang beriman. Tiada sebab untuk kita bersedih, menyesal dan mengeluh dengan nasib yang munkin tidak menyebelahi diri sekiranya kita memiliki keimanan yang teguh kepada Ya Rabb.
          Percayalah, iman dan cinta kita kepada Allah S.W.T. akan mengatasi segala-galanya. Selama mana kita percaya, Dia akan terus memelihara dan melindungi. Jika kita kehilangan, Dia akan menggantikan. Andai ada kekurangan, Dia akan memberikan kelebihan. Di kala kesakitan, Dia yang akan menyembuhkan. Sekiranya berada  dalam kepayahan, Dia yang akan memberi kemudahan. Percayalah, jika kita anggap diri begitu hina, Dia sebenarnya telah lama mengangkat keimanan kita kepada-Nya. Allah S.W.T. berfirman dalam dua ayat tersebut yang bermaksud:

     "Allah pelindung orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka daripada kegelapan (kekafiran)
       kepada cahaya (iman)."- Surah al-Baqarah: 257

     "Sesungguhnya, Allah adalah pemberi petunjuk bagi orang tang beriman kepada jalan yang
       lurus." - Surah al-Hajj :54

Kita tidak pernah rugi, gagal, kalah, hina ata dibenci selagi beriman dengan teguh. Di samping itu, kita juga wajib menunaikan tanggungjawab kepada Allah S.W.T. dan menjauhi larangan-Nya. Dia sentiasa ada di sisi kita tanpa perlu mencari di mana-mana. Jika kita dekat dengan-NYa, Dia juga akan dekat dengan kita. Rahmat Yang Maha Pemurah dan sentiasa mengiringi hidup kita sekiranya kita adalah hamba yang taat beribadat.

0 Comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Budi Anda Semua.
Kalau Nak Komen,
Komenlah lagi tanpa rasa segan-silu.