Apa itu onani dan Keburukannya?

Onani menurut bahasa arab ialah Istimna’/Adat Al-Sirriyyah/Darbu A’syarah. Manakala onani dari segi istilah pula ialah perbuatan mengeluarkan air mani bagi lelaki dengan mengunakan tangan dan ada juga sesetengah golongan mengunakan alatan untuk mereka beronani.

Menurut pendapat pakar perubatan seperti Dr Ismail Thamby mereka menyebut onani dilakukan sambil mengunakan alatan pelican seperti sabun, gel dan lain-lain bagi mendatangkan kepuasan syahwat sementara sebagai melepaskan tekanan seksual.

Manakala bagi wanita ialah dengan memasukan jari atau sesuatu alatan keras ke dalam faraj mereka bagi menimbulkan rangsangan pada faraj sehingga mencapai klimaks iaitu kepuasan syahwat.

Hukum Onani bagi mereka yang tidak mampu bernikah dan takut terjatuh ke dalam maksiat ialah harus dan tidak berdosa. Bahkan kaedah fiqhiyah juga menyebut : “ Kemudharatan itu membolehkan apa yang terlarang” (lihat Qawaid fiqhiyah m/s 67 oleh Dr Abd Karim Zaidan).


Adapun apabila melakukan onani itu hanya kerana mencari keseronokan dan berhibur dengannya maka hukumnya ialah haram dan ditegah ini kerana ianya termasuk perbuatan yang keji dan kotor serta memudharatkan akal dan jiwa sehingga menjadikan diri dikuasai oleh syahwat dan dibimbangi terjebak kepada zina.

Namun apabila syahwat itu terlalu mendesak dan mengoda maka tidaklah mengapa beronani dengan tangan atau apa jua alatan asalkan sekadar mencukupi untuk memuaskan syhawat demi mencegah zina.

Sabda baginda : “ Sesungguhnya kamu diutuskan untuk memudahkan manusia dan bukan untuk mempersusahkan” (hadith sahih, Riwayat jamaah kecuali Muslim).

Walaubagaimana pun terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan dalam beronani iaitu :


1. Melemahkan zakar. Apabila melakukan persetubuhan dengan isteri, pancutan air mani akan berlaku bukan dalam masa yang betul. Pendek kata, cepat pancut.

2. Apabila pancutan berlaku bukan pada masanya, isteri tidak akan mencapai tahap klimaks. Ini menyebabkan si isteri keciwa dan tidak mencapai nikmat klimaks.

3. Menyebabkan lemah daya fikir dan lemah daya ingatan. Perkara ini menyebabkan kita sukar menerima pelajaran, apatah lagi menghafal sesuatu perkara.

4. Menyebabkan keletihan. Kerana proses pancutan air mani melibatkan juga proses pembakaran kalori yang memerlukan tenaga yang banyak. Justeru, tidak hairanlah sekiranya pengamal onani kelihatan kurus kering.

5. Membazir air mani. Air mani tidak dipancutkan di tempat yang hak. Sebaliknya, ia dibuang begitu sahaja tanpa memanfaatkan air mani tersebut.

"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman. (yakni) Orang-orang yang khusyu' dalam solatnya. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna. Dan orang-orang yang menunaikan zakat. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya" [TMQ al-Mukminun:1-5]



6 comments:

  1. apa kah perbezaan antara airr mani dan air mazi ?

    ReplyDelete
  2. Air mani adalah air yg keluar drpd zakar lelaki manakala air mazi pula keluar drpd faraj perempuan

    ReplyDelete
  3. salah tu,, air mani keluar disebabkan onani demi memuaskan nafsu syahwat namun air mazi keluar sebelum air mani, iaitu semasa seseorang tersebut berasa terangsang dari segi seksual.. ciri air mani berwarna putih, melekit, pekat dan bukan najis.. manakala air mazi pula jernih, melekit, agak cair berbanding air mani, dan najis spt air kencing serta selalunya keluar dalam kuantiti yg sederhana atau sedikit mengikut situasi dan keadaan...

    ReplyDelete
  4. Orang perempuan ada keluar air mani ke?

    ReplyDelete
  5. Maka onani x salah jika nafsu terpaksa janji tidak berzina kan?

    ReplyDelete

Terima Kasih Atas Budi Anda Semua.
Kalau Nak Komen,
Komenlah lagi tanpa rasa segan-silu.