Penyanyi Gangnam Style Enggan tampil isteri

Dari dewasa hingga ke kanak-kanak, dunia dilanda demam Gangnam Style. Dipopularkan oleh Pak Jae-Sang atau lebih dikenali sebagai PSY, penyanyi yang berasal dari Korea Selatan ini begitu meminati bidang seni semenjak di usia remaja lagi.

Dilahirkan pada 31 Disember 1977, dia berasal dari keluarga berpengaruh di wilayah Gangnam, Seoul. Bapanya, Park Won-Ho merupakan pengerusi eksekutif di Dl Corporation yang merupakan pengeluar semikonduktor yang disenaraikan di Bursa Korea.

         Semasa zaman persekolahannya, PSY tidak suka ke sekolah dan keterpaksaannya menyebabkan dia gemar menimbulkan kemarahan rakan sekelasnya. Dalam masa yang sama juga, dia menjadi bahan jenaka di kelasnya hingga menyebabkan para guru tidak menyukainya.
 
          Sebagai persediaan untuknya mengambil alih Dl Corporation, PSY asalnya merancang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pentadbiran perniagaan di Universiti Boston pada 1996. Bagaimana apabila tiba di Amerika Syarikat, dia hilang minat untuk meneruskan pengajian dan menggunakan wang tersebut untuk membeli peralatan muzik.
           
            Selepas menghadiri kelas Bahasa Inggeris dan mengikuti pengajian selama satu semester, PSY membuat keputusan untuk berhenti dan menyambung pelajaran di Kolej Muzik Berklee. Tanpa membawa ijazah, dia kembali ke negara asalnya dan memulakan karier sebagai penyanyi. Bagaimanapun dia tidak mendapat reputasi yang baik.

Idaman ramai lelaki 
             Selepas album pertama 'PSY' from the PSYcho World!' dilancarkan, dia dikritik oelh banyak pihak. Namun itu tidak menghalangnya untuk terus menghasilkan album seterusnya, Sa 2 pada 2002 dan masih tidak berjaya. Ini berlanjutan hingga hampir sedekad.
          
             Dalam tempoh tersebut, dia menyertai khidmat militari yang diwajibkan oleh semua belia lelaki Korea Selatan yang berumur daru 18 hingga 35 tahun dan kemudiaannya mengahwini teman waitanya, Yoo Hye-yeon pada 14 Oktober 2006. Pasangan ini dikuniakan sepasang kembar perempuan yang kini berusia empat tahun. Bagaimanapun nama PSY melonjak dia seantero dunia apabila lagu Gangnam Style menjadikannya terkenal. Sehingga kini, video muziknya merupakan paling banyak ditonton di seluruh dunia dan merupakan pencapaian tertingginya.
               
             Bercerita mengenai isterinya, PSY memberitahu bahawa isterinya sentiasa memberi sokongan padu kepadanya.
   
             "Isteri melihat Park Jae-Sang dan penyanyi yang berada di atas pentas PSY sebagai dua individu yang berbeza. Istimewanya isteri saya kerana dia merupakan wanita yang menjadi idaman ramai lelaki menyebabkan saya enggan menampilkan isteri kepada umum," katanya.
  
             Beruntungnya PSY kerana setiap kali bangun dari tidur, isterinya telah menyediakan sembilan jenis hidangan untuknya. Walaupun dia pulang ke rumag lambat, isterinya tidak pernah menelefonnya untuk bertanya. Isterinya harus dipuji kerana menjadi seorang isteri yang baik.




Source= Majalah Mingguan Wanita.

1 comment:

Terima Kasih Atas Budi Anda Semua.
Kalau Nak Komen,
Komenlah lagi tanpa rasa segan-silu.