Mengapa Lelaki Perlu Faham Perasaan Perempuan?

Lelaki?? Mengapa lelaki perlu faham akan perasaan perempuan?? Bukan semua lelaki akan faham akan perasaan perempuan ni. Namun segelintir lelaki akan mulai memahami perasaan perempuan setelah mereka mempunyai pasangan hidup ataupun mereka mendirikan rumah tangga dan mereka perlu memahami perasaan kekasih mereka ataupun si isteri. Lelaki dilahirkan dengan sifat yang egois, keras dan kuat tetapi mereka akan lemah dengan perempuan sebab mereka perlu menjaga hati dan perasaan si perempuan. Perempuan memang benci apabila mereka dikhianati dan dicurangi. So? Bagi-bagi lelaki yang kat luar sana tu. Janganlah sesekali curang dengan perempuan.

Sifat lelaki yang lain adalah apabila mereka ini sudah mulai sayang akan kekasih ataupun isterinya, mereka akan menjaga sebaik mungkin. Bukan itu sahaja, lelaki akan sedaya upaya menjaga dan memahami perasaan perempuan yang disayangi mereka. Walaupun memang susah hendak mencari lelaki seperti ini, namun sikap mereka terhadap perempuan yang betul-betul disayangi mereka tidak akan berubah.



Lelaki juga amat suka bermanja dengan kekasih ataupun isterinya kerana lelaki bersifat manja. Janganlah salah sangka terhadap lelaki yang manja sebab mereka ini ingin diberi perhatian yang lebih. Mereka ini juga bukannya bersikap lembut namun mereka akan lebih suka bermanja dengan pasangannya.

Lelaki kena tahu bahawa sifat perempuan ini sangat sensitif. Sensitif bukannya bermaksud suka merajuk, tetapi mereka ini juga suka bermanja dan ingin mendapatkan perhatian. Apabila seseorang wanita menyatakan dia sedang bersedih tetapi tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis dalam hati.

Wanita suka jika sesekali orang yang disayangi membuat kejutan dengan memberi hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis. Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini, dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.Tetapi jangan setelah putus korang nak ambik balik semua yang korang dh bagi kat pasangan korang. Sebab mereka amat benci perangai sebegitu.


Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus. Apabila lelaki yang dicintainya pertama kali dalam diam memberikan tindak balas positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat. Namun selepas ganggang telefon diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita itu! Betul tak kaum hawa??







Wahai lelaki. Walaupun setinngi mana egois korang, sekuat mana korang, korang kena ingat. Perempuan amat suka apabila lelaki faham akan perasaan mereka. Kerana bagi mereka, lelaki itulah yang akan mendampingi mereka. :)

0 Comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Budi Anda Semua.
Kalau Nak Komen,
Komenlah lagi tanpa rasa segan-silu.