Luahan Hati

Hati......siapa yang tahu apa yang ada dalam hati aku...adakah aku bersedih....adakah aku gembira....namun aku tahu.....aku sekarang tgh bersedih....aku seperti berputus asa untuk teruskan hidup aku seperti orang lain....aku bersedih kerana aku telah putus cinta....aku putus dengan orang yang aku sayang...orang yang sentiasa mendampingi aku...sentiasa bersama aku di dalam suka dan duka....dan juga orang pernah menggembirakan aku suatu masa dahulu....


aku tidak tahu mengapa dia mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan yang kami jalani selama 7 bulan...yang aku tahu cuma satu...cinta terhalang dari orang tua si dia....orang tua tidak mahu dia terus-menerus untuk ber-couple....saat aku mendengar apa yang dia sampaikan tentang orang tuanya....aku berasa sedih...dan aku dengan rela menerima keputusan dia...



sehari selepas kami berpisah...aku terasa berat untuk teruskan hidup aku....namun setelah aku berjumpa dengan dua orang hamba Allah...aku telah sedar...aku sedar dari kesilapan yang telah aku buat selama ini....meraka juga menyedarkan aku...mereka cakap...pada usia kita ini....kita tidak harus memikirkan soal cinta...kerana cinta sebelum nikah adalah cinta monyet semata-mata....


sebelum semester aku nak bermula....aku mengambil keputusan untuk tinggal bersama pak cik aku....aku inginkan ketenangan jiwa ....aku memilih untuk tinggal dengan dia kerana di situ aku tidak mengenali sesiapa...selama sebulan aku menetap disana dan aku merasa jiwa dan raga aku tenteram....aku dapat hidayah dari Allah...dan aku tidak lupa untuk menunaikan kewajipan aku sebagai umat Islam dan juga hamba-Nya....


saat aku balik dari rumah pak cik aku untuk pergi ke hostel tempat aku belajar...otak aku mula serabut lagi....mungkin kerana di hostel aku....banyak kenangan manis aku dengan si dia...mungkin kerana itu otak aku mula serabut lagi...aku masih tidak dapat melupakan si dia...dan aku ada masalah untuk melupakan dia....kerana saat aku nak lupakan dia,....aku sering saja mimpikan dia...


sekarang....aku berjanji pada diri aku....aku tidak akan menerima sesiapa lagi dalam hidup aku....aku serik...bukan kerana tidak percaya akan cinta....namun aku tahu....cinta itu akan datang dengan sendirinya...aku tahu...jodoh dah ditetapkan oleh Allah...

0 Comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Budi Anda Semua.
Kalau Nak Komen,
Komenlah lagi tanpa rasa segan-silu.