BAGAIMANA CARA UNTUK MENGENALI LELAKI/PEREMPUAN CURANG?



Sebenarnya tidak semua lelaki/perempuan di luar sana yang setia dengan seorang kekasih. Bagi golongan lidah bercabang ini, bercinta dengan seorang sahaja tidak cukup untuk menunjukkan kepakarannya dalam bidang percintaan. Jadi, tidak mustahil baginya untuk bercinta dengan 4/5 orang serentak dalam satu masa! Memang hebat bukan? Mungkin orang yang masih belum berpunya perlu belajar pelbagai teknik untuk menarik perhatian masyarakat sekeliling dengan seseorang yang pakar seperti si lidah bercabang ini.
Bercinta memang indah, saat indah bersama si dia sungguh mengasyikkan, namun tatkala kecewa ditinggalkan si dia memang cukup menyakitkan hati dan melukakan perasaan. Tapi bagi si lidah bercabang, keadaan ini tidak menjadi masalah baginya kerana pengganti sudah sedia beratur untuk menggantikan tempat bekas kekasihnya itu. Jadi, tidak mungkin dia akan berasa kecewa atau sedih tatkala putus cinta dengan seseorang. Sungguh menyakitkan hati bukan? Ya, saya faham kerana hati si lidah bercabang ini agak kebal dan bibirnya hanya tahu mengungkap kata-kata manis sahaja tanpa menghiraukan perasaan seseorang yang sedang dipermainkannya itu.
Saya sejujurnya tidak begitu mengetahui tentang cara-cara untuk mengenali si curang namun saya akan cuba membantu sesiapa di luar sana yang mungkin sedang mencari cara untuk mengenali pasangan yang curang.
SI LELAKI CURANG :
Apabila anda mengajak si dia keluar berjumpa pada hujung minggu, dia mungkin akan memberikan jawapan yang kurang meyakinkan hati anda. Seperti “Saya sibuk hujung minggu ini” sedangkan sebelum ini, tidak pula dia merungut tentang hal ini kepada anda malah dia juga pernah memberitahu anda bahawa dia tidak akan sesekali bekerja pada hujung minggu melainkan ada perkara yang begitu mustahak. Tapi sekiranya dia sekali-sekala menggunakan alasan ini untuk mengelak daripada berjumpa dengan anda, mungkin dia masih boleh dimaafkan atau mungkin dia bercakap benar. Namun, sekiranya setiap kali anda mengajak dia keluar, dia akan menggunakan alasan SIBUK, mungkin ada udang di sebalik batu, siapa tahu? Walhal, pada awal perkenalan dahulu, dia juga yang sibuk mengajak anda keluar berjumpa hampir setiap minggu.
SI PEREMPUAN CURANG :
Alasan ini juga turut digunakan oleh kaum perempuan yang curang. Namun, perempuan curang akan menukarkannya kepada alasan yang lebih FEMININ atau lebih ke arah keperempuanan. Seperti “Saya datang bulan hujung minggu ini” atau “Saya tidak ada masa/mood untuk keluar hujung minggu ini”. Sekiranya dia menggunakan alasan ini berulang kali, mungkin ianya kelihatan pelik dan aneh bukan? Dalam erti kata lain, sekiranya anda mengajak dia berjumpa, dia pasti akan memberikan seribu satu alasan yang tidak munasabah dan setiap kali dia memberikan alasan-alasan tertentu, hati anda menjadi tidak tenteram. Itu tandanya dia sedang menipu anda atau cuba menyembunyikan sesuatu.
SI LELAKI CURANG :
Setiap kali anda keluar bersama, dia pasti akan ligat memandang perempuan lain. Apabila anda memarahinya, dia pasti akan menjawab, “Bukan saya yang pandang dia, tapi dia yang pandang saya, sayang” atau “Mana ada, saya tidak tengok sesiapa pun, awak tu je yang salah faham, sayang.” Tapi hati perempuan sentiasa benar. Atau mungkin dia mempunyai mata juling, sebab itu dia menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia sedang memandang perempuan yang lebih seksi yang lebih mengiurkan. Maklum sahajalah, rezeki sudah ada di depan mata, mana mungkin dia akan melepaskan peluang keemasan itu. Nama pun LELAKI. Sekiranya dia kerap memandang perempuan lain, alamatnya hubungan anda bakal mengalami pergaduhan yang teruk di kemudian hari sekiranya tidak dicegah terlebih dahulu. Atau mungkin dia akan mula memasang niat untuk berfoya-foya.
SI PEREMPUAN CURANG :
Perempuan curang juga tidak kurang hebatnya kerana apabila bersama dengan kekasihnya, dia juga akan sibuk bermain mata dengan lelaki lain yang berada di sekelilingnya. Apatah lagi sekiranya lelaki-lelaki tersebut sememangnya memenuhi cita rasanya. Bak kata orang, kalau dah cinta, tidak mungkin kita akan memandang lebih-lebih orang lain kerana si buah hati kan sudah ada, kenapa perlu memandang atau bermain mata dengan orang lain sedangkan si buah hati sudah setia berada di sisi.
SI LELAKI CURANG :
Dia akan sentiasa memberikan alasan “Kredit saya sudah habis padahal saya baru sahaja topup/reload, saya sendiri tidak tahu kenapa kredit saya cepat habis, saya cuma mesej dengan awak seorang sahaja, sayang” atau “Saya perlu guna banyak kredit kerana saya perlu call bos/teman sekerja saya untuk membincangkan hal kerja”. Ya, memang benar apa yang dikatakannya namun kreditnya bukan dihabiskan untuk menelefon bos/teman sekerja/anda seorang sahaja, namun kreditnya habis digunakan untuk menelefon si buah hatinya yang lain. Kalau sekali dua menggunakan alasan ini, mungkin akal masih boleh menerimanya namun, kalau berulang kali dia menggunakan alasan ini, memang sesuatu yang pelik sedang berlaku tanpa pengetahuan anda. Awas.
SI PEREMPUAN CURANG :
Dia akan sentiasa meminta anda untuk membelikannya kad topup sama ada Maxis atau Celcom. Boleh dikatakan, kreditnya tidak pernah tahan dan tidak pernah cukup untuk dua hari. Setiap hari mesti ada sahaja rungutannya tentang kekurangan kredit. Sekiranya dia seorang yang setia dan cermat menggunakan kreditnya, sudah tentu kredit itu akan mampu bertahan sehingga 5/6 hari bergantung kepada berapa nilai yang ‘ditopup’. Orang yang boros dan mempunyai “RAMAI KENALAN” sahaja yang akan menggunakan kredit sehingga habis saban hari.
SI LELAKI CURANG :
Tanpa disedari, dia sendiri telah menyebabkan dirinya terkantoi dengan anda. Mungkin dia salah menghantar SMS kepada anda. SMS yang sepatutnya dihantar kepada buah hati yang ketiga tanpa sengaja telah dihantar kepada anda. Sekiranya anda bijak membaca maksud tersirat, jadi tidak menjadi satu masalah bagi anda untuk mengetahui sama ada dia curang atau tidak. Namun bagi anda yang tidak tahu menilai maksud tersirat, mungkin anda boleh menggunakan tips ini. Cuba anda teliti SMS yang dihantarnya itu. Apa kaitannya anda dengan SMS itu? Adakah isi kandungannya berkaitan dengan diri anda?
SI PEREMPUAN CURANG :
Keadaan yang sama juga akan dilakukan oleh perempuan curang. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya dia jatuh ke tanah juga. Dia akan tersalah menghantar SMS kepada anda dan apabila anda menanyakannya tentang perkara itu, dia dengan gelisahnya akan memberikan alasan yang tidak logik dan segalanya akan terjawab melalui air mukanya itu.
SI LELAKI/PEREMPUAN CURANG :
Segalanya boleh diketahui melalui laman sosialnya itu sendiri. Seperti FACEBOOK, TWITTER atau MYSPACE. Sekiranya dia sedar bahawa dia sudah berpunya, dia akan lebih bijak mengawal komen-komen yang dihantarnya kepada teman-teman mayanya itu. Namun, sekiranya dia selalu sahaja melayari laman sosialnya itu setiap hari dan bergaul dengan semua rakan sama jantina atau berlainan jantina, malah dia juga akan menggunakan panggilan yang hanya sesuai digunakan oleh pasangan yang bercinta, maka dia mungkin sedang cuba mempermainkan hati anda secara perlahan-lahan. Perkara ini masih boleh dimaafkan sekiranya dia sedar akan kesalahannya dan cuba untuk berubah.
SI LELAKI/PEREMPUAN CURANG :
Dia dalam sekelip mata sahaja sudah berubah menjadi orang lain. Dahulu dia langsung tidak kisah akan penampilan anda yang ‘simple’ namun sekarang, dia akan sentiasa mengkritik segalanya tentang diri anda seolah-olah anda tidak sempurna baginya. Bentuk badan, rupa paras yang sudah mula ditumbuhi jerawat dan segalanya tentang diri anda akan menjadi punca kepada pergaduhan anda dengan dia.
SI LELAKI/PEREMPUAN CURANG :
Apabila anda meluahkan masalah kepadanya, dia akan mengelak daripada mendengarnya dan berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku sedangkan anda sudah separuh mati meluahkan perasaan/masalah anda kepadanya. Sekiranya dia sibuk, mungkin perkara ini masih boleh dimaafkan namun sekiranya dia menyayangi anda, sesibuk mana pun dia, dia tetap perlu meluangkan masa walaupun hanya untuk 10minit. Segalanya hanya untuk orang yang disayanginya bukan?
SI LELAKI/PEREMPUAN CURANG :
Dia juga akan kurang meluahkan perasaan sayangnya dan perasaan rindunya terhadap anda. Berbanding dengan sewaktu awal perkenalan anda dengannya, dia akan sentiasa mengungkapkan kata-kata sayang dan rindu kepada anda. Namun, segalanya sudah berubah dan ungkapan rindu dan sayang itu boleh dibilang dengan jari sahaja sekarang.

3 comments:

  1. Sy da 4tahun kawan dgn bf sy..em,akhr2 ni da bpe bulan la status kt laman sosial dia jiwang byk ckp rindu byk sakit ati.tp tu bkn untk sy...tp bila sy tnya dy marah sy.dan untk pgtahuan korg sy xpkai fb xada mana2 laman sosial sbbnya dy xbg sy pkai..tp dy layan sy baik..amek sy p keja blek keja.tp sy keliru sgt.

    ReplyDelete
  2. Cube lh jd seorg pcinta yg setia..sampai bile nk jd playboy..bhagia ke hidup jd playboy nie..

    ReplyDelete
  3. kalau nak tawu laki tu serious ke tak dlm phubungan...tanya je bila nak kawin brape duit da kumpul...kalau xdpt jawab...bagi alasan tinggalkan je doa..usaha.sedekah..tawakal..beserah..kpd Allah...pasti jodoh akan datang..

    ReplyDelete

Terima Kasih Atas Budi Anda Semua.
Kalau Nak Komen,
Komenlah lagi tanpa rasa segan-silu.