Sejarah Terciptanya Rokok dan Mengapa Kita Dilarang Merokok!

♠ Dihantar oleh Abdul Hafiz dalam


RASULULLAH s.a.w. pernah bersabda (maksudnya): " Kelak akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umatku dan juga tidak menganggap mereka sebagai  umatku, bahkan mereka adalah orang yang celaka."
        Abu Hurairah r.a. tang mendengar sabda tersebut bertanya, " Bagaimana searah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?"
        Sabda Rasulullah s.a.w. " Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir, Allah bertanya kepada iblis: " Wahai iblis, apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkanmu? Kata iblis: Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: keluarlah engkau dari syurga. sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau."
        Nabi bersabda lagi: " Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dari sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji."


# Sesungguhnya diri ini terasa ingin sekali membuang semua perasaan merokok dalam diri ini. InsyaAllah.

Apa itu onani dan Keburukannya?

♠ Dihantar oleh Abdul Hafiz dalam ,
Onani menurut bahasa arab ialah Istimna’/Adat Al-Sirriyyah/Darbu A’syarah. Manakala onani dari segi istilah pula ialah perbuatan mengeluarkan air mani bagi lelaki dengan mengunakan tangan dan ada juga sesetengah golongan mengunakan alatan untuk mereka beronani.

Menurut pendapat pakar perubatan seperti Dr Ismail Thamby mereka menyebut onani dilakukan sambil mengunakan alatan pelican seperti sabun, gel dan lain-lain bagi mendatangkan kepuasan syahwat sementara sebagai melepaskan tekanan seksual.

Manakala bagi wanita ialah dengan memasukan jari atau sesuatu alatan keras ke dalam faraj mereka bagi menimbulkan rangsangan pada faraj sehingga mencapai klimaks iaitu kepuasan syahwat.

Hukum Onani bagi mereka yang tidak mampu bernikah dan takut terjatuh ke dalam maksiat ialah harus dan tidak berdosa. Bahkan kaedah fiqhiyah juga menyebut : “ Kemudharatan itu membolehkan apa yang terlarang” (lihat Qawaid fiqhiyah m/s 67 oleh Dr Abd Karim Zaidan).


Adapun apabila melakukan onani itu hanya kerana mencari keseronokan dan berhibur dengannya maka hukumnya ialah haram dan ditegah ini kerana ianya termasuk perbuatan yang keji dan kotor serta memudharatkan akal dan jiwa sehingga menjadikan diri dikuasai oleh syahwat dan dibimbangi terjebak kepada zina.

Namun apabila syahwat itu terlalu mendesak dan mengoda maka tidaklah mengapa beronani dengan tangan atau apa jua alatan asalkan sekadar mencukupi untuk memuaskan syhawat demi mencegah zina.

Sabda baginda : “ Sesungguhnya kamu diutuskan untuk memudahkan manusia dan bukan untuk mempersusahkan” (hadith sahih, Riwayat jamaah kecuali Muslim).

Walaubagaimana pun terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan dalam beronani iaitu :


1. Melemahkan zakar. Apabila melakukan persetubuhan dengan isteri, pancutan air mani akan berlaku bukan dalam masa yang betul. Pendek kata, cepat pancut.

2. Apabila pancutan berlaku bukan pada masanya, isteri tidak akan mencapai tahap klimaks. Ini menyebabkan si isteri keciwa dan tidak mencapai nikmat klimaks.

3. Menyebabkan lemah daya fikir dan lemah daya ingatan. Perkara ini menyebabkan kita sukar menerima pelajaran, apatah lagi menghafal sesuatu perkara.

4. Menyebabkan keletihan. Kerana proses pancutan air mani melibatkan juga proses pembakaran kalori yang memerlukan tenaga yang banyak. Justeru, tidak hairanlah sekiranya pengamal onani kelihatan kurus kering.

5. Membazir air mani. Air mani tidak dipancutkan di tempat yang hak. Sebaliknya, ia dibuang begitu sahaja tanpa memanfaatkan air mani tersebut.

"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman. (yakni) Orang-orang yang khusyu' dalam solatnya. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna. Dan orang-orang yang menunaikan zakat. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya" [TMQ al-Mukminun:1-5]



Wahyu Terakhir Nabi Muhammad S.A.W

♠ Dihantar oleh Abdul Hafiz dalam


Diriwayatkan bahawa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar yaitu pada hari Jum’at di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada']. Pada masa itu Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan. Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata:

“Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah SWT. dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu.”

Setelah Malaikat Jibril a.s. pergi maka Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah. Setelah Rasulullah mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril a.s.. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata: “Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempurna.”

Apabila Abu Bakar ra. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke malam. Kisah tentang Abu Bakar ra. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di depan rumah Abu Bakar ra. dan mereka berkata: “Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Seharusnya kamu merasa gembira sebab agama kita telah sempuma.” Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar ra. pun berkata, “Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesualu perkara itu telah sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ia menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam . Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda.”

Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar ra. maka sadarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar ra., lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus memberitahu Rasulullah . tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat, “Ya Rasulullah , kami baru kembali dari rumah Abu Bakar ra. dan kami dapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di depan rumah beliau.” Apabila Rasulullah mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah . dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar ra.. Setelah Rasulullah sampai di rumah Abu Bakar ra. maka Rasulullah melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya, “Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?.” Kemudian Ali ra. berkata, “YaRasulullah , Abu Bakar ra. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahwa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?.” Lalu Rasulullah berkata: “Semua yang dikatakan oleh Abu Bakar ra. adalah benar, dan sesungguhnya waktu untuk aku meninggalkan kamu semua telah dekat”.

Setelah Abu Bakar ra. mendengar pengakuan Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam , maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pingsan. Sementara ‘Ukasyah ra. berkata kepada Rasulullah., ‘Ya Rasulullah, waktu itu saya anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu apakah anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta baginda.” Rasulullah . berkata: “Wahai ‘Ukasyah, Rasulullah, sengaja memukul kamu.” Kemudian Rasulullah berkata kepada Bilal ra., “Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fathimah dan ambilkan tongkatku ke mari.” Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fathimah sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata, “Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash].”

Setelah Bilal sampai di rumah Fathimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fathimah ra. menyahut dengan berkata: “Siapakah di pintu?.” Lalu Bilal ra. berkata: “Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah untuk mengambil tongkat beliau. “Kemudian Fathimah ra. berkata: “Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya.” Berkata Bilal ra.: “Wahai Fathimah, Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk diqishash.” Bertanya Fathimah ra. lagi: “Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam ?” Bilal ra. tidak menjawab pertanyaan Fathimah ra., Setelah Fathimah ra. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah Setelah Rasulullah menerima tongkat tersebut dari Bilal ra. maka beliau pun menyerahkan kepada ‘Ukasyah.

Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar ra. dan Umar ra. tampil ke depan sambil berkata: “Wahai ‘Ukasyah, janganlah kamu qishash Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam tetapi kamu qishashlah kami berdua.” Apabila Rasulullah mendengar kata-kata Abu Bakar ra. dan Umar ra. maka dengan segera beliau berkata: “Wahai Abu Bakar, Umar duduklah kamu berdua, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua.” Kemudian Ali ra. bangun, lalu berkata, “Wahai ‘Ukasyah! Aku adalah orang yang senantiasa berada di samping Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah .” Lalu Rasulullah . berkata, “Wahai Ali duduklah kamu, sesungguhnya Allah telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu.” Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: “Wahai ‘Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahwa kami ini adalah cucu Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam, kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah ” Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah pun berkata, “Wahai buah hatiku duduklah kamu berdua.” Berkata Rasulullah “Wahai ‘Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul.”

Kemudian ‘Ukasyah berkata: “Ya Rasulullah , anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju.” Maka Rasulullah pun membuka baju. Setelah Rasulullah. membuka baju maka menangislah semua yang hadir. Setelah ‘Ukasyah melihat tubuh Rasulullah maka ia pun mencium beliau dan berkata, “Saya tebus anda dengan jiwa saya ya Rasulullah, siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya ingin menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah Subhanahu Wata’ala dengan badan saya. Dan Allah menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu” Kemudian Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam berkata, “Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya.” Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata, “Wahai ‘Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah s.a.w. di dalam syurga.”

Apabila ajal Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam makin dekat maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Aisyah ra. dan beliau berkata: “Selamat datang kamu semua semoga Allah Subhanahu Wata’ala mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah Subhanahu Wata’ala . dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abbas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kafanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kafanilah aku dengan kain Yaman yang putih.

Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku. Pertama yang akan mensolatkan aku ialah Allah Subhanahu Wata’ala ., kemudian yang akan mensolat aku ialah Jibril a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk bergantian secara berkelompok bersolat ke atasku.”

Setelah para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata, “Ya Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penemuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?.”

Kemudian Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam berkata, “Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran dari mati.”

Setelah Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam berkata demikian, maka sakit Rasulullah bermula. Dalam bulan safar Rasulullah sakit selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah s.a.w. bertambah berat, setelah Bilal ra. menyelesaikan azan subuh, maka Bilal ra. pun pergi ke rumah Rasulullah . Sesampainya Bilal ra. di rumah Rasulullah s.a.w. maka Bilal ra. pun memberi salam, “Assalaarnualaika ya Rasulullah.” Lalu dijawab oleh Fathimah ra., “Rasulullah masih sibuk dengan urusan beliau.” Setelah Bilal ra. mendengar penjelasan dari Fathimah ra. maka Bilal ra. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fathimah ra. itu. Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal ra. telah di dengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. berkata, “Masuklah wahai Bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan solat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir.” Setelah mendengar kata-kata Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam maka Bilal ra. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: “Aduh musibah.”

Setelah Bilal ra. sarnpai di masjid maka Bilal ra. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w. katakan kepadanya. Abu Bakar ra. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar ra. menangis sehingga ia jatuh pingsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah tangisan sahabat dalam masjid, sehingga Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam bertanya kepada Fathimah ra.; “Wahai Fathimah apakah yang telah berlaku?.” Maka Fathimah ra. pun berkata: “Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid.” Kemudian Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam memanggil Ali ra. dan Fadhl bin Abas ra., lalu Rasulullah bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah sampai di masjid maka Rasulullah pun bersolat subuh bersama dengan para jemaah.

Setelah selesai solat subuh maka Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam pun berkata, “Wahai kaum muslimin, kamu semua senantiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah Subhanahu Wata’ala , oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia.” Setelah berkata demikian maka Rasulullah pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah mewahyukan kepada malaikat lzrail a.s., “Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut ruhnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah terlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masuklah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak mengizinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku.”

Setelah malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah Subhanahu Wata’ala maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di depan rumah Rasulullah maka ia pun memberi salam, “Assalaamu alaikum yaa ahla baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?” (Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?)
Apabila Fathimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; “Wahai hamba Allah, Rasulullah s.a.w. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat.”

Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah dan Rasulullah bertanya kepada Fathimah ra., “Wahai Fathimah, siapakah di depan pintu itu.”
Maka Fathimah ra. pun berkata, “Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga terasa menggigil badan saya.”
Kemudian Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam berkata;
“Wahai Fathimah, tahukah kamu siapakah orang itu?.” Jawab Fathimah, “Tidak ayah.”
“Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur.”

Fathimah ra. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya.
Apabila Rasulullah mendengar tangisan Falimah ra.
maka beliau pun berkata: “Janganlah kamu menangis wahai Fathimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku.”

Kemudian Rasulullah pun mengizinkan malaikat lzrail masuk.
Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap, “Assalamuaalaikum ya Rasulullah.”
Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: “Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut ruhku?”
Maka berkata malaikat lzrail: “Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut ruhmu, itupun kalau engkau izinkan, kalau engkau tidak izinkan maka aku akan kembali.”
Berkata Rasulullah s.a.w., “Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?”
Berkata lzrail: “Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, para malaikat sedang memuliakan dia.” Tidak beberapa lama kemudian Jibril a.s. pun turun dan duduk di dekat kepala Rasulullah s.a.w..

Apabila Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam melihat kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah pun berkata: “Wahai Jibril, tahukah kamu bahwa ajalku sudah dekat”
Berkata Jibril a.s., “Ya aku tahu”

Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam bertanya lagi, “Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah Subhanahu Wata’ala ” Berkata Jibril a.s., “Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti ruhmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua bidadari sudah berhias menanti kehadiran ruhmu.”
Berkata Rasulullah : “Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti.”

Berkata Jibril a.s., “Allah SWT telah berfirman yang bermaksud,”Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga.”

Berkata Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam : “Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku.” Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: “Wahai lzrail, mendekatlah kamu kepadaku.” Setelah itu Malaikat lzrail pun memulai tugasnya, apabila ruh beliau sampai pada pusat, maka Rasulullah pun berkata: “Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati.” Jibrila.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril a.s. itu maka Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam pun berkata: “Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?” Jibril a.s. berkata: “Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?” Anas bin Malik ra. berkata: “Apabila ruh Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam telah sampai di dada beliau telah bersabda,”Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga solat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu.”

Ali ra. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata: “Umatku, umatku.”

Source

Zizan mahu kahwin tahun depan

♠ Dihantar oleh Abdul Hafiz dalam ,
IBU Zizan mengakui akan menerima sesiapa sahaja gadis yang menjadi pilihan anak kesayangannya ini untuk dijadikan isteri.


SETAKAT ini pencapaian pelakon dan pelawak Mohd. Razizan Abdul Razak atau Zizan dalam bidang seni cukup membanggakan dengan pelbagai rentetan kejayaan yang telah diraihnya.

Bakal mencecah usia 29 tahun pada 15 April ini, pastinya ramai peminat yang tertanya-tanya bilakah artis kegemaran mereka ini bakal menamatkan zaman bujang setelah pernah digosipkan dengan beberapa artis seperti Juliana Evans dan Nora Danish.
Ikuti temu bual bersama Zizan yang ditemui pada majlis bertemu peminat yang diadakan Shah Alam, Selangor baru-baru ini. Seorang wanita yang sungguh istimewa di hati Zizan menemaninya pada majlis tersebut – tidak lain dan tidak bukan ibunya, Anai Ibrahim.

Kosmo!: Tidak lama lagi usia Zizan sudah menjangkau 29 tahun. Adakah anda tidak pernah terfikir mahu mendirikan rumah tangga?

ZIZAN: Bukan tidak pernah terfikir ke arah itu, cuma buat masa ini saya lebih selesa untuk menumpukan sepenuh masa kepada kerjaya. Apatah lagi dengan jadual yang agak padat membuatkan saya kurang mengambil berat tentang perkahwinan.

Adakah Zizan meletakkan sebarang sasaran untuk berkahwin dalam tempoh tertentu?
Secara terus terang saya mahu berkahwin pada tahun hadapan apabila usia saya menjangkau 30 tahun. Bagaimanapun, sehingga kini saya masih belum jumpa gadis yang sesuai untuk menjadi teman hidup saya.

Adakah Zizan meletakkan sebarang kriteria tertentu untuk memilih calon isteri?
Biarpun saya pernah digosipkan bercinta dengan beberapa pelakon cantik, tidak semestinya kecantikan menjadi pilihan utama saya memilih seseorang gadis sebagai isteri.

Saya tidak kisah sangat tentang paras rupa kerana kriteria yang paling penting adalah keserasian. Selain itu, gadis berkenaan perlu menghormati keluarga dan memahami kerjaya saya.
Apakah perkembangan kerjaya terbaharu Zizan?

Buat masa ini, saya sedang menjalani penggambaran filem aksi komedi arahan Syafiq Yusof berjudul, Abang Long Fadil bergandingan dengan pelakon hebat seperti Aaron Aziz dan Soffi Jikan.
KOSMO! juga tidak ketinggalan menemubual ibu Zizan. Berikut sedutan temu ramah bersamanya.
Kosmo!: Bagaimanakah dengan harapan puan setelah melihat kejayaan Zizan sekarang?

ANAI: Sebagai ibu, sudah tentu saya sangat gembira dan berbangga dengan kejayaannya. Sebelum ini saya memang tidak menjangka sama sekali dia akan bergelar seorang artis.
Dengan kejayaannya itu, kini saya cuma amat berharap agar dia segera mendirikan rumah tangga. Tentang calon isteri pula saya serah semua kepada Zizan dan saya akan bersetuju dengan sesiapa sahaja pilihannya.

Adakah puan pernah mendesak Zizan supaya dia cepat-cepat berkahwin?
Saya tidaklah terlalu mendesaknya sangat, cuma saya ada bertanya bila lagi dia mahu berkahwin. Namun begitu, dia cuma menjelaskan mahu memberi tumpuan kepada kerjaya terlebih dulu.
Apakah pandangan puan terhadap hubungan Zizan dan Juliana Evans?

Setahu saya mereka berdua tidak lebih daripada teman biasa, malah Zizan menyatakan bahawa Juliana merupakan seorang teman yang baik.

Source

Tanda-Tanda Lelaki Belum Sedia Nak Berkahwin!

♠ Dihantar oleh Abdul Hafiz dalam


Menjelang cuti sekolah, mesti banyak kenduri kahwin. Terpikir tak dah bertahun2 kapel tapi nape si dia masih tak mahu meminang? walaupun dah bekerja dan berkereta.. jom tengok alasan2 mereka tak mahu kahwin…

Ini adalah tanda-tanda lelaki belum sedia nak berkahwin :

1. Terus tutup mulut apabila anda bertanya kepadanya mengenai kesediaannya untuk berumahtangga.

2. Tidak pernah ada niat untuk menemui orang tua anda walaupun anda sudah berusaha untuk mempertemukan dengan orang tua anda.

3. Tidak pernah memegang janji. Melupakan dan membatalkan janji dengan anda bukan perkara yang menganggu fikirannya.

4. Tidak pernah benar-benar memerlukan orang lain. Mungkin dia banyak teman atau sanak saudara, tapi tidak ada yang benar-benar akrab dan dekat dengannya. Jadi, dia memang tidak mengerti makna ikatan

5. Jarang memperkenalkan anda kepada kenalannya.

6. Mudah bercinta dengan wanita lain.

7. Tidak pernah membincangkan masalah peribadinya dengan anda. Juga tidak mengizinkan anda untuk mengetahui masalah peribadinya dengan anda.

8. Terlalu menganggap bahawa segala-galanya mesti sempurna.

9. Berulangkali dia menceritakan mengenai keburukan-keburukan dirinya kepada anda.

Source - www.illustrasiaku.com/

Ibu Dan Ayah: Kami Sayang Kepada Kalian

♠ Dihantar oleh Abdul Hafiz dalam
Jom Layan Video Ini Dan Hayati Apa Yang Dikatakan

Sayangi Mak
Sayangi Ayah
Bagi Yang Sudah Tiada Ayah
Bagi Yang Sudah Tiada Ibu
Carilah 1 Amalan Yang Membolehkan Ibu Dan Ayah Kita
Dapat Pahala Dalam Kubur
Tolonglah!
Carikan Amalan Yang Pos Pahala Dalam Kubur Mak Dan Ayah Kita
Dan Tolong Jangan Buat Maksiat
Kesian Arwah Mak Kita
Kesian Arwah Bapak Kita
Kalau Kita Kekalkan Maksiat
Kalau Kita Kekalkan Pergaduhan Sesama Keluarga
Pertikaian Sesama Keluarga
Terseksa Tuan-Tuan,
Mereka Dalam Kubur
Maka Mari Kita Ambil Iktibar
Kalau Kita Dah Mati Ayah, Mati Ibu
Cari Jalan, Macam Mana Nak Dapat Pahala Untuk Mereka
Nak Pos Pahala Untuk Mereka
Dan Yang Ke-2
Tolonglah Eratkan Silaturahim
Jangan Berpecah Belah
Kesian Mak Bapak Kita
Yang Berada Dalam Kubur
Saya Pesan Pada Tuan-Tuan,
Yang Masih Ada Mak
Layanlah Mak Elok-Elok
Dia Sakit, Bela Dia Elok-Elok
Dia Duduk Dengan Kita, Bela Elok-Elok
Jangan Sia-Siakan Mak Kita
Jangan Lalai, Alpakan Mak Kita
Bila Mak Kita Mati
Bila Mak Kita Jadi Macam Ini
Tak Ada Siapa Lagi
Tak Ada Guna Apa Lagi Tuan-Tuan,
Jadi Tuan-Tuan,
Yang Mana Masih Lagi Ada Ibu
Yang Mana Masih Lagi Ada Ayah
TOlonglah Layan Elok-Elok
Tolong Hormat Elok-Elok
TOlong Bela Elok-Elok
Jangan Maki, Jangan Marah
Jangan Hembur Perkataan #^$#%@ Pada Mereka
Mak Panggil Datang
Mak Lambat Pun Sabar
Mak Marah Pun Sabar
Mak Seolah-Olah Kasih Kepada Anak Yang Lain Tak Kasih Kepada Kita Pun Sabar
Itu Mak Kita
Jangan Terasa Langsung Hati Mak
Jangan Kata:
"Mak Tak Adil!"
"Mak Kasih Orang Lain!"
"Mak Sayang Kakak!"
"Mak Sayang Adik!"
"Mak Tak sayang Saya!"
Jangan Anggap Macam Itu
Anggap Mak KIta Sentiasa Perfect
Mak Kita Sentiasa Betul
Bapak Kita Sentiasa Betul
Sentiasa Betul

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Redha Allah bergantung pada redha ibu bapa, dan
 Murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa." - Hadith Riwayat al-Hakim











Source - www.facebook.com

Maksiat Dan Cara-Cara Meninggalkannya

♠ Dihantar oleh Abdul Hafiz dalam ,


"Sampaikan dariku walau pun satu ayat" - (Bukhari dan Tarmizi) 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Segala pujian bagi Allah S.W.T., selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W., keluarganya, para sahabat serta tabiin sekalian. Meninggalkan maksiat adalah lebih berat daripada mengerjakan taat (yang diperintah oleh Allah dan Rasul Nya), kerana mengerjakan taat senang dibuat oleh setiap orang tetapi meninggalkan syahwat(maksiat) hanya dapat dilaksanakan oleh para siddiqin (orang-orang yang benar). 

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Orang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah orang yang berhijrah dari kejahatan. Dan mujahid yang sebenarnya ialah orang yang memerangi hawa nafsunya." 

Apabila seseorang melakukan sesuatu maksiat, maka sebenarnya dia melakukan maksiat itu dengan menggunakan anggota badannya, bermakna ianya telah menyalahgunakan nikmat anggota yang dianugerahkan dan mengkhianati terhadap amanah yang telah diberikan kepada nya. 

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Maka kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan ditanyai akan kepimpinannya". Riwayat Bukhairi dan Muslim dari Ibnu Umar R.A. Semua anggota akan menjadi saksi diatas segala perbuatan di Padang Mahsyar. 

Firman Allah S.W.T : "Dihari itu (Kiamat) akan bersaksilah keatas kamu oleh segala lidah mu, tangan mu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu perbuat (di Dunia dahulu)." - Surah An Nur : Ayat 24. 

"Pada hari ini (Kiamat) Kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakap kepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi dihadapan Kami, kaki-kaki mereka terhadap apa-apa yang mereka telah lakukan (di Dunia dahulu)." Surah Yassin : ayat 65. 

1) Menjaga Mata: Peliharalah mata daripada perkara-perkara seperti melihat perempuan yang bukan mahram, melihat gambar-gambar lucah, melihat orang lain dengan pandangan penghinaan dan melihat keaiban orang lain. 

2) Menjaga Telinga: Menjaga telinga daripada mendengar perkara bida'ah, perkataan-perkataan yang jahat, perkataan yang sia-sia atau menyebut keaiban / kejahatan orang lain. 

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorang yang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (didalam dosa)dengan orang yang berkata itu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang yang mengumpat." 

3) Menjaga lidah: Lidah adalah anggota yang paling berkesan keatas diri sendiri dan juga terhadap orang lain. Berapa ramai nanti manusia yang akan dihumban kedalam api neraka dengan sebab jenayah lidah mereka. 

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya seseorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataannya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan kedalam api neraka selama tujuh puluh tahun." - Riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A. 

Jagalah lidah mu dari perkara-perkara seperti bercakap bohong, mungkir janji, mengumpat, bertengkar / berdebat / membantah perkataan orang lain, memuji diri sendiri, melaknat makhluk Allah, mendoakan celaka bagi orang lain dan bergurau / memperolok atau mengejek orang lain. 

4) Menjaga perut: Memelihara perut daripada memakan makanan yang haram atau yang syubahat ATAU berlebihan dalam memakan yang halal. 

5) Menjaga Kemaluan: Menjaga kemaluan daripada apa-apa yang diharamkan oleh Allah S.W.T. 

Firman Allah S.W.T. :"Dan mereka yang selalu menjaga kemaluan mereka, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau apa-apa yang mereka miliki (daripada hamba jariah) maka mereka tidak tercela." Surah Al Mukminun : Ayat 5-6. 

6) Menjaga Dua Tangan: Menjaga kedua tangan daripada memukul seseorang muslim dan daripada mencapai sesuatu yang diharamkan atau menyakiti sebarang makhluk Allah atau menulis sesuatu yang diharamkan atau menyakiti perasaan orang lain. 

7) Menjaga Dua Kaki: Memelihara kedua kaki dari berjalan ketempat yang diharamkan atau berjalan menuju kepada pemerintah yang zalim tanpa ada darurat atau paksaan kerana dianggap menghormati diatas kezaliman mereka, sedangkan Allah menyuruh kita berpaling daripada orang yang zalim. 

Firman Allah S.W.T. : "Dan jangan kamu cenderung hati kepada orang yang zalim, nanti kamu akan disentuh oleh api neraka." - Surah Hud : ayat 113. 

Kesimpulannya : Apabila kamu menggunakan anggota tubuh kamu bagi tujuan yang lain daripada yang dimaksudkan oleh Allah S.W.T. bermakna kamu tidak bersyukur(kufur) terhadap nikmat yang diberikan Nya kepada kamu. 

Sabda Rasulullah S.A.W. : "Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan ia suka beramal untuk bekalan sesudah mati, sedangkan orang yang Ahmaq (bodoh)ialah orang yang selalu mengikut hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah S.W.T. (berangan untuk mendapatkan kebaikan diakhirat dan pengampunan tetapi ia tidak mahu beramal atau bertaubat).” - Riwayat At Tirmizi. 

Petikan dari Bidayatul Hidayah (Imam Al Ghazali) - Jazakumullahu khairan 

Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah dan sebarang salah dan khilaf, disengaja atau tidak adalah daripada saya sendiri... Mudah-mudahan ianya dapat dijadikan panduan dalam mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. WabiLlahi Taufik Wal Hidayah, Wassalamualaikum WarahmatuLlahi Wabarakatuh.. - - 

"Aku tinggalkan dikalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada kedua nya, iaitu kitab Allah dan Sunnah Rasulullah S.A.W." - (Imam Malik) 

Source - muadzinstudio89.blogspot.com

Kisah Biawak (Dhab) Yang Beriman

♠ Dihantar oleh Abdul Hafiz dalam ,


Diriwayatkan oleh Ibn Kathir dalam al-Bidayah wan-Nihayah bahawa dalam sebuah kisah yang disampaikan oleh Sayyidina Umar al-Khattab r.a. : 

Rasulullah s.a.w. sedang berjalan bersama dengan sekumpulan para sahabat, tiba-tiba datang seorang Arab Badwi dari Bani Sulaim ke hadapan Rasulullah s.a.w. Beliau membawa bersamanya seekor biawak padang pasir (dhab) yang ditangkapnya, dan bercadang untuk membakar haiwan itu untuk dimakan. 

Melihat ramai yang berjalan itu, beliau tertarik untuk mendekati dan bertanya siapakah gerangan yang sedang mereka iringi. Apabila diberitahu bahawa mereka sedang mengiringi Nabi, maka dia terus mendekati Nabi lantas berkata, “Demi tuhan Lata dan Uzza, tiadalah sesuatu yang terdapat di alam ini yang lebih kubenci daripadamu wahai Muhammad! Kalaulah tidak kerana kaumku memanggilku dengan panggilan yang tergesa-gesa, tentulah aku sudah memenggal kepalamu lalu aku dapat mengembirakan hatiku dan hati semua manusia yang berkulit hitam, putih dan merah serta selainnya!” 

Sayyidina Umar al-Khattab menjadi marah, lalu bangkit dan berkata,”Wahai Nabi! Biarlah saya mengakhiri hidupnya!” 

Nabi s.a.w. tenang menjawab permintaan Umar r.a., “Wahai Umar! Tidakkah engkau tahu bahawa orang yang lemah lembut itu hampir diangkat menjadi Nabi?” 

Nabi kemudian berkata kepada Arab Badwi itu,”Apa yang menyebabkan engkau berkata demikian? Sepatutnya engkau menghormatiku dalam perhimpunan bersama sahabatku!” 

Arab Badwi tersebut tidak mengalah bahkan sebaliknya berkata, “Demi tuhan Latta dan Uzza! Aku takkan beriman kepadamu hai Muhammad hinggalah biawak ini beriman kepadamu,” katanya sambil mengeluarkannya ke hadapan Nabi s.a.w. 

Nabi s.a.w. memanggil biawak itu. Kedengaran biawak itu menjawab dengan bahasa Arab yang fasih dan difahami oleh semua yang hadir, “Ya wahai Nabi s.a.w.!” 

Nabi bertanya,”Kepada siapakah engkau beriman?” 

Jawab biawak itu,”Saya beriman kepada Tuhan yang di langit itu ‘Arasy-Nya, di bumi itulah kekuasaan-Nya, dan di lautan itulah jalan-Nya, di Syurga itu rahmat-Nya, dan di Neraka itu azab-Nya!” 

Tanya Nabi lagi,”Aku ini siapa wahai biawak?” 

Jawab si biawak, “Tuan adalah utusan Allah, yang memiliki sekalian alam! Amatlah beruntung orang yang mendokong perjuangan tuan, dan binasalah orang yang mendustakan tuan!” 

Mendengar kata-kata biawak itu, Arab Badwi itu lantas berkata, “Wahai Muhammad! Sebelum ini engkau merupakan orang yang paling aku benci, tetapi hari ini engkau adalah orang yang paling aku kasihi berbanding dengan bapaku, diriku sendiri, engkau amat kukasihi zahirku dan batinku.” 

Kemudian beliau mengucapkan kalimah syahadah di hadapan semua yang hadir : 
“Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi adalah pesuruh-Nya.” 

Lalu Rasulullah s.a.w. berkata, “Syukur kepada Allah yang telah menganugerahkan hidayah-Nya kepadamu, sesungguhnya Islam ini adalah yang paling tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya, dan ia tidak diterima tanpa solat, dan solat pula tidak diterima melainkan dengan al-Qur’an.” 

Jawabnya, “Kalau begitu ajarlah saya al-Qur’an itu, wahai Nabi.” Nabi pun mengajarkannya membaca surah al-Ikhlas. 

Beliau berkata, “ Saya tak pernah mendengar kata-kata yang lebih hebat daripada ini!” 

Nabi menambah, “Ini adalah perkataan Allah, bukannya sajak, jika engkau membaca surah al-Ikhlas ini sekali, ganjarannya di sisi Allah seumpama engkau membaca sepertiga dari al-Qur’an. Jika engkau membaca dua kali seumpama dua pertiga dari al-Qur’an dan jika engkau membaca tiga kali seumpama engkau telah membaca keseluruhan al-Qur’an." 

Jawab Arab itu, “Tuhan itu adalah Tuhan kami, Dia menerima dari kita sedikit tapi membalasnya dengan banyak!” 

Nabi bertanya kepadanya,”Adakah kamu memiliki harta?” Jawab beliau, “Tiada seorang pun dalam Bani Sulaim yang lebih miskin dari saya.” 

Nabi bersabda kepada para sahabat, “Berikan kepadanya apa-apa yang kamu ada!” 

Para sahabat memberikannya bantuan hinggakan dia mendapat harta yang amat banyak terkumpul. Kemudian Abdul Rahman bin Auf r.a berkata kepada Nabi, “Wahai Rasulullah!Saya memiliki seekor unta yang hamil 10 bulan, yang sederhana besarnya, saya perolehi dalam Perang Tabuk, sekarang saya hendak mendekatkan diri kepada Allah. Saya ingin menghadiahkannya kepada saudara baru kita ini!” 

Nabi s.a.w bersabda, “Engkau menceritakan tentang untamu yang engkau telah hadiahkan padanya, sekarang aku akan menceritakan bahagianmu yang diberikan Allah sebagai balasan di akhirat. Allah s.w.t. akan menganugerahimu di akhirat unta yang diperbuat dari permata hijau, tengkuknya dari permata kuning memiliki pelana yang hebat dan ia akan melintasi titian sirat dengan pantas seperti kilat, semua orang akan merasa iri kepadamu pada Hari Qiyamat." 

Kata Abdul Rahman, “ Saya redha dengannya wahai Nabi.” 

Arab itu pun keluar dari kawasan itu. Sekonyong-konyong datang kaumnya dari Bani Sulaim seramai seribu orang menaiki seribu unta dan membawa bersama mereka seribu pedang dan lembing. 

Dia bertanya, “Ke manakah haluan kamu? " Mereka menjawab, “Kami ingin memerangi orang yang menghina tuhan kita! Kata Arab Badwi itu kepada kaumnya, “Jangan! Aku sendiri telah beriman dengannya!” Lalu semua kaumnya beriman pada Rasulullah.

Source - myheppi.com

Sariah wanita tertua di dunia?

♠ Dihantar oleh Abdul Hafiz dalam


PORT DICKSON - Jika benarlah tarikh yang dicatat dalam MyKad, Sariah Marjo, yang dilahirkan pada tanggal 28 April 1899 mungkin boleh dikatakan wanita tertua di dunia ketika ini, hanya setahun lebih muda daripada Misao Okawa, 114, yang diiktiraf wanita paling tua di dunia dalam Rekod Dunia Guinness, kelmarin.

Sariah yang berasal dari Kampung Bukit Tembok di sini akan menyambut hari lahirnya ke-114 pada 28 April depan. Walaupun umur Sariah sudah mencecah ratusan tahun, dia tidak mengidap penyakit kronik, malah masih mampu menguruskan dirinya sendiri.

Isi masa dengan berzikir

Sariah ketika ditemui di rumah anaknya menolak anggapan bahawa dia mengamalkan amalan tertentu sehingga usianya panjang serta kesihatan masih dalam keadaan baik. Mata dan telinganya juga masih peka, jalannya tidak perlu bertatih, malah makannya tidak perlu bersuap.

Pada masa lapang, Sariah tidak gemar menonton televisyen dan hanya mengisi masa luangnya dengan duduk di belakang rumah sambil berzikir.

Kuat bekerja masa muda

Sariah adalah anak sulung daripada empat beradik dan kesemua adiknya sudah meninggal dunia. Tiga daripada lapan anaknya juga meninggal dunia, termasuk empat daripada lima menantunya.

Sariah yang mempunyai 33 cucu, 60 cicit dan dua piut berkata, dia gembira kerana mempunyai keturunan yang ramai dan diberikan peluang oleh ALLAH SWT untuk melihat generasinya walaupun tidak mampu mengenal dan mengingati kesemua warisnya.

Suami Sariah, Kasmawi Md Yunus meninggal dunia sekitar tahun 1970-an ketika berusia 70 tahun.

Ketika mudanya, Sariah seorang yang sangat kuat bekerja, dia menoreh pokok getah pada awal pagi dan kemudiannya turun ke bendang. Dia melakukan kerja itu untuk membantu suaminya yang bekerja sebagai petani.

Sinar Harian difahamkan, Sariah mula meninggalkan kampungnya iaitu Kampung Bukit Tembok di Pasir Panjang kerana mengikuti anaknya ke Kuala Lumpur yang ketika itu usianya mencecah 60 tahun.

Tidak boleh makan ayam

Anaknya Chumi, 59, berkata, walaupun umur emaknya mencecah 114 tahun, namun dia masih sihat.

“Di sana (Kuala Lumpur) emak menjaga cucu. Malah sehingga kini, semua keperluannya emak akan lakukan sendiri. Sekarang ini emak tinggal bersama saya di sini sejak setahun lalu.

Malah menjadi tradisi keluarga kami, setiap tahun terutamanya hari raya akan berkumpul di rumah adik paling bongsu di Kampung Bukit Tembok,” katanya yang merupakan anak ketujuh.

Chumi berkata, setiap hari dia akan memberi emaknya makan oat, namun emaknya tidak boleh makan ayam.

"Jika emak makan ayam, kakinya akan gatal-gatal. Dari dulu emak memang tiada pantang dalam aspek pemakanan, namun gaya hidupnya yang bekerja sebagai petani menjadikan dia setiap hari menggunakan tenaga dalam erti kata lain bersenam. Oleh itu, saya rasa ini yang menjadi antara faktor emak masih sihat dan panjang usianya,” katanya.

Permohonan BR1M ditolak kerana keliru

Menurutnya, nombor kad pengenalan emaknya adalah 990428****** dan ia banyak kali menimbulkan salah faham ramai pihak.

"Contohnya semasa proses mengambil Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ada yang tidak percaya, malah permohonan pertama emak pernah ditolak kerana didakwa tidak layak.

“Mungkin mereka ingat usia pemohon adalah 14 tahun. Malah bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat juga baru
SINAR HARIAN

INFO PENTING : BUKU PANDUAN SOLAT MIRIP ISLAM OLEH KRISTIAN ORTODOK SYRIA

♠ Dihantar oleh Abdul Hafiz dalam ,,
INFO PENTING : BUKU PANDUAN SOLAT MIRIP ISLAM OLEH KRISTIAN ORTODOK SYRIA | Di dalam Al-Qur’an. kita sering menemui ayat “Aqimus Sholah” (tegakkan solat), sebagai sebahagian dari perintah Allah SWT kepada kaum Muslim untuk beribadah.

Tetapi jangan keliru, kerana kebelakangan ini, terdapat di kalangan pihak Kristian Otodox Syiria (KOS) yang menggunakan ayat yang serupa dan mirip seperti yang terdapat dalam bahasa Al-Qur’an ini.

Baru-baru ini, sebilangan pihak Kristian Ortodox Syiria telah menerbitkan sebuah buku panduan solat berjudul “Shalat Rabbaniyah” yang ditulis oleh Ignatius Bambang Soetawan.

Isi buku yang setebal 120 halaman ini turut mempunyai tafsir ringkas (refleksi) tentang “Doa Bapa Kami” yang dikutip dari kitab Injil Matius 6: 9-13. Bambang merupakan seorang alumni di Sekolah Tinggi Falsafah Teologi Prajnawidya di Yogyakarta pada tahun 1971.

Selain buku mirip ayat khas Islam tersebut, Yayasan Misi Orthodoxia yang diketuai oleh Pendeta Yusuf Roni juga menerbitkan buku panduan solat Kristian yang berjudul “Kitabus Sab’us-Shalawat” (solat 7 waktu).

Jika ada pihak yang tidak paham, hal seumpama ini pasti akan menjadi kecoh dalam kalangan umat Islam. Apatah lagi, mereka menggunakan bahasa yang mirip ayat suci Al-Qur’an. Kristian Orthodox Syiria juga menggunakan pakaian yang mirip dengan masyarakat Islam seperti jilbab. kopiah dan lain-lain

Semoga ini boleh menjadi informasi untuk semua kaum Muslim.




Source

Satu Satunya Banduan Islam Di Penjara Khas Untuk Banduan Lelaki

♠ Dihantar oleh Abdul Hafiz dalam ,,

Dr. Aafia dalam tahanan menunjukkan penderitaan yang dialami

Tahukah anda banduan 650 adalah satu-satunya banduan wanita yang ditahan dipenjara Bagram di Afghanistan di mana penjara ini adalah khusus untuk banduan lelaki?

Inilah hakikatnya yang dialami oleh banduan 650 yang bernama Dr. Aafia Siddiqui. Beliau diculik pihak FBI Amerika pada 30 Mac 2003 di Pakistan atas tuduhan mempunyai hubungan erat dengan Al-Qaeda di mana sehingga sekarang tiada bukti dapat ditunjukkan oleh pihak FBI tentang hubungan yang dikatakan itu.



Siapa Dr. Aafia Siddiqui? Tiada siapa kenal baik masyarkat Malaysia dan Islam diseluruh dunia dan tiada media di mana-mana kerajaan negara Islam yang ingin mengambil tahu tentang Dr.Aafia ini kerana apa?

kerana diri kita ditimpa penyakit wahan dan assobiyah dan otak kita sudah diprogram untuk tidak menganggap umat Islam yang lain sebagai saudara. Buktinya, kita hanya simpati tapi tiada empati. Orang barat pula menganggap nyawa umat Islam tiada nilai.

Jika seorang wanita barat diculik oleh orang Islam setiap hari media di seluruh dunia termasuk negara Islam akan mencanang cerita penculikan itu kerana apa? kerana otak kita diprogram akan kasta orang barat sangat tinggi. Aku mengambil inisiatif sebagai satu tanggungjawab seorang Islam untuk disampaikan kepada masyarakat akan cerita wanita yang difitnah oleh pihak Amerika dan sekutu kuatnya Pakistan yang bangsat lagi bacul.

Dr. Aafia Siddiqui dilahirkan di Pakistan dan menjadi rakyat Amerika merupakan satu-satunya saintis neurologi di dunia yang mempunyai PHD dari Universiti Harvard. Juga mempunyai 144 sijil dan ijazah kehormat dari institusi serata dunia termasuk dari MIT. Beliau juga seorang hafazan al-Quran dan seorang mujahidah. Tiada seorang wanita barat yang setara dan setanding dengan pendidikan beliau.

Beliau diculik bersama 3 orang anak kecilnya selama 5 tahun tanpa khabar berita sehinggalah 4 orang tahanan Bagram yang berjaya melarikan diri mendedahkannya tentang banduan 650 yang tidak ketahui namanya. Mereka hanya mengetahui dia adalah seorang wanita Pakistan dan seorang ibu yang dipisahkan dari anak-anaknya dan setiap hari mereka akan mendengar wanita tersebut menjerit akibat diseksa.

Seterusnya Yvonne Ridley seorang wartawan Britain mendedahkannya secara besar-besaran di sidang wartawan tentang siapa sebenar banduan 650. Sejak dari itu seluruh dunia ingin tahu apa yang telah terjadi kepada Dr. Aafia dalam tempoh 5 tahun tersebut dari 2003-2008 dan apa kesalahan beliau dan kenapa tidak dibicarakan.

Penipuan Amerika tentang tiadanya banduan wanita di penjara Bagram akhirnya terbongkar bersama skrip-skrip ****h untuk meyelamatkan maruah FBI Amerika.

Semasa di dalam tahanan di Bagram beliau diseksa dan dirogol setiap hari dan dinafikan haknya sebagai seorang wanita. Dipaksa menggunakan tandas lelaki dan bilik mandi yang terdedah dan boleh dilihat oleh pengawal-pengawal penjara. Situasi beliau sepanjang penahanan tersebut amat meyedihkan sehingga beliau hilang ingatan. Nasib anak-anaknya selama 5 tahun tersebut juga tidak diketahui oleh sesiapa sehingga sekarang.

Sehingga kini tiada dakwaan tentang kegiatan beliau bersama Al-Qaeda oleh pihak Amerika hanya melainkan dakwaan cubaan membunuh seorang askar Amerika dan FBI semasa di dalam tahanan di Afghanistan.

Amat pelik apabila perbicaraan ini dilakukan di Amerika sedangkan kesalahan tersebut dilakukan di Afghnistan. Juga tiada bukti yang beliau melakukan cubaan bunuh melainkan beliau ditembak di perutnya sesama di dalam tahanan oleh askar Amerika kononnya untuk keselamatan diri.

Bukan sahaja Dr.Aafia tetapi ramai lagi wanita Islam yang diculik oleh FBI dan sekutunya tanpa diketahui dan dibicara dan akhirnya kita hanya didedahkan wanita-wanita ini didera secara seksual seperti di penjara Abu Gharib, Iraq.

Biarlah Dr. Aafia menjadi pemangkin pembebasan untuk wanita-wanita Islam yang ditindas di penjara-penjara Amerika seluruh dunia.

Tiada apa yang dapat aku sumbangkan melainkan doa, menyebarkan kisahnya di blog dan sain petisyen untuk pembebasan beliau. Jika ada yang terbaca silalah klik di link Laman Menarik sebelah kanan sebagai sokongan kepada wanita genius yang tidak bersalah ini.

Juga jangan lupa boikot produk Amerika!! inilah cara jihad yang mampu kita buat di bumi Malaysia. Allah tidak memandang kesannya tetapi memandang usaha kita. Jika di akhirat nanti Allah bertanya apa yang aku telah lakukan untuk saudara-saudara Islam yang tertindas insya Allah aku mampu menjawabnya

Source

Keteguhan iman kepada Allah S.W.T.

♠ Dihantar oleh Abdul Hafiz dalam
Aset utama yang meletakkan maruah seorang muslim lebih tinggi daripada umat lain adalah keimanan yang tidak berbelah bahagi kepada Allah S.W.T. Kita hari ini semakin hari semakin jauh daripada mengingati-Nya. Bagi yang memiliki kekayaan semakin kaya-raya, ego, menngunung tinggi dan mula merasakan mereka memiliki kuasa untuk mengawal segala-galanya.

        Namun bagi profesional muslim, kekayaan, kekuasaan dan kemasyhuran bukanlah milik kita. Ia hanya pinjaman daripada Allah S.W.T. Justeru, walau apapun ujian yang datang sama ada ujian kaya atau miskin, semua itu tidak menggugat keyakinan selagi diri memiliki keimanan yang utuh kepada Allah S.W.T.
         Muslim profesional tidak mudah mengaku kalah dengan kegagalan. Bagi golongan ini, setiap kekalahan terselit makna dan hikmah-Nya yang tersendiri. Walaupun kegagalan sedikit sebanyak mengoyak hati kita, usah mudah rebah. Bangkitlah semula kerana kita perlu menyedari semuanya datang daripada Allah S.W.T. dan kepada-Nya jua kita akan kembali.
          Apalah maknanya sebuah kejayaan jika membuatkan kita alpa terhadap Allah S.W.T. Kegagalan mungkin lebih bermakna jika mengingati-Nya dan hidup kita pula diisi zikrullah. Keimanan kepada Yang Maha Esa adlah jawapan kepada semua persoalan. Jika kita merasakan diri tiada keistimewaan, ingatkan diri kepada Dia tidak menciptakan kita dengan penciptaan yang sia-sia. Sesekali berasa tersisih dan tersingkir, ingatlah bahawa Dia Yang Maha Penyayang sentiasa menerima diri kita selagi kita beriman kepada-Nya.
          Ada ketika kita berasa masa depan gelap tiada kepastian, ingatlah bahawa Dia menjanjikan kejayaan, kegembiraan dan syurga kepada hamba-Nya yang beriman. Tiada sebab untuk kita bersedih, menyesal dan mengeluh dengan nasib yang munkin tidak menyebelahi diri sekiranya kita memiliki keimanan yang teguh kepada Ya Rabb.
          Percayalah, iman dan cinta kita kepada Allah S.W.T. akan mengatasi segala-galanya. Selama mana kita percaya, Dia akan terus memelihara dan melindungi. Jika kita kehilangan, Dia akan menggantikan. Andai ada kekurangan, Dia akan memberikan kelebihan. Di kala kesakitan, Dia yang akan menyembuhkan. Sekiranya berada  dalam kepayahan, Dia yang akan memberi kemudahan. Percayalah, jika kita anggap diri begitu hina, Dia sebenarnya telah lama mengangkat keimanan kita kepada-Nya. Allah S.W.T. berfirman dalam dua ayat tersebut yang bermaksud:

     "Allah pelindung orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka daripada kegelapan (kekafiran)
       kepada cahaya (iman)."- Surah al-Baqarah: 257

     "Sesungguhnya, Allah adalah pemberi petunjuk bagi orang tang beriman kepada jalan yang
       lurus." - Surah al-Hajj :54

Kita tidak pernah rugi, gagal, kalah, hina ata dibenci selagi beriman dengan teguh. Di samping itu, kita juga wajib menunaikan tanggungjawab kepada Allah S.W.T. dan menjauhi larangan-Nya. Dia sentiasa ada di sisi kita tanpa perlu mencari di mana-mana. Jika kita dekat dengan-NYa, Dia juga akan dekat dengan kita. Rahmat Yang Maha Pemurah dan sentiasa mengiringi hidup kita sekiranya kita adalah hamba yang taat beribadat.

Subhanallah, Inilah Rahsia Penciptaan Kucing

♠ Dihantar oleh Abdul Hafiz dalam
 
Mata kucing merupakan salah satu bukti kesempurnaan Allah dalam penciptaan. Allah telah menciptakan mata kucing dengan tatacara dan letak yang sesuai dengan makhluknya. Di salah satu ayat, Allah berfirman tentang kesempurnaan ciptaannya.Dia-lah Allah yang menciptakan, yang mengadakan, yang membentuk rupa, Dia memiliki nama – nama yang indah, apa yang ada di langit dan di bumi bertasbih kepada – Nya. Dan Dialah yang Maha Kuasa, lagi Maha bijaksana. (QS. Al – Hasyr 24)

Penglihatan malam kucing sangat kuat

Kucing boleh dengan mudah membezakan warna hijau, biru dan merah. Walaupun begitu, kelebihan sebenarnya dari mata kucing adalah agar dapat melihat di malam hari. Kelopak mata kucing terbuka di malam hari, ketika terkena sedikit cahaya, lapisan mata yang disebut iris membuat pupil mata membesar (hamper 90% mata) sehingga mereka lebih mudah melihat cahaya. Di saat mendapat cahaya yang lebih terang, system bekerja berlawanan untuk melindungi retina, pupil mengecil dan berubah menjadi garis tipis.Ada sebuah lapisan yang tidak terdapat pada mata manusia. Lapisan ini berada di belakang retina, berfungsi sebagai penerima cahaya. Ketika cahaya jatuh di lapisan ini langsung di pantulkan kembali, cahaya lewat dua kali melalui retina. Oleh kerana itu, kucing dapat melihat dengan mudah di saat cahaya hanya sedikit. Bahkan di saat gelap, di saat mata manusia tidak dapat melihat. Lapisan ini juga lah yang menyebabkan kenapa mata kucing bersinar di malam hari.

Lapisan ini disebut Kristal tapetum lucidum yang dapat memantulkan cahaya. Berkat kistal ini, cahaya yang jatuh di belakang mata di pantulkan kembali ke retina. Beberapa cahaya yang di pantulkan kembali ke lensa, sehingga mata bersinar. Berkat struktur ini, jumlah cahaya yang diterima mata meningkat sehingga boleh melihat dalam kegelapan. Oleh kerana itu, kucing bias melihat lebih baik dalam gelap. Ini bukanlah bentuk dari bio-luminescence, sebab binatang tidak menghasilkan cahanya, melainkan hasil dari pemantulan.Alasan lain kenapa kucing boleh melihat dalam gelap juga kerana adanya sel-sel batang yang lebih banyak di bandingkang sel-sel kon di retina mereka.
Sebagaimana kita ketahui, sel – sel batang hanya sensitive pada cahaya. Mereka membentuk bayangan hitam atau putih bergantung kepada cahaya yang datang dari objek, tetapi mereka sangat sensitive walau hanya dengan sedikit cahaya.Berkat sel-sel batang ini, kucing dapat memburu dengan mudah di malam hari. Seperti kita lihat, Allah menciptakan struktur mata yang sesuai dengan keadaan dan nutrisi yang mereka perlukan. Mata kucing mempunyai struktur dan ciri-ciri yang berbeza sesuai dengan keperluan mereka. Ini adalah salah satu contoh dari hasil ciptaan Allah. Hasil ciptaan Allah yang unik ini terbukti dalam salah satu ayat:Pencipta langit dan bumi, ketika Dia ingin mencipta sesuatu, maka Dia hanya berkata “jadilah”, maka jadilah ia. (QS. Al – Baqara 117)

Bola mata kucing lebih besar

Selain kemampuan melihat di malam hari, bola mata kucing juga lebih besar di bandingkan yang dimiliki manusia. Jika bidang penglihatan manusia hanya sampai 160 darjat, kucing boleh dengan mudah hingga 187 darjat. Dengan ciri-ciri ini, mereka boleh dengan mudah melihat ancaman yang ada. Ini adalah contoh karakteistik lain dari hasil ciptaan Allah dengan bentuk yang berbeza. Sebagaimana di katakan di dalam Al – Qur’an, kaakteristik ini adalah pelajaran bagi orang – orang yang beriman;Dan sungguh, pada haiwan ternak itu terdapat pelajaran bagi kamu … (Surah An – Nahl 66)

Struktur mata kucing berbeza dengan manusia

Pada mata kucing, terdapat membran ketiga yang disebut “nictitating membrane”. Membran ini telus, dan bergerak dari satu bahagian mata ke bahagian yang lain. Sebagai contoh, kucing dapat mengedipkan mata mereka tanpa perlu menutup semuanya. Membran ketiga ini membolehkan mata kucing dilindungi ketika memburu. Selain itu, benda – benda lain seperti debu tidak mengenai mata mereka, sehingga mata mereka tetap bersih dan lembab, sehingga kucing tidak perlu sering mengedipkan matanya seperti manusia. Jika kucing mengedipkan mata mereka sepanjang waktu seperti manusia agar matanya tetap bersih dan lembab, hal ini akan menimbulkan kesulitan bagi mereka di saat memburu. Tidak mengedipkan mata merupakan salah satu kesempurnaan ciptaan Allah untuk makhluk ini.

Apakah mata kucing sensitif pada gerakan

Kucing tidak dapat melihat dalam jarak dekat dengan baik sebagaimana halnya manusia dan tidak boleh focus pada objek yang dekat dengan mereka. Tetapi Allah telah menciptakan rambut sensoris dengan mekanisme deria yang kuat buat kucing. Berkat bau dan rambut sensoris, kucing boleh dengan mudah mengesan dalam jarak dekat. Walau makhluk indah ini sukar melihat dalam jarak dekat, mereka dapat dengan mudah merasakan dengan jarak dua hingga enam meter. Jarak ini cukup bagi kucing agar dapat memburu.Ciri-ciri lain pada mata kucing adalah mereka sensitive pada gerakan, keindahan dan yang sesuai dengan jarak penglihatan mereka.

Mata kucing dan otaknya memisahkan setiap gerakan bingkai demi bingkai. Otak kucing boleh merasakan lebih banyak gambar daripada kita. Sebagai contoh, mereka boleh dengan mudah melihat tanda – tanda elektronik pada paparan televise di bandingkan manusia. Ini adalah bakat khusus yang di berikan oleh Allah yang Maha Kuasa kepada semua kucing. Hal ini kerana kucing menangkap mangsa mereka mengikut objek yang bergerak.

Detail dan ragam yang mengagumkan di ciptakan Allah bagi kucing

Mata kucing di ciptakan dengan kaakteristik luar biasa seperti makhluk lain. Ketika struktur dan ciri-ciri mata di uji secara individu, maka akan di lihat fungsi-fungsi yang berbeza dan ini merupakan bukti dari kepelbagaian hasil ciptaan Allah. Variasi ini tidak dapat di katakan sebagai hasil dari mutasi ataupun pilihan semula. Allah telah memberikan mata yang sesuai dengan keperluan hidup dan nutrisi makhluknya.Mempunyai pengetahuan tentang system yang menakjubkan ini merupakan kesempatan bagi setiap orang untuk melihat kekuasaan dan pengetahuan Allah yang telah menciptakan makhluknya.

Kita harus berterima kasih kepada Allah yang telah menciptakan alam semesta ini. Adapun bagi orang – orang yang yang menolak ayat – Nya, Allah menggelarnya “pendusta”, seperti di dalam ayat;Siapakah yang lebih zalim daripada orang – orang yang telah di peringatkan dengan ayat – ayat Tuhannya, lalu dia berpaling darinya dan melupakan apa yang telah di lakukan oleh kedua-dua tangannya? (QS. Al – Kahfi 57)Kucing di ciptakan dalam bentuk yang ideal sesuai dengan persekitaran mereka, mereka perlu bernafas, makan, memburu dan mempertahankan diri agar tetap hidup. Oleh kerana itu, mereka harus mengenal dunia mereka, dan membezakan antara musuh dan mangsa mereka.
Dengan demikian, mereka memerlukan penglihatan khusus untuk melihat persekitaran mereka.Bagaimanapun, Allah yang Maha Kuasa, Tuhan dari semua dunia, telah memberikan ciri-ciri yang mengagumkan seperti mata yang mempunyai struktur khusus, bentuk dan ketajaman penglihatan untuk kucing. Penciptaan mata yang mempunyai kekhususan bagi kucing merupakan pelajaran bagi orang – orang yang beriman sebagaimana di sebutkan di dalam Al – Qur’an;Dan disana terdapat pelajaran bagi kamu … (Surah Al – mu’miniin 21)Ciri-ciri mata kucing berfungsi sesuai dengan undang-undang yang di tetapkan Allah.
Allah menciptakan mata ini dan setiap detilnya tanpa contoh sama sekali. Hal ini dapat dilihat di dalam ayat – ayat bahawa Allah adalah pencipta semuanya;Allah menciptakan semua jenis haiwan dari air, maka sebahagian ada yang berjalan di atas perutnya dan sebahagian lagi berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa yang Dia kehendaki. Sungguh, Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (QS. An – Nuur 45)

Source

"Spender" Lelaki Dalam Kotak, Perempuan Berselerak!

♠ Dihantar oleh Abdul Hafiz dalam

Kenapa ‘Spender’ Lelaki Dijual Dalam Kotak?
Kenapa seluar dalam lelaki biasanya dijual dalam kotak sedangkan panties perempuan pulak selalunya dijual longgok, berlipat atau bergantung?
Hurmm… kenape ye??
Korang nak tau??
Boleh tengok jawapannyer tat bawah….
‘First’ kita tengok macam mana orang perempuan memilih seluar dalam:




Sekarang kita tengok pulak macam mana orang lelaki memilih seluar dalam:



Itulah kenapa 'spender' lelaki dijual didalam kotak.
Source

Blog Di Review Oleh Blog MRMA

♠ Dihantar oleh Abdul Hafiz dalam
Assalamualaikum kawan-kawan semua. Hari ini aku nak cerita sedikit tentang blog aku ini. Bukan main seronok tengok blog sendiri dekat google.com ini. Bila tekan saja cloudboy93 dekat google, terasa pelik pula ada satu blog yang buat review tentang blog aku ini. Tangan ini terasa saja nak tekan link yang buat diri rasa tertarik ini. Bila tengok blog dia saja, dia mempunyai cerita tentang blog aku ini. 

Dia sebenarnya terlalu lama tidak menulis tentang blog orang lain. Ada dia cerita tentang mengapa aku memilih cloudboy93. Cloudboy93 tu bukan apa. Cloud itu sebenarnya adalah salah satu cerita anime Final Fantasy iaitu Cloud Strife. Sejak kecil memang suka tengok pasal Final Fantasy. Sebab tu pilih Cloud, Boy belakang tu juga adalah aku sendiri(lelaki) dan 93 tu adalah tahun lahir aku lalu terpaling lah buat cloudboy93 masa tahun 2009 dulu. 

Change My Way? Change My Way itu adalah hasil idea diri sendiri supaya boleh berubah menjadi lebih baik apabila tengok tagline tu. Maklumlah, orang haruslah berubah tidak kira dari mana pun. Mungkin blogspot boleh membawa kepada perubahan dalam diri kita ini. Hehe.


Alhamdulillah, blog aku juga dianggap pantas bagi dia. Mungkin widget tu semua tidak penting, namun sahaja letak semua tu. Mungkin Facebook Fan agak susah bagi kita semua, tapi Alhamdulillah, hanya 15 sahaja nak benda itu keluar.


Terima kasih lah kepada Blog MRMA kerana sudi membuat blog review about this blog. InsyaAllah, dengan berkat usaha dan dorongan kawan-kawan sebilik dengan saya ketika kami belajar ini iaitu Aniq Bukhary(blog dia) dan Rashidy(blog dia), aku akan belajar tentang apa yang penting dalam blogspot tentang macam-macam seperti agama dan informasi

Lawak: Facebook mengeluarkan aplikasi terbaru!

♠ Dihantar oleh Abdul Hafiz dalam ,
Assalamualaikum kawan-kawan semua. Terasa sunyi bila tiada apa-apa Aplikasi yang berlaku dekat Facebook seperti aplikasi Timeline dulu. Masa timeline dulu, terlalu ramai yang komen tentang benda ini. Tapi sekarang, kosong. Dah tak kisah sangat pasal timeline ni. Namun, apa yang berlaku hari tu, aku terasa pelik dengan facebook ni. Bila aku reload browser internet aku ni, aku lihat ada benda pelik yang berlaku. Benda yang pelik berlaku adalah seperti gambar dibawah. Dekat blogger (; tu, ada no 21+. Yang lain semua 20+ saja. Sebab tu lah terus update tentang aplikasi baru ni. Aplikasi 21+ yang datang entah dari mana.


Sabah Lahad Datu: Satu pengalaman

♠ Dihantar oleh Abdul Hafiz dalam ,


Sejak berita Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah diceroboh pengganas diketuai Jamalul Kiram III yang mendakwa daripada keturunan Sultan Sulu tercetus 12 Februari lalu, ia mencemaskan banyak pihak. Malaysia yang dikenali sebagai sebuah negara aman dan makmur, tiba-tiba menjadi tarikan dan perhatian seluruh dunia. Tiba-tiba saja berita mengenai pencerobohan daripada kumpulan yang didakwa mewarisi keturunan Sulu itu menjadi berita utama akhbar dan stesen televisyen terkemuka antarabangsa. Laman web, blog dan segala bentuk media sosial begitu aktif menyiarkan pelbagai maklumat yang sesetengahnya tidak bersumber dan tidak beretika.

Bagi penduduk Lahad Datu dan seluruh rakyat negara ini, mereka tidak memerlukan tumpuan dunia hanya disebabkan bumi negara ini diceroboh. Ia bukanlah publisiti yang diharapkan kerana ia boleh menimbulkan persepsi tidak baik ke atas negara. Peristiwa itu menyusahkan hidup penduduk Lahad Datu, malah menghantui pemikiran setiap rakyat yang cintakan keamanan. Paling ditakuti peristiwa itu mengancam nyawa sesiapa saja di Lahad Datu, malah di tempat lain juga. Mengambil contoh sikap militan pengganas di serata dunia, mereka sanggup melakukan apa saja demi mencapai cita-cita mereka. Dengan meletakkan mereka sebagai kategori pengganas, bermakna kumpulan ini juga tidak ada bezanya. Mereka berpotensi boleh bertindak secara militan kerana sememangnya dilatih secara militan. Melihat kepada senjata yang dirampas dan tindakan nekad mereka ke atas pasukan keselamatan yang mereka lakukan, adalah jelas kumpulan ini adalah pengganas yang berbahaya.

Ambil tindakan ketenteraan 

Pada peringkat awal juga, mereka yang tidak jelas dengan tindakan pasukan keselamatan menganggap pihak berkuasa terlalu berlembut dengan pengganas berkenaan. Hakikatnya, rundingan yang dijalankan meminta mereka meninggalkan Lahad Datu, adalah semata-mata percubaan untuk mengelakkan berlaku pertumpahan darah. Hanya setelah menyedari rundingan tidak meninggalkan positif, tidak menggempur terpaksa diambil. Sudah tentulah, setelah tempoh yang diberikan supaya mereka berundur beberapa kali disambung, namun mereka masih berkeras, tindakan ketenteraan adalah jalan penyelesaian terakhir.

Sejak hari pencerobohan itu, penduduk Lahad Datu tidak berani keluar rumah sewenang-wenangnya. Ibu bapa resah jika anak pulang lewat, begitu juga anak asyik menunggu di depan pintu kepulangan ayah mereka. Berikutan berita angin yang begitu cepat merebak selepas hari pertama peristiwa pencerobohan itu berlaku, orang ramai berpusu-pusu membeli barang keperluan sebagai persediaan bagi menghadapi sebarang kejadian lebih buruk berlaku. Penduduk bukan saja bimbang keluar rumah tetapi anak-anak mereka juga tidak dapat ke sekolah sewaktu kebimbangan memuncak. Pejabat terpaksa ditutup, manakala peniaga juga tidak berani berniaga tanpa jaminan keselamatan. Ibu bapa bimbang menghantar anak-anak ke sekolah walaupun jaminan dibuat keadaan adalah terkawal. Ketika itu berita angin yang cenderung kepada maklumat yang menakutkan, tersebar dengan meluas. Biasanya, dalam keadaan masyarakat mencari maklumat yang tepat, berita angin paling cepat tersebar.

Kebimbangan keluarga 

Hari ini beribu-ribu anggota polis berada di sekitar Lahad Datu. Ini bermakna beribu keluarga mereka di seluruh negara juga bimbang keselamatan mereka tidak kiralah sama sama ada anggota keselamatan itu suami, anak, bapa, abang atau adik yang berada di kawasan konflik itu. Jika anggota keselamatan tidak boleh tidur kerana berkawal, keluarga mereka juga sukar melelapkan mata kerana bimbang keselamatan mereka. Dengan melihat mayat anggota keselamatan yang terbunuh setelah rundingan buntu tempoh hari, kebimbangan keluarga mereka meningkat.
Kesan psikologi ini amat berat ditanggung. Kerajaan berharap isu pencerobohan itu diselesaikan segera kerana tidak mahu menyusahkan rakyat begitu lama. Sudah tentulah untuk membersihkan kawasan itu memerlukan anggota keselamatan sama ada daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ramai bilangannya. Jika ada pihak menggembar-gemburkan bilangan pasukan keselamatan lebih ramai daripada musuh, ia adalah semata-mata kerana kerajaan mahu menamatkan konflik itu dengan segera, walau apa juga kosnya. Untuk tujuan itu, kerajaan membentuk kawasan keselamatan khas membabitkan enam daerah di Sabah kawasan dari Kudat ke Tawau merangkumi Sandakan, Semporna, Lahad Datu dan Kunak dengan kawasan pantai sepanjang 1,400 kilometer di pantai timur Sabah. Lima batalion tambahan angkatan tentera dan polis akan ditempatkan di lokasi strategik. Semua ini dilakukan kerana bimbang peristiwa di Lahad Datu ini berlarutan yang akhirnya menimbulkan masalah kepada rakyat. Sesungguhnya, peristiwa pencerobohan di Lahad Datu adalah pengalaman amat berguna kepada kerajaan dan rakyat bagi mengatasi apa juga kelemahan. Ia juga membuktikan kepada dunia bahawa Malaysia tidak bertolak ansur dengan kegiatan pengganas.

Source

Solat Hajat, Dilindungi Musibah

♠ Dihantar oleh Abdul Hafiz dalam ,


Tatkala negara diancam musuh dan kestabilan negara diganggu-gugat, peranan pasukan keselamatan seperti polis dan perajurit amat penting. Pada bahu merekalah kita sandarkan harapan supaya kedamaian serta ketenteraman kembali seperti sedia kala.

Semasa negara digugat oleh pihak musuh yang tidak senang dengan suasana dalam negara, peranan rakyat awam juga harus digerakkan secara aktif. Meskipun tidak menggalas senjata ke medan tempur, kita masih mampu memberikan sumbangan mengikut kadar yang terdaya.
Antaranya ialah dengan mengadakan solat hajat. Memohon kepada Allah supaya keselamatan rakyat dan anggota keselamatan negara dilindungi daripada bala bencana yang tidak diingini, satu kaedah yang sangat dianjurkan oleh agama.

Petunjuk selesai masalah 

Ketika kita sedang berdepan sebarang keinginan atau masalah dalam kehidupan, Baginda SAW ada memberikan petunjuk untuk melaksanakan solat hajat.

Ibnu A’uf ada menceritakan, Rasulullah SAW pernah memberitahunya, “Barang siapa yang mempunyai keperluan kepada Allah atau kepada salah seorang manusia dari anak cucu Adam, maka berwuduklah dengan sebaik-baiknya wuduk. Kemudian solatlah dua rakaat (solat hajat), lalu memuji kepada Allah dengan mengucapkan selawat kepada Nabi Muhammad SAW. Setelah itu, mengucapkan, “Laa ilaaha illaahul haliimul kariimu.” (Riwayat at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Solat hajat adalah alternatif untuk memohon secara terus kepada Allah apa-apa yang dihajati sama ada yang berkaitan dengan urusan duniawi mahupun akhirat.
Seorang lagi sahabat Baginda SAW, Abu Darda melaporkan, dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang berwuduk dan menyempurnakannya, lalu solat dua rakaat secara sempurna, maka Allah akan memberinya apa yang dia minta, sama ada cepat atau lambat.” (Riwayat Imam Ahmad)

Kisah orang buta 

Kisah ini satu iktibar menunjukkan Baginda SAW sangat menggalakkan kita mengamalkan solat hajat semasa menghadapi sebarang isu dalam kehidupan. Kisah ini direkodkan oleh Imam at-Tirmidzi.

“Pada zaman dulu, ada seorang buta yang datang mengadu kepada Nabi Muhammad SAW lalu berkata: Sesungguhnya aku mendapat musibah pada mataku. Maka, berdoalah kepada Allah untuk kesembuhanku.

Kemudian Rasulullah SAW berpesan kepada orang itu: “Pergilah, lalu berwuduklah, kemudian lakukan solat dua rakaat. Setelah itu berdoalah: Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu, dan aku menghadap kepada-Mu atas (perintah) nabiku, Muhammad sebagai nabi rahmat. Wahai Muhammad, sesungguhnya aku meminta syafaat kepada Tuhanku dengan dirimu agar Dia mengembalikan penglihatanku.”

Dalam waktu yang singkat, lelaki itu dapat melihat seperti sedia kala, seperti tidak pernah mengalami kebutaan. Kemudian Baginda SAW berpesan kepada kita semua dengan penuh ikhlas di hatinya: “Jika kamu memiliki keperluan atau hajat, maka lakukanlah seperti itu.”

Sesungguhnya solat hajat adalah hadiah berharga yang Allah kurniakan semasa kita sangat memerlukan pertolongan-Nya seperti isu semasa yang mengocakkan sedikit kestabilan dan keamanan dalam negara.

Amalan solat hajat adalah suatu manifestasi rasa cinta kepada keamanan negara dan rasa kasih terhadap seluruh pasukan keselamatan negara kita.

Source