Meninggal dalam solat

♠ Dihantar oleh Abdul Hafiz dalam
Kuala Terengganu: “Saya mendengar arwah menarik nafas panjang ketika di rakaat kedua sebelum dia terjatuh,” kata Azhar Nong, 48, rakan peniaga kain, Saidi Salleh, 54, yang meninggal dunia ketika menunaikan solat Asar di surau Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), di sini, semalam.

Azhar dari Kampung Pulau Musang, di sini, berkata, sebelum kejadian, dia bersama arwah serta beberapa jemaah lain yang kebanyakannya peniaga di hentian bas berkenaan menunaikan solat Asar di surau pada jam 4.50 petang.

“Arwah duduk di tepi saf kedua dan sebaik memasuki rakaat kedua, saya yang berada di saf hadapan terdengar arwah menarik nafas panjang dan selepas itu saya tidak lagi mendengar bunyi nafas arwah,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, ketika mengambil wuduk, dia melihat arwah berada dalam keadaan tidak sihat dan hanya duduk di tempat wuduk.


“Bimbang dengan keadaannya, saya cuba membantu sebelum masuk ke ruang sembahyang. Selesai sembahyang, saya melihat arwah tersandar pada dinding surau dalam keadaan lemah dan pucat. Ketika itu denyutan nadinya masih ada, tetapi seluruh badannya sejuk dan arwah disahkan meninggal dunia 10 minit selepas itu,” katanya.

Source

Sunnah Rasulullah Dikatakan Biadap, Sunnah YAHUDI Jadi Ikutan !

♠ Dihantar oleh Abdul Hafiz dalam ,
#Dipetik dari Facebook


Assalamualaikum. Hari ini saya nak kongsikan kisah daripada ustaz saya. Kisahnya begini. Ketika ustaz berada di tingkatan 3 kalau tidak silap saya, dia bersekolah di sekolah maahad @ pondok. (saya tak berapa ingat). Pada ketika itu, kerajaan memberikan sumbangan buku yang banyak. Ustaz belek-beleklah buku yang ada di situ. Dalam leka membelek buku-buku yang ada di situ, ustaz terjumpa sebuah buku yang tajuknya lebih kurang ’20 amalan sunnah yang telah dilupakan’. Nampak menarik. Ustaz pun baca. Alangkah terkejutnya ustaz apabila buku itu mengatakan lambang A itu adalah sunnah Yahudi. Terus ustaz saya simpan soalan ini dalam otak untuk bertanyakan kepada mereka yang alim.

Ditakdirkan Allah, ustaz dapat menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada malam itu, selepas habis pengajian daripada syeikh (saya tak ingat namanya siapa) di situ, ustaz mengambil peluang untuk bertanyakan soalan itu kepada syeikh yang mengajar tadi. Dilihat syeikh bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi sedang duduk bersembang. Ustaz meminta kebenaran dan syeikh itu memberi kebenaran.

“Syeikh, apa hukum kalau kita buat begini? (sambil membuat lambang A)”

Syeikh menepis tangan ustaz saya. Syeikh Yusuf Al-Qaradawi terkejut.

“Biadap kamu.” kata syeikh itu sambil menuding tangan kepada ustaz saya.

“Kenapa syeikh? Kalau diikutkan kebiasaan orang Malaysia, kalau kami nak menunjukkan sesuatu, macam itulah yang kami guna.”

Syeikh menggeleng kepala. “Kalau kamu nak tau, itulah amalan Yahudi yang telah di ajarkan kepada kamu, warga Malaysia. Yahudi tidak akan boleh duduk senang selagi mana kamu tidak mengikut mereka. Jadi ini adalah tugas kamu untuk beritahukan hal ini kepada penduduk Malaysia.” ujar syeikh.

“Jadi, macam mana kami nak tukar daripada menggunakan lambang A itu?”

“Kamu gunakanlah begini, (sambil menunjukkan seperti lambang B). Itulah sunnah Rasulullah s.a.w.”

Ustaz mengangguk dan beredar.
---------------------------------------------------------------
Harapnya atas perkongsian saya yang tidak seberapa itu dapat memberikan pencerahan kepada anda semua. Sebabnya kita sekarang kalau nak tunjukkan sesuatu menggunakan lambang B, orang kata kita ni biadap. Dah terbalik, sunnah Rasulullah dikatakan biadap, sunnah Yahudi kita kata baik.

Moga dapat dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain. Perkara ini penting untuk saya sampaikan. Takutnya kita di Padang Mahsyar nanti kita terlepas daripada syafaat Rasulullah hanya disebabkan kita tidak sebarkan perkara yang besar ini kepada orang lain.

Samsung perkenalkan skrin telefon boleh lentur?

♠ Dihantar oleh Abdul Hafiz dalam

 Youm

Samsung memperkenalkan telefon pintar dilengkapi skrin boleh lentur dikenali Youm, sekali gus membayangkan kemungkinan masa depan pengguna boleh menggulung peranti pintar mereka seperti sekeping peta.
Peranti itu diperkenalkan di Pameran Barangan Elektronik Pengguna (CES) yang lalu. Ia menunjukkan telefon pintar yang merangkumi bekas pejal sebesar kotak mancis dengan satu daripada hujungnya disambung sekeping skrin warna senipis kertas.


Skrin itu kelihatan tidak begitu fleksibel untuk dilipat separuh seperti sekeping kertas, tetapi ia boleh digulung ke dalam sebuah tiub. Samsung juga membayangkan sebuah peranti sebesar telefon pintar yang boleh dibuka seperti sebuah buku tetapi didalamnya ada skrin saiz tablet.

Skrin peranti berkenaan menggunakan diod pemancar cahaya organik atau OLED. Hanya satu lapisan nipis bahan kimia ini yang diperlukan untuk menghasilkan cahaya yang sangat terang dan berwarna-warni.

OLED sudah digunakan dalam rangkaian telefon Samsung sedia ada, tetapi disalut dengan skrin kaca. Untuk digunakan dengan telefon pintar boleh lentur, Samsung menyapu bahan kimia berkenaan di atas lapisan plastik tipis, sebagai ganti kepada kaca sebelum ini.

Orang ramai mungkin perlukan teknologi ini pada masa depan kerana mereka boleh membawa skrin yang lebih besar dalam kocek.

INFO: Youm
− Skrin peranti berkenaan menggunakan diod pemancar cahaya organik atau OLED.
− Merangkumi bekas pejal sebesar kotak mancis dengan satu daripada hujungnya disambung sekeping skrin warna senipis kertas.

Source

Hamba Yang Disukai ILAHI

♠ Dihantar oleh Abdul Hafiz dalam ,
ALLAH S.W.T. lebih menyukai hamba-Nya yang kuat dari segi fizikal dan mental. Keyakinan diri antara elemen kekuatan mental yang perlu dimiliki oleh seseorang. Muslim sejati perlu miliki keyakinan yang ampuh untuk mendepani ancaman-ancaman musuh dan menegakkan Islam di muka bumi. Dengan keyakinan semata-mata kerana ALLAH S.W.T., kita dapat menangkis serangan daripada musuh Islam. Orang yang mempunyai keyakinan yang tinggi juga akan membela maruah serta menjaga kesucian Islam. Tanpa keyakinan diri, umat Islam akan dipijak dan dimanipulasi oleh umat lain.
     Firman-Nya yang bermaksud:

"Persiapkanlah diri untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan." - Surah al-Anfaal: 60

     Umat Islam terdahulu cukup tegar dalam mempertahankan kesucian Islam. Mereka sanggup berperang demi menegakkan agama walaupun musuh yang dihadapi jauh lebih kuat dan ramai. Mereka memiliki semangat juang yang tinggi serta tidak mudah menyerah kepada musuh. Hasilnya, Islam menang dalam pelbagai peperangan. Banyak kawasan baru dapat ditakluki. Dengan itu, agama ALLAH S.W.T.  disebarkan dengan cepat ke seluruh dunia. Oleh itu, contohilah semangat juang generasi-generasi terdahulu. Mereka mempunyai keyakinan yang tidak mudah goyah dek senjata musuh. Merekalah generasi yang kuat fizikal dan mental.
      Firman-Nya yang bermaksud:

"Betapa ramai nabi yang sebahagian besar pengikutnya berperang bersama-sama dengan mereka. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan ALLAH dan tidak pula lesu serta tidak menyerah kalah (kepada musuh). (Ingatlah) ALLAH Maha Mengasihi orang yang sabar." -Surah Ali_Imran:146

       Carilah kasih sayang ILAHI dengan menjadi hamba-Nya yang kuat. Sebagaimana Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai ALLAH berbanding orang mukmin yang lemah." -HR Muslim

       Sesungguhnya, DIA tidak menyukai insan yang bersifat lemah. Sifat-sifat lemah termasuklah kurang keyakinan diri, suka mengeluh, meminta-minta, malas berusaha dan mudah putus asa. Ini bukanlah sifat umat yang terbaik.
         Umat yang terbaik perlu jadi model kepada umat lain kerana ketinggian dan keunggulan sifat yang ada pada mereka. Oleh itu, perlulah menjadi gah dengan sifat-sifat unggul seperti kuat semangat, cekal, berani, tangkas, berkebolehan, komited, tahan dugaan, sabar dan istiqamah, Lantas, umat Islam akan menjadi umat yang disegani dan digeruni. ALLAH S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud:

"ALLAH tidak akan mengubah apa-apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka." Surah ar-Ra'ad: 11

          Justeru itu, pintu untuk berubah sentiasa terbuka kepada kita yang ingin mengubah diri dan masa depan. Kitalah yang bertanggungjawab untuk mengubah sikap, tabiat dan tingkah laku. Jika kita merasakan bahawa kita seorang yang lemah semangat, mempunyai daya saing yang tinggi dan tahan ujian (resilient). Kita akan menjadi umat yang kuat dan sentiasa dicintai ILAHI.

Kalau sudi, jangan lupa like dan share page ni Ya Allah, Ampunilah segala dosa-dosaku. dan Bloggermate

Aplikasi al-Quran yang salah!

♠ Dihantar oleh Abdul Hafiz dalam ,





Satu versi baru al-Quran telah dikeluarkan Apple APP STORE oleh komuniti kafir Ahmadiyyah / Qadiani.

Nama app adalah"The Holy Quran, Arabic text and English translation". "Diterjemahkan oleh Maulvi Sher Ali, Ahmadiyya Muslim Community" telah jelas disebut dalam maklumat app dalam iPhone App Store.


Umat Islam perlu peka untuk tidak membeli dan memuat turun aplikasi ini!

Produk ini perlu diboikot kerana ini adalah salah / mengelirukan & bercanggah dengan ayat Al-Quran yang asal.

Sila kongsikan kepada semua orang supaya mereka tahu walaupun mereka tidak menggunakan androids atau iPhone tetapi mereka boleh memberitahu orang lain insya-Allah.

Jangan abaikan...sila share


Source

Karisma Hati Rakyat : 200,000 Rakyat Malaysia Dapat RM200 (Semenanjung) & RM300 (Sabah & Sarawak)!

♠ Dihantar oleh Abdul Hafiz dalam

Tidak cukup dengan pemberian BR1M 2.0 , ada satu lagi imbuhan tunai yang bakal diagihkan kepada rakyat Malaysia yang “terpilih”  di bawah program Baucer Khas Karisma Hati Rakyat sepertimana yang pernah diumumkan oleh Datuk Seri najib dalam pembentangan Bajet 2013 sebelum ini…

Butiran Baucer Karisma Hati Rakyat 2013:

    1    Pengagihan baucer Karisma Hati Rakyat akan membabitkan 200,000 penerima
    2    Membabitkan peruntukan RM50 juta
    3    Baucer khas Karisma Hati Rakyat akan diedarkan sebelum 31 Mac 2013 ini
    4    Baucer bantuan khas RM200 bagi penerima di Semenanjung
    5    Baucer bantuan khas RM300 bagi penerima di Sabah & Sarawak
    6    Hanya layak untuk kegunaan untuk digunakan bagi keperluan rumah, sekolah dan khas



P/S : Nantikan pengumuman seterusnya daripada kerajaan selepas ini untuk pemberikan tunai Karisma Hati Rakyat ini. Hari demi hari pemimpin politik semakin dekat dengan rakyat Malaysia. Kami boleh katakan nilai “rakyat Malaysia” adalah sangat tinggi ketika ini.

Source

Contest teka barang apa

♠ Dihantar oleh Abdul Hafiz dalam
Click Banner Atas Untuk Join
InsyaAllah. Kalau ada rezeki boleh menang.
Hadiah yang cukup lumayan

Seni Lukisan Menggunakan Kopi

♠ Dihantar oleh Abdul Hafiz dalam
By Lepak.my



Percaya tak lukisan ni di lukis hanya menggunakan kopi? Kreatif kan?
Siapa sangka dengan kopi je boleh buat lukisan macam ni


Jom tengok step by step cara dia buat lukisan ni



Line Celcom Hilang?

♠ Dihantar oleh Abdul Hafiz dalam ,
Huhh!! Mengeluh panjang pula ChAngeMyWay dan abang awal pagi buta tadi. Boleh pula tengah syok layan Facebook dan Blog, line hilang. Bukan dekat laptop saja yang hilang, dekat handphone pun hilang. Mungkin kerana hujan terlalu lebat sampai line pun hilang. Nasib baiklah 15 minit saja line problem. Kalau tak, comfirm tertidur tunggu line okay balik. Tapi ChAngeMyWay tak kisah semua tu, janji line dah datang balik. Biarpun dah habis quota, tapi tetap juga laju. Tak ada buffering!.

Masa line hilang
Line dah datang balik


# Saja nak update post merapu ni. Terlalu boring tak tahu nak buat apa.

Jom Like >>>>  Ya Allah, Ampunilah segala dosa-dosaku. dan BloggerMate

Lukisan Gambar Hanya Menggunakan Habuk

♠ Dihantar oleh Abdul Hafiz dalam

By www.lepak.my

Melukis hanya menggunakan habuk pada cermin kereta. Kreatif kan?? Pelukis ini bernama Scott Wade dan di gelar “Da Vincci of Dust” kerana kehebatan beliau melukis guna habuk.

Kalau anda malas nak cuci kereta dan selalu berhabuk, boleh la cuba lukis macam ni.

\

Mana gambar pilihan anda?