Rintihan Seorang Hamba Allah

Ya Allah,
Setiap detik yang berlalu,
Hamba selalu melupakan segala perintah-Mu,

Dengan melakukan apa yang dilarang oleh-Mu,
Dan menambah lagi dosa yang ada.

Ya Allah,
Hamba membuat dosa terus dan terus,
Tanpa ingat akan saat kematian,
Tanpa ingat seksaan alam kuburan,
Dan tanpa mengingati balasan di hari pembalasan.

Ya Allah,
Hamba kini sedar akan segala dosa-dosa,
Dosa-dosa yang kian bertambah hari ke hari,
Mengingatkan hamba akan diri-Mu,
Dan hamba ingin memohon ampun.

Read More

Buah Berkembar Sejukkan Hati Pasangan Sedang Bertengkar


Siapa diantara korang yang suka bertengkar dengan pasangan korang? Ataupun selalu tengok kawan-kawan korang yang bertengkar dengan pasangannya. Disini ada cara nak sejukkan hati mereka yang suka bertengkar. Buah berkembar adalah cara untuk menyejukkan hati mereka yang bertengkar ini. Ini adalah fakta kerana cara ini diambil dari salah satu majalah terkenal Malaysia. :)


Dulu orang tua-tua berkata, kalau nak anak kembar, rajin-rajinlah makan buah atau sayur-sayuran berkembar. Jika dimakan pisang, limau, betik, ubi kentang, adalah peluang dapat anak si kembar juga. Tapi itu semua adalah tidak benar. Tak ada kena mengena pun makan buah-buah yang kembar tu boleh dapat anak kembar. Tapi, buah-buahan berkembar ini ada gunanya iaitu untuk mendamaikan pasangan suami isteri yang suka bergaduh. Melalui kaedah ini sudah ramai pasangan yang 'panas' asyik bergaduh macam anjing dengan kucing berjaya 'disejukkan'.

Read More

Negara Pilihan Aku Masuk Suku Akhir!!!!





Sedih bercampur gembira. Sedih sebab Euro 2012 akan melabuhkan tirainya dan gembira sebab negara pilihanku masuk suku akhir Kelima-lima negara yang aku pilih lagi tu. Pandai gak aku pilih siapa masuk suku akhir nie. Suka siot. Yahooooo!!!!!!!!!!!!!. hahaha

Negara first aku pilih ialah Czech Republic. Walaupun diaorang kalah pada awal permainan menentang Russia,4-1, tapi semangat diaorang nie tinggi. Perlawanan kedua diaorang nie seri dengan Greece 1-1 tapi last game plak diaorang menang 2-1 ke atas Poland. Dapat jadi juara dalam group A lagi tu. Boleh tahan gak diaorang nie. Tapi aku kurang yakin sikit ngan diaorang nie. Aku rasa diaorang nie takkan masuk separuh akhir sebab diaorang akan menentang Portugal tu. Bahaya negara tu.

Germany plak. Boleh tahan gak diaorang main. Menang ketiga-tiga game. Permainan pertama diaorang lawan dengan Portugal, diaorang menang 1-0. Second game plak diaorang menang lawan Netherland 2-1. And last game palk, menang lawan Denmark, 2-1. Tapi aku kesian gak tengok Netherland tu. Tak ada menang lansung dalam group B nie walaupun diramalkan akan menentang Spain pada perlawanan akhir nanti. 
Read More

Israk Mikraj Dan Pengajaran



Bismillahirrahmanirrahim, segala puji bagi Allah, Tuhan kita sekalian alam. Yang mencipta seluruh alam semesta. Tiada Tuhan selain diri-Nya. Selawat serta salam buat Rasulullah yang dijunjung dan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta sahabat dan pengikut yang berterusan menuruti baginda sehingga ke hari kiamat.

Wahai hamba Allah sekalian,

Setiap tahun tanggal 27 rejab umat Islam seluruh dunia akan menyambut hari yang penuh bermakna, Israk dan Mikraj.  Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekkah ke Madinah.

Apabila kita fikirkan, Israk dan Mikraj berlaku dengan kisah perjalanan Rasulullah bersama malaikat Jibril dan Mikail yang dibahagikan kepada dua bahagian:

  1. Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
  2. Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.
Read More

Sayang Bapa Saya!!!!



Kita mulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim. Semoga Allah merestui semua yang kita hendaki. Alhamdulillah kita dilahirkan didalam dunia yang indah ini. Ciptaan-Nya yang bergitu indah sekali telah membuka ruang kita untuk terus hidup. Bapa? Siapa dia? Bapa adalah seorang ketua rumah bagi kita yang belum berkahwin nie. Dia lah pejuang dalam keluarga kita. Tak kira macam mana dia, sejahat mana dia, seteruk mana dia, dia tetap bapa kita untuk dunia dan akhirat.
Hari ni adalah hari bapa. Dan saya tidak akan lepaskan peluang untuk ucapkan selamat hari bapa kepada bapa saya. Walaupun dia begitu jauh dengan saya, namun saya tetap akan ucap. Ucap guna blog je lh. Nak guna h/p tak boleh. H/p tak ada lah plak. H/p semua rosak. So? 

Bapa. Terima kasih kepada bapa sebab telah membesarkan saya hingga menjadi seorang lelaki yang berguna. Bapa memberi ruang kepada saya untuk berdikari dengan membiarkan saya sambung belajar jauh-jauh macam nie. Saya amat bersyukur. Kalau bapa tak ada, comfirm saya tak boleh sambung belajar kat sini(LimKokWing). Maybe saya akan menjadi seorang penjual anggur yang terkenal(penganggur).

Bapa. Maafkan saya sekiranya saya ada berbuat silap terhadap bapa. Saya maybe ada tersalah cakap dengan bapa. Macam hari tu, mungkin bapa tersinggung. Bukan niat saya untuk menyinggung perasaan bapa. Gurau je tu. hehehe.

Alaaa. Rasa macam rindu lah plak bila aku tulis artikel nie. Biarpun bapa aku selalu datang jenguk aku kt semenanjung nie, aku rasa macam rindu plak ngan bapa aku nie. Aku rindu sangat2 ngan family aku. Kalau boleh cuti sem nie aku nak bersama ngan diaorang je. hmmm... Bapa...Selamat Hari Bapa.... :)..senyum2 lah selalu ye. Jangan marah2. 


Nie dia bapa aku. Dengan bergaya depan kereta BMW(kereta orang jew nie).



Read More

Demam Bola Vs Demam Panas




Perghhh... Dalam satu masa aku dapat dua demam sekaligus. Demam bola and demam panas. Badanku terasa lemah sangat-sangat.  Tapi masih juga bersemangat nak tengok bola. Biasalah kn? Lelaki kan perlu tengok bola time2 musim bola ni? Siapa lah yang tak nak tengok?

Berbalik pasal demam. Aku demam panas dah hampir seminggu. Tak juga sembuh-sembuh. Ubat pun dah habis aku makan. Dahlah demam, batuk berkahak and selsema pula. Tapi tak apa lah. Allah ingin menguji hamba-Nya ni kn? Allah sayangkan hamba-Nya. Sebab tu Dia bagi aku sakit. Orang kata sakit tu boleh hapuskan dosa-dosa kecil kita. Aku bersyukur sangat-sangat bila aku sakit nie. Hehe.
Alaa. Takkan aku nak sakit je kn? Habis tu yang wajib kita tunaikan, Takkan lah aku taknak buat kot. Aku wajib juga buat. Bukan setakat dosa kecil, dosa besar pun boleh terhapus(solat taubat lh). Betul tak?

Pasal demam bola pula. Tiap-tiap malam aku tengok bola. Maklum lah ada live kat TV3 tu. Lau tak ada live pun, live streaming football ada. Tengok je lah kt situ. Tak payah lah aku buang duit aku pergi kedai mamak setakat nak tengok bola. Kat rumah pun jadilah. Makan minum semua free. Tak kisah lah sangat. Hehe. BTW, banyak juga negara aku sokong nie. Aku sokong Italy, England, Republic Czech, Spain, and Germany. Aku pun tak tahu negara mana aku patut sokong betul-betul. Maklumlah, ada pemain Chelsea dalam negara tu(kecuali Germany and Italy).Italy aku suka tengok Buffon je. Lau Germany pula aku suka tengok corak permainan diaorang. Hehe Korang pula? Sokong siapa ni?







P/S Doakan Saya Sembuh Cepat. Nanti bila balik kampung tak lah selsema and batuk dalam Kapal Terbang tu nanti. Peace. Have a Nice Day . ^_^.


Read More

Tiga Semester Lagi Nak Habis Diploma








Tak sangka. Pejam celik pejam celik. Dah Sampai penghujung semester 3 aku belajar kat Limkokwing University Of Creative Technology ni. Aku macam tak rasa apa-apa pun. Pelbagai pengalaman yang aku dapat sejak aku datang belajar kat sini. Daripada kurang pandai berenang, akhirnya aku dapat juga berenang macam orang lain. Hehe. Aku rasa macam seronok pula aku belajar kat sini. Dulu aku dengar je aku nk belajar kt limkokwing, aku rasa macam xnk masuk je kt sini. Tapi bila aku fikir pula parents aku beria-rian sangat aku sambung belajar kat sini, semangat aku mula berubah. Time tak boleh blah sekali time mula-mula aku masuk sini. Aku macam seorang yang pendiam. Bila aku dh sampai pertengahan semester 1, aku mula balik perangai loyar buruk aku. haha. 

Keputusan semester 1 aku juga baik. Sampai bapa aku sendiri terkejut tengok keputusan aku tu. Dia macam tak percaya. Tapi semester 2 aku agak merosot. Markah aku turun mendadak. Aku pun tak tahu macam mana boleh turun mendadak macam tu. Semester 3 nie plak aku tak sabar nak tengok keputusan aku. Rasa takut jew. Maklumlah, semakin naik sem nie makin susah plak subject. Aku pun tak faham sangat apa yang lecterur aku terangkan kt aku. Aku buat-buat faham je diorang ajar apa. Aku juga tak sabar nak naik semester 4 nie. Aku dengar-dengar daripada senior-senior aku subject makin susah. So, aku kne lah belajar rajin-rajin lagi semester nie.
Read More

Gerangan Orang Dengki Dalam Blogger Aku.




Aku tidak tahu siapa gerangan orang yang bergitu dengki sangat kat aku. Tetiba jew dtg blog aku. Pastu tuduh aku copy and paste semua benda. Ko tu kne sedar. Kalau ko nk marah-marah pun, ko kne selidiki dulu. Ko ingat semua artikel aku nie copy and paste kew. Ada jugak aku wat sendiri dengan titik peluh aku sendiri lh wei. Ko xyah lh nk bising-bising kt aku. Menyemak jew ko ni. Ko tu dh kurang ajar ckit ngan aku. Aku x kacau hidup kau. Kau xyah nk kacau hidup aku. Kepada sesiapa yang rasa artikel korang aku copy paste, korang bagitau jew. Jgn jd mcm budak tu. dtg melulu. Pastu marah2. Ko tu bagus sgt kew?! Aku bkn xdew idea lh wei. Aku busy study aku nie. Banyak idea yang aku ada. Just malas nk update. Kalau blog blh block orang, mmg aku dh block ko tu. Dasar orang x sedar diri. Kalau ko bagus sgt, ko fikir jew pasal diri ko tu. 
Read More