24 Tips Mengekalkan Hubungan Cinta

♠ Dihantar oleh Abdul Hafiz dalam
1. Jaga Penampilan Diri, Kerana semua Orang Suka Dengan Kekemasan & Kecantikan, Persepsi Pertama Adalah Sangat Penting & Jangan Tonjolkan keburukkan Anda Pada Awal Pertemuan.

2. Ikhlas dalam Memulakan Perhubungan, jangan Malu Untuk Jadi Diri Kamu Sendiri, Bukannya Berlakon dan Berlagak Seperti Orang Lain yang Akhirnya Akan Menjerat Diri Sendiri

3. Ketika berinteraksi dengan si dia, jangan lupa menggunakan bahasa tubuh seperti gerakan tangan, renungan mata dan tunjukkan minat ketika si dia sedang bercakap.

4. Sentiasa Berfikiran Positif, Datang Untuk Bertemu Si Dia Dengan Penilaian Yang Kosong Dan Tidak Curiga, Dengan Berfikiran Positif Anda Lebih Mudah Menerima Seseorang.

10 tanda-tanda seseorang jodoh kita

♠ Dihantar oleh Abdul Hafiz dalam ,
1. Gunakan seluruh panca indera


Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.


2. Bersahaja


Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

BAGAIMANA CARA UNTUK MENGENALI LELAKI/PEREMPUAN CURANG?

♠ Dihantar oleh Abdul Hafiz dalam


Sebenarnya tidak semua lelaki/perempuan di luar sana yang setia dengan seorang kekasih. Bagi golongan lidah bercabang ini, bercinta dengan seorang sahaja tidak cukup untuk menunjukkan kepakarannya dalam bidang percintaan. Jadi, tidak mustahil baginya untuk bercinta dengan 4/5 orang serentak dalam satu masa! Memang hebat bukan? Mungkin orang yang masih belum berpunya perlu belajar pelbagai teknik untuk menarik perhatian masyarakat sekeliling dengan seseorang yang pakar seperti si lidah bercabang ini.
Bercinta memang indah, saat indah bersama si dia sungguh mengasyikkan, namun tatkala kecewa ditinggalkan si dia memang cukup menyakitkan hati dan melukakan perasaan. Tapi bagi si lidah bercabang, keadaan ini tidak menjadi masalah baginya kerana pengganti sudah sedia beratur untuk menggantikan tempat bekas kekasihnya itu. Jadi, tidak mungkin dia akan berasa kecewa atau sedih tatkala putus cinta dengan seseorang. Sungguh menyakitkan hati bukan? Ya, saya faham kerana hati si lidah bercabang ini agak kebal dan bibirnya hanya tahu mengungkap kata-kata manis sahaja tanpa menghiraukan perasaan seseorang yang sedang dipermainkannya itu.
Saya sejujurnya tidak begitu mengetahui tentang cara-cara untuk mengenali si curang namun saya akan cuba membantu sesiapa di luar sana yang mungkin sedang mencari cara untuk mengenali pasangan yang curang.
SI LELAKI CURANG :
Apabila anda mengajak si dia keluar berjumpa pada hujung minggu, dia mungkin akan memberikan jawapan yang kurang meyakinkan hati anda. Seperti “Saya sibuk hujung minggu ini” sedangkan sebelum ini, tidak pula dia merungut tentang hal ini kepada anda malah dia juga pernah memberitahu anda bahawa dia tidak akan sesekali bekerja pada hujung minggu melainkan ada perkara yang begitu mustahak. Tapi sekiranya dia sekali-sekala menggunakan alasan ini untuk mengelak daripada berjumpa dengan anda, mungkin dia masih boleh dimaafkan atau mungkin dia bercakap benar. Namun, sekiranya setiap kali anda mengajak dia keluar, dia akan menggunakan alasan SIBUK, mungkin ada udang di sebalik batu, siapa tahu? Walhal, pada awal perkenalan dahulu, dia juga yang sibuk mengajak anda keluar berjumpa hampir setiap minggu.
SI PEREMPUAN CURANG :
Alasan ini juga turut digunakan oleh kaum perempuan yang curang. Namun, perempuan curang akan menukarkannya kepada alasan yang lebih FEMININ atau lebih ke arah keperempuanan. Seperti “Saya datang bulan hujung minggu ini” atau “Saya tidak ada masa/mood untuk keluar hujung minggu ini”. Sekiranya dia menggunakan alasan ini berulang kali, mungkin ianya kelihatan pelik dan aneh bukan? Dalam erti kata lain, sekiranya anda mengajak dia berjumpa, dia pasti akan memberikan seribu satu alasan yang tidak munasabah dan setiap kali dia memberikan alasan-alasan tertentu, hati anda menjadi tidak tenteram. Itu tandanya dia sedang menipu anda atau cuba menyembunyikan sesuatu.
SI LELAKI CURANG :
Setiap kali anda keluar bersama, dia pasti akan ligat memandang perempuan lain. Apabila anda memarahinya, dia pasti akan menjawab, “Bukan saya yang pandang dia, tapi dia yang pandang saya, sayang” atau “Mana ada, saya tidak tengok sesiapa pun, awak tu je yang salah faham, sayang.” Tapi hati perempuan sentiasa benar. Atau mungkin dia mempunyai mata juling, sebab itu dia menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia sedang memandang perempuan yang lebih seksi yang lebih mengiurkan. Maklum sahajalah, rezeki sudah ada di depan mata, mana mungkin dia akan melepaskan peluang keemasan itu. Nama pun LELAKI. Sekiranya dia kerap memandang perempuan lain, alamatnya hubungan anda bakal mengalami pergaduhan yang teruk di kemudian hari sekiranya tidak dicegah terlebih dahulu. Atau mungkin dia akan mula memasang niat untuk berfoya-foya.
SI PEREMPUAN CURANG :
Perempuan curang juga tidak kurang hebatnya kerana apabila bersama dengan kekasihnya, dia juga akan sibuk bermain mata dengan lelaki lain yang berada di sekelilingnya. Apatah lagi sekiranya lelaki-lelaki tersebut sememangnya memenuhi cita rasanya. Bak kata orang, kalau dah cinta, tidak mungkin kita akan memandang lebih-lebih orang lain kerana si buah hati kan sudah ada, kenapa perlu memandang atau bermain mata dengan orang lain sedangkan si buah hati sudah setia berada di sisi.
SI LELAKI CURANG :
Dia akan sentiasa memberikan alasan “Kredit saya sudah habis padahal saya baru sahaja topup/reload, saya sendiri tidak tahu kenapa kredit saya cepat habis, saya cuma mesej dengan awak seorang sahaja, sayang” atau “Saya perlu guna banyak kredit kerana saya perlu call bos/teman sekerja saya untuk membincangkan hal kerja”. Ya, memang benar apa yang dikatakannya namun kreditnya bukan dihabiskan untuk menelefon bos/teman sekerja/anda seorang sahaja, namun kreditnya habis digunakan untuk menelefon si buah hatinya yang lain. Kalau sekali dua menggunakan alasan ini, mungkin akal masih boleh menerimanya namun, kalau berulang kali dia menggunakan alasan ini, memang sesuatu yang pelik sedang berlaku tanpa pengetahuan anda. Awas.
SI PEREMPUAN CURANG :
Dia akan sentiasa meminta anda untuk membelikannya kad topup sama ada Maxis atau Celcom. Boleh dikatakan, kreditnya tidak pernah tahan dan tidak pernah cukup untuk dua hari. Setiap hari mesti ada sahaja rungutannya tentang kekurangan kredit. Sekiranya dia seorang yang setia dan cermat menggunakan kreditnya, sudah tentu kredit itu akan mampu bertahan sehingga 5/6 hari bergantung kepada berapa nilai yang ‘ditopup’. Orang yang boros dan mempunyai “RAMAI KENALAN” sahaja yang akan menggunakan kredit sehingga habis saban hari.
SI LELAKI CURANG :
Tanpa disedari, dia sendiri telah menyebabkan dirinya terkantoi dengan anda. Mungkin dia salah menghantar SMS kepada anda. SMS yang sepatutnya dihantar kepada buah hati yang ketiga tanpa sengaja telah dihantar kepada anda. Sekiranya anda bijak membaca maksud tersirat, jadi tidak menjadi satu masalah bagi anda untuk mengetahui sama ada dia curang atau tidak. Namun bagi anda yang tidak tahu menilai maksud tersirat, mungkin anda boleh menggunakan tips ini. Cuba anda teliti SMS yang dihantarnya itu. Apa kaitannya anda dengan SMS itu? Adakah isi kandungannya berkaitan dengan diri anda?
SI PEREMPUAN CURANG :
Keadaan yang sama juga akan dilakukan oleh perempuan curang. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya dia jatuh ke tanah juga. Dia akan tersalah menghantar SMS kepada anda dan apabila anda menanyakannya tentang perkara itu, dia dengan gelisahnya akan memberikan alasan yang tidak logik dan segalanya akan terjawab melalui air mukanya itu.
SI LELAKI/PEREMPUAN CURANG :
Segalanya boleh diketahui melalui laman sosialnya itu sendiri. Seperti FACEBOOK, TWITTER atau MYSPACE. Sekiranya dia sedar bahawa dia sudah berpunya, dia akan lebih bijak mengawal komen-komen yang dihantarnya kepada teman-teman mayanya itu. Namun, sekiranya dia selalu sahaja melayari laman sosialnya itu setiap hari dan bergaul dengan semua rakan sama jantina atau berlainan jantina, malah dia juga akan menggunakan panggilan yang hanya sesuai digunakan oleh pasangan yang bercinta, maka dia mungkin sedang cuba mempermainkan hati anda secara perlahan-lahan. Perkara ini masih boleh dimaafkan sekiranya dia sedar akan kesalahannya dan cuba untuk berubah.
SI LELAKI/PEREMPUAN CURANG :
Dia dalam sekelip mata sahaja sudah berubah menjadi orang lain. Dahulu dia langsung tidak kisah akan penampilan anda yang ‘simple’ namun sekarang, dia akan sentiasa mengkritik segalanya tentang diri anda seolah-olah anda tidak sempurna baginya. Bentuk badan, rupa paras yang sudah mula ditumbuhi jerawat dan segalanya tentang diri anda akan menjadi punca kepada pergaduhan anda dengan dia.
SI LELAKI/PEREMPUAN CURANG :
Apabila anda meluahkan masalah kepadanya, dia akan mengelak daripada mendengarnya dan berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku sedangkan anda sudah separuh mati meluahkan perasaan/masalah anda kepadanya. Sekiranya dia sibuk, mungkin perkara ini masih boleh dimaafkan namun sekiranya dia menyayangi anda, sesibuk mana pun dia, dia tetap perlu meluangkan masa walaupun hanya untuk 10minit. Segalanya hanya untuk orang yang disayanginya bukan?
SI LELAKI/PEREMPUAN CURANG :
Dia juga akan kurang meluahkan perasaan sayangnya dan perasaan rindunya terhadap anda. Berbanding dengan sewaktu awal perkenalan anda dengannya, dia akan sentiasa mengungkapkan kata-kata sayang dan rindu kepada anda. Namun, segalanya sudah berubah dan ungkapan rindu dan sayang itu boleh dibilang dengan jari sahaja sekarang.

5 sebab lelaki pilih wanita lebih tua

♠ Dihantar oleh Abdul Hafiz dalam


Older Woman And Younger Man 250x300 5 sebab lelaki pilih wanita lebih tua.
Jalinan asmara antara seorang wanita yang lebih tua dengan lelaki muda belakangan ini bukan lagi hal aneh. Sebut saja pasangan selebriti Ashton Kutcher dengan Demi Moore atau Raffi Ahmad dan Yuni Shara. Kedua pasangan itu terlihat kian hari kian mesra, meskipun perbezaan usia yang cukup jauh.

Mungkin masih banyak orang yang menilai tidak lazim hubungan antara lelaki muda dengan wanita yang telah berumur. Berikut ini beberapa alasan mengapa lelaki memilih wanita yang lebih tua


Lebih menarik
Dalam survey dalam sebuah majalah, lebih banyak lelaki yang memilih foto wanita yang berumur dibanding wanita muda. Responden lelaki mengungkapkan bahwa wanita berumur lebih terlihat menarik di mata mereka.

Lebih seksi
Banyak lelaki yang mengungkapkan wanita berumur terlihat lebih seksi. Benar saja, ternyata hormon wanita meningkat di usia 30an dan terus meningkat hingga 20 tahun ke depan. Sehingga semakin tua, wanita semakin terlihat seksi.

Lebih tua = Lebih bahagia
Sebuah penelitian mengungkapkan, wanita secara emosional terus berkembang dan semakin mantap. Sehingga, wanita yang berumur lebih tua menjalani hidupnya dengan bahagia. Para wanita berumur pun merupakan pasangan yang menyenangkan.

Lebih berdikari
Banyak lelaki yang mencari sosok wanita yang berdikari. Tidak hanya berdikari dalam segi emosional, tapi juga berdikari dalam hal kewangan. Biasanya wanita berumur telah memiliki kareir dan kewangan yang cemerlang, sehingga ia tidak lagi meminta pada pasangannya untuk dibelikan sebuah barang yang mahal.

Banyak pengalaman
Bukan hanya pengalaman seksnya saja, wanita berumur juga telah mengalami banyak rintangan hidup. Sehingga ia mampu berkongsipengalaman dengan kekasihnya dan dapat memberi nasihat untuk kekasihnya yang lebih muda.

Credit : aduhaimedia


Pengorbanan di dalam cinta, Jangan sampai jiwa dan agama terkorban.

♠ Dihantar oleh Abdul Hafiz dalam
Artikel ini dikongsi oleh 
 
Pada petang ini, ingin saya kongsikan tentang pengorbanan di dalam bercinta. Rami sedia maklum, sekiranya kita dilamun cinta kita sanggup bekorban apa saja demi insan yang kita cinta. Islam sendiri menggalakan kita berkorban kerana cintakan agama. Namun jauh beberza dengan konsep pengorbanan yang ada dalam percintaan sesama manusia.
Mari kita pelajari apakah yang dikatakan pengorbanan yang dituntut dalam islam dalam menegakkan Syiar Islam di muka bumi ini. Ketahuilah bahawa Cinta Allah itu mengatasi cinta makhluk. Dan pengorbanan cinta yang seharusnya kita lakukan hanya kerana cinta kepada Allah.
a3d815a5 6106786 Pengorbanan di dalam cinta, Jangan sampai jiwa dan agama terkorban..
Bulan Zulhijjah ialah antara bulan Islam yang banyak merakamkan beberapa peristiwa besar dalam sejarah Islam. Peristiwa terpenting yang berlaku, di antaranya seperti ibadah haji dan peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dengan anaknya demi ketaatan baginda kepada perintah Allah s.w.t. Rentetan daripada peristiwa itu, amalan ibadah korban telah menjadi sebahagian daripada syariat Allah s.w.t. yang dituntut terhadap umat Islam untuk melaksanakannya. Nabi s.a.w. menjelaskan lagi syariat tersebut dalam sebuah hadis yang bermaksud:
Daripada Zaid bin Arqam, dia berkata: Suatu hari sahabat Rasulullah s.a.w. bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu?” Jawab Rasulullah: “Ia adalah sunah bapa kamu, Ibrahim.” Mereka berkata: “Apa yang akan kami peroleh daripadanya wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya.” Mereka berkata: “Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya.” (Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi)
Untuk sama-sama kita memahami falsafah pengorbanan besar di sebalik kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail itu, Allah s.w.t. merakamkannya di dalam al-Quran ayat 99-112 surah as-Shaffat yang bermaksud: Dan Ibrahim berkata: “Sesungguhnya aku pergi menghadap kepada Tuhanku, dan Dia akan memberi petunjuk kepadaku….. Dan Kami beri dia khabar gembira dengan (kelahiran) Ishak, seorang nabi yang termasuk orang-orang yang soleh.
Di sebalik kisah yang dirakamkan itu, terdapat dua dimensi pengorbanan yang boleh dijadikan iktibar untuk renungan kita bersama. Pertama, pengorbanan seorang ayah yang begitu lama menantikan seorang anak, kemudian apabila sudah memilikinya terpaksa pula mengorbankan perasaan cinta dan kasih tersebut, demi kepatuhan dan keredhaannya terhadap perintah Allah Taala. Kedua, ketaatan dan keyakinan penuh Nabi Ismail terhadap pengorbanan yang dituntut oleh ayahnya untuk dilakukan. Sebagai seorang anak, baginda sanggup pula mengorbankan kasihnya kepada ibu dan ayahnya dan zaman keseronokan remajanya, malah ke tahap sanggup mengorbankan nyawanya sendiri, semata-mata kerana ketaatan baginda terhadap perintah Allah s.w.t. dan perintah seorang ayah. Kedua-dua pengorbanan ini sebenarnya berpusat daripada hubungan cinta sejati mereka kepada Allah s.w.t. yang tidak berbelah bahagi.

Cinta??? Apakah Itu Cinta???

♠ Dihantar oleh Abdul Hafiz dalam
Ramai yg tahu tentang cinta...ramai juga orang yg ingikan cinta...ramai juga orang yg tahu menyebut pasal cinta...dan ramai juga orang pandai meluahkan cinta terhadap seseorang....tetapi tahukah anda apa erti cinta yg sebenarnya....
Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya....sifat cinta itu sempurna...jika tidak cinta akan cacat...itulah cinta yg sebenarnya...cinta itu telah wujud sejak kita dilahirkan...cuma ianya mempunyai step2 untuk memiliki dengan sempurna...cinta yg pertama wujud adalah cinta kepada seorang insan yg bernama Ibu....dan seterusnya cinta kepada kekasih...setelah puas mencari cinta suci...maka wujudnya cinta kepada Allah...cinta yg paling agung dan harus diutamakan...cita ini tidak dpt dilihat tetapi dapat dirasa bagi seseorang yg inginkan cinta....cinta memerlukan pengorbanan yg besar..tetapi ramai yg tidak suka menganggap cinta itu sebagai taggungjawab dan juga beban...cinta tidak memerlukan sebab dan orang yg bercinta tidak perlu menyatakan sebab mengapa mereka bercinta...cinta yg bersebab akan menyakitkan hati pasangan dan akan menghancurkan hubungan yg sedia ada....pabila dua pasangan(lelaki dan perempuan) bercinta pastinya akan wujud yg ketiga....itulah penghalang cinta sejati....untuk memastikan cinta itu berkekalan kita hendaklh memohon petunjuk dari-Nya...kerana hanya Dia yg dapat menolong kita...

Zaman Persekolahan

♠ Dihantar oleh Abdul Hafiz dalam ,
Aku seorang lelaki yg tidak tahu apakah sikap aku yg sebenarnya??? Adakah aku seorang yg ego...ataupun seorang penyabar?? Adakah aku seorang yg pemalu...ataupun seorang yg peramah??? Setiap kali aku melihat cermin...aku akan terfikir....siapa diriku....dan setiap hari yg berlalu itulah penentu siapa diriku sebenarnya....Disaat aku berada di sekolah menengah...aku inginkan seorang teman yg begitu istimewa untuk diriku...banyak yg aku jumpa...tp semua seperti tidak mahu menerima ku....pada saat itu lh...aku rasa takut untuk mencari cinta dari seorang perempuan....aku malu kalau mereka menolak cinta aku...sebab itu aku tidak pernah bercinta ketika di alam persekolahan...tetapi aku menyimpan satu perasaan terhadap seorang perempuan yg bru ku kenal....namun pabila ku tahu kwn rapat aku sendiri juga syok kn dia...aku mula undurkan diri....aku rela berkorban demi kwn aku....pabila kami semua telah menamatkan zaman persekolahan kami...aku berasa sungguh sedih...aku tidak dpt meluahkan isi hatiku kepadanya demi kwn ku...perasaan aku mula terhadapnya mula terpadam pabila kami tidak pernah berjumpa lagi....dan perasaan itu terus terpadam pabila aku berjumpa dengan seorang perempuan yg ku kenal dalam facebook...kami bercouple tetapi tidak sampai sebulan dan dia mengajak aku putus...aku mulai kecewa....dan aku tidak dpt percaya lagi pd perempuan...namun semua itu tidak bertahan lama...seorang lagi perempuan telah ku temui....namun aku tidak pernah berjumpa dan bersua muka dengan nya...kami juga bercouple tetapi sama dengan cinta pertama ku...aku dengannya tidak sampai sebulan juga...kerana sikapnya yg asyik memaksa ku...itu lh cinta terakhir aku sebelum aku melanjutkan pelajaran aku...